Social Icons

-

Tuesday, July 31, 2012

Little Caliphs Program

Our children and education

  • A child is a gift, an amanah and a trial to his parents, family and society. Along with it comes a great responsibility – The responsibility to nurture them towards becoming the best that they could be, both in dunia and akhirat.
  • The best thing that that the parent and society could give to our children is education – one that leads him to be a significant contributor to his society, a righteous slave and Khalifah of Allah, and an ummah of Nabi Muhammad (S.A.W).
  • Not only there is a gold mine in every child, but their early years are instrumental in building their healthy self- esteem and positive self-concept.
  • Sharing the responsibility to nurture them at their early years, we are pleased to introduce The Little Caliphs Program for Islamic-English-Creative pre-school education program.
      

    The Program
 
  • The Little Caliphs Program (TLCP) is an Islamic-English-Creative pre-school program that helps pre-school children to realize their best spiritual, cognitive, socio-emotional and physical potential.
  • Unlike other conventional pre-school program, TLCP has a set of proven creative methodologies for teaching the children the meaningful foundation of Islam, learning and living skills in an integrative manner.
  • To equip teachers with effective teaching skills, TLCP offers series of trainings on teaching content and methodologies.
  • TLCP also comes with business start-up package for Muslim entrepreneurs to open and operate their own Islamic-English-Creative kindergarten or child enrichment centre.
  • The program is offered to be standard curriculum for Islamic-English-Creative pre-school program all over the world.
  

  • Little Caliphs Centre

     “Little Caliphs Centre”, “Authorized Centre of The Little Caliphs Program”, or “Little Caliphs Kindergarten” is a kindergarten or child enrichment centre that is committed and authorized to use The Little Caliphs Program.
    As at March 2010, there are more than 35 Little Caliphs centres in Malaysia. Bearing the name and brand image of Little Caliphs signifies the centre’s commitment and adherence to TLCP Quality Standards.  The status and license to use TLCP will be rebuked from the centre who failed to adhere to TLCP Quality Standards.  

    Company Profile - History & Background
    Hajjah Sabariah Faridah’s interest in early childhood education started when she was working as a volunteer teacher at an Islamic English kindergarten in Ottawa while she was a Chemistry student at Carleton University, Ottawa, Canada. Since then, she has been actived in helping entrepreneurs, associations, and communities to open Islamic kindergartens in Malaysia.
     
    With the Grace of Allah, in January 2003, Hajjah Sabariah Faridah and her husband, Haji Roslan Nordin finally founded their own kindergarten. The name given to the new kindergarten was Little Caliphs Kindergarten, but due to the naming rules of Ministry of Education, the name could not be used. Instead, the kindergarten was named Tadika Rama Rama Bistari.
     
    Backed by her many years of active training and consultancy on early childhood education, the founders used the new kindergarten as a platform to design, develop, and test a new pre-school program, namely The Little Caliphs Program™.
     
    Continuous research and development, courses attended, hands-on involvements, feedback from parents, students, and staff, visits to other kindergarten all over the world, and most importantly, inspiration from Allah S.W.T. - all of these have contributed to the development of TLCP.
     
    In this husband and wife synergy, Haji Roslan Nordin plays the role as business author of TLCP while Hajjah Sabariah Faridah as the academic author.
     
    The Little Caliphs Program™ was originally marketed by ILM Marketing since 2003. To mark the founders plan for marketing TLCP into international arena, Little Caliphs International Sdn Bhd was incorporated on 6th of January 2010.


    Little Caliphs International Sdn Bhd (885099-A)
    ·         Incorporated in Shah Alam, Selangor on 06 January 2010.
    ·       Fully owned by the founders of The Little Caliphs Program :
             Haji Roslan bin Nordin and Hajjah Sabariah Faridah Jamaluddin.
    ·       Authorized capital: RM100,000.     Paid-up capital: RM100,000.
    ·       Business focus: Focuses on Early Childhood Education and Business licensing  
           program, academic research, training, consultancy, publishing, trading and
           merchandising of pre-school related products.
     
     
    Mission
    The Curriculum Mission:
    1.     Our mission is to instill the LOVE of Islam and knowledge to young children
    2.     To give young learners a wonderful and effective learning experiences using best
            practices in early childhood education.
     
     
    The Business Mission:
    To provide aspiring entrepreneurs with a credible investment and business opportunity in Islamic-English-Creative pre-school education service provision.
     

    Vision
    The Little Caliphs Program™ becomes the world most preferred kindergarten program.


    The founders

    In 2003, The Little Caliphs Program was founded by Hajjah Sabariah Faridah Jamaluddin and her husband, Haji Roslan bin Nordin. The first is the academic author, whilst the later is the business author of the program.

    Resource : http://www.littlecaliphs.com/

iTR1M - Program Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia


KELUARGA berpendapatan rendah dan pencapaian pelajar itu sendiri rendah. Kedua-dua itu adalah kriteria yang menjadi keutamaan syarat program Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Jun lalu.

Mahu tidak mahu, ibu bapa mana pun pastinya akan akur beban yang terpaksa dipikul dalam penyediaan tuisyen untuk anak mereka.

Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Klang, untuk tuisyen Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja boleh mencapai kos RM50 ke RM100 untuk satu subjek. Ia untuk tuisyen yang berkualiti. Kalau ‘sorang-sorang’ tuisyen (panggil guru ke rumah), lagilah mahal.

Katakan seorang pelajar ambil empat mata pelajaran = 4x RM50=RM200. Ah! bagi orang berpendapatan rendah, hendak dikeluarkan RM200 sebulan boleh lari bajet bulananlah. Kalau seorang anak, boleh larat lagi, tetapi bagaimana anak kedua, ketiga dan seterusnya. Akhirnya tak mampu hantar anak ke tuisyen.

Tetapi dengan iTR1M, bajet untuk seorang pelajar dari keseluruhan 10,500 pelajar yang menikmati manfaat program di Selangor, hanyalah RM40 sebulan sekepala daripada peruntukan keseluruhan RM2 juta. Setiap pelajar akan diperuntukkan masa belajar 32 jam sebulan untuk empat subjek (satu subjek 8 jam). Mana nak dapat dengan 32 jam = RM40 seorang. Kos untuk iTR1M ini bagaimanapun adalah percuma, ditanggung penuh oleh kerajaan tanpa mengenakan sebarang caj kepada pelajar.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Rabu lalu, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, iTR1M lahir dari keprihatinan YGMB terhadap masa depan pelajar yang terbeban kerana kekangan pendapatan keluarga terutama prestasi diri pelajar itu sendiri.
Jadi, pihak kami telah menyediakan satu kertas konsep kepada Perdana Menteri dan nampaknya beliau tertarik dengan apa yang kita bentangkan. Dan beliau telah meluluskan untuk dilaksanakan program ini di Selangor.
Pada saya, sebenarnya pelajar itu tidak perlu tuisyen, ini dari segi pandangan sebagai seorang pendidik kerana apa yang diajarkan di sekolah sudah mencukupi. Tetapi hari ini orang bercakap tentang kecemerlangan.
Pada saya peperiksaan ini macam orang nak masuk pertandingan sukan...dia perlu buat satu latihan dan percubaan lebih dari kebiasaan. Hari ini kalau nak maju, seseorang itu tidak boleh sekadar cukup makan sahaja," kata beliau.

Selangor, kata beliau, menjadi projek perintis memandangkan taburan pelajar-pelajarnya adalah lebih luas. Maknanya, ada sekolah di tengah bandar, di luar bandar, di kawasan Felda, kawasan nelayan dan juga pertanian. Malah, boleh dikatakan di negeri itu terdapat banyak pusat komuniti yang menyediakan kemudahan komputer termasuk di rumah-rumah pangsa.
Jadi apabila kita buat program rintis di sini (Selangor), kita akan mendapat satu hasil yang memuaskan kerana melibatkan pelbagai jenis latar belakang," katanya.

Bagi program iTR1M di Selangor, ia melibatkan sejumlah 107 buah sekolah di seluruh negeri itu. Masing-masing 77 sekolah rendah terdiri daripada sekolah kebangsaan, SJKC dan SJKT dan 30 sekolah menengah dengan penyertaan 350 guru cemerlang yang dipilih sendiri oleh pengetua dan guru besar sekolah.

Di bawah program ini, calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menggunakan kaedah pembelajaran dan penilaian kendiri secara dalam talian dari rumah, sekolah dan pusat-pusat komuniti. Calon-calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibimbing secara konvensional di beberapa sekolah menengah terpilih.

Calon-calon SPM yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen (Biologi dan Matematik Tambahan) akan menggunakan kaedah pembelajaran dan penilaian kendiri secara dalam talian dari rumah.
Di Selangor, boleh dikatakan kesemua 10 daerahnya ada sekolah yang terpilih. Pemilihan sekolah di bawah jabatan pelajaran negeri tetapi kita letakkan kriteria iaitu sekolah yang besar dengan pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum dan ramai ibu bapa yang berpendapatan rendah di situ," katanya.

Kata beliau: “Program ini diadakan pada waktu petang, malam dan hujung minggu. Bagi meluaskan program ini, kita juga bercadang nak adakan seminar dan bengkel peperiksaan. Ini kita akan buat terutamanya untuk SPM nanti. Mungkin sebulan sebelum peperiksaan dengan menjemput pakar-pakar ataupun guru yang berpengalaman dalam peperiksaan.

Dari segi tenaga pengajar, ujar Alimuddin, program iTR1M akan mendapatkan guru yang paling baik dan berpengalaman. Sama ada datang dari sekolah berkenaan, sekolah luar atau guru-guru yang telah bersara.

Bagi guru yang telah bersara, seelok-eloknya tempoh persaraan itu tidak lama - setahun dua sahaja.
“Guru yang telah bersara ini ada kelebihannya kerana mereka tidaklah sesibuk guru yang masih mengajar di sekolah. Untuk ini, kita akan minta mereka turut datang ke rumah pelajar untuk akses dengan ibu bapa.
Guru-guru ini boleh beri panduan kepada ibu bapa. Jika melihat kepada keadaan sekitar dalam rumah, barangkali kemungkinan ada gangguan, seperti banyak masa dibazirkan menonton televisyen atau pelajar terpaksa pula menjaga adik kecilnya sehingga mengganggu pembelajaran. Dalam konteks ini, guru berkenaan boleh bercakap dengan ibu bapa soal kekangan ini, bagaimanapun ia bergantung kepada kesedaran keluarga itu sendiri," katanya.

Alimuddin seperti mana imej pendidik yang jujur terpapar pada perawakannya enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung dakwaan Kerajaan PKR Selangor bahawa iTR1M seolah-olah ‘mengganggu’ Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Beliau bagaimanapun meminta semua pihak merenung perkara ini.
Sebenarnya kita umpama tak terbuat (program tuisyen ini) kerana di seluruh negara ketika ini ada 5.3 juta pelajar. Daripada jumlah itu, hampir sejuta pelajar sahaja berada di Selangor. Tuisyen ini memang kita alu-alukan sesiapa sahaja nak buat. Bagi saya kalau ada 10 badan mengendalikan ini sudah cukup bagus kerana pelajar ramai datang daripada keluarga yang pelbagai latar belakang.
Jadi, kalau kerajaan Selangor kata kita ‘bertembung’ atau bertindan ke, itu tidak tepat kerana di Selangor ini pelajar sekolahnya ramai," katanya.

Apa pun Alimuddin tidak mahu melayan ‘provokasi’ pakatan pembangkang itu. iTR1M adalah lambang kesungguhan, komitmen dan keprihatinan Perdana Menteri terhadap nasib pelajar yang kurang bernasib baik. Ia sama seperti mana usaha Najib menggerakkan semua produk berjenama 1Malaysia di hujungnya - tayar, bantuan rakyat, klinik, kedai dan banyak lagi.

Perkembangan iTR1M akan dipantau untuk memastikan kualiti guru dan penambahbaikan pelajar ketara. Selepas Selangor, ia akan diperluaskan ke negeri lain. Tidak timbul soal ketirisan dalam iTR1M kerana tiga pegawai daripada YGMB dipastikan akan turun ke setiap sekolah setiap hari sama ada petang, malam atau hujung minggu.

Di sini, mereka akan mendapatkan laporan-laporan lengkap daripada guru-guru yang mengajar, pengetua atau guru besar sekolah berkenaan. iTR1M digerakkan seminggu lebih awal pada 18 Jun sebelum pelancaran oleh Perdana Menteri. Dikatakan respons daripada ibu bapa cukup mengujakan. Tidak ada program seumpamanya di dunia seperti iTR1M.

Sunday, July 22, 2012

Pelajar tanpa SPM bimbang


IPT Syria terima pelajar Malaysia tanpa kelayakan

Kuala Lumpur: Sebahagian pelajar Malaysia di Syria bimbang mengenai masa depan pengajian mereka apabila terpaksa meninggalkan negara bergolak itu. Ini berikutan kebanyakan mereka tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pelajar terbabit bimbang tanpa kelulusan SPM, mereka tidak dapat menyambung pengajian di institusi pendidikan tempatan atau negara lain seperti Jordan, jika tidak dapat menghabiskan pengajian di Syria.

Pemangku Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Syria, Anuar Majdi Azahan, berkata institusi pengajian tinggi (IPT) di Syria menerima kemasukan pelajar Malaysia tanpa kelayakan SPM atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Kebanyakan pelajar memasuki IPT di Syria sebagai lepasan pengajian pondok,” katanya yang mengaku memiliki kelulusan SPM dan STAM ketika dihubungi BH, semalam.

Anuar juga berkata, ada pelajar Malaysia mengambil keputusan enggan meninggalkan Syria atas alasan peribadi, termasuk ingin mendalami ilmu agama di masjid negara itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau sedang berusaha memujuk pelajar terbabit pulang demi keselamatan mereka.

Kelmarin, kerajaan memutuskan semua 128 pelajar dan 10 ekspatriat Malaysia di Syria akan dibawa pulang dengan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Alhamdulillah, setakat ini, tiada sebarang laporan kejadian tidak diingini menimpa pelajar Malaysia di Syria. Semua pelajar mematuhi arahan Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik,” katanya.

JPA lengah naik gred guru


400 tamat pengajian lima tahun lalu masih di takuk lama

Kuala Lumpur: Empat ratus guru yang memperoleh ijazah menerusi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) belum menerima kenaikan gred sejak lima tahun lalu. Maklumat itu diperoleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) daripada kesatuan guru di seluruh negara, selain aduan disalur guru terbabit.
Mula pengajian 2003


Kebanyakan mereka mengikuti pengajian pada 2003 dan menamatkannya empat tahun kemudian.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata selepas tamat pengajian mereka memohon kenaikan gred kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran, namun belum diluluskan sehingga sekarang.

Permohonan Jawatan Pensyarah Kolej Matrikulasi Gred DG44


Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web Bahagian Matrikulasi mulai 15 Julai sehingga 31 Ogos 2012.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Matrikulasi KPM seperti alamat tertera di bawah.

Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 6&7, Blok E15
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E
62604 Putrajaya
(u.p: En Mustafa Kamil bin Mustafa)
Penolong Pengarah Perjawatan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Norazian Mohd Zaffin di talian 03-88844070


Muat turun :
Lampiran B  : Borang Permohonan Perjawatan
Lampiran D : LNPT
Lampiran E : Senarai Semak
Lampiran F : Panduan Kod

Thursday, July 19, 2012

TABIKA KEMAS

 

Pengenalan

Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang  berumur 4 hingga 6 tahun.

Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain’ yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.

Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur.

Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.

Objektif

  1. Menggalakkan perkembangan Sosial, Emosi, Fizikal, Intelek dan Rohani (SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi ;
     
  2. Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan ;
     
  3. Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak ;
     
  4. Membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik ;
     
  5. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu ; dan
     
  6. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian.

Pengajaran dan Pembelajaran

Kurikulum
Tabika KEMAS mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah diwajibkan pengunaanya pada 1 Januari 2010 mengikut Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kanak-kanak yang belajar di Tabika KEMAS akan belajar mengikut 6 Tunjang Pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu :-
i). Komunikasi
ii). Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii). Kemanusiaan
iv). Keterampilan diri
v). Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi). Sains dan Teknologi

Tempoh Masa
Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 4 jam mulai jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi atau 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Selain itu, KEMAS turut melaksanakan tambahan masa 2 jam (1 jam bagi setiap sesi) seminggu selepas waktu pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan aktiviti kokurikulum seperti kelas fardhu ain dan iqra’, Bahasa Inggeris, Muzik, Seni mempertahankan diri atau senaman dan seni tari mengikut keperluan.

Pendekatan

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Pemaju Masyarakat/guru Tabika KEMAS menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan diri, keperluan, kebolehan, bakat dan minat serta latar belakang kanak-kanak. Tujuannya ialah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesan dan mengembirakan.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah iaitu :-
  1. Belajar Melalui Bermain
    Proses pengajaran dan pembelajaran yang mengembirakan, meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran berfikir secara inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. Pengalaman pembelajaran akan memberi kesan yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina dan membantu perkembangan ke tahap yang maksima.

  2. Bertema
    Pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang kanak-kanak dijadikan sebagai alat untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti bertutur, membaca, menulis, asas matematik dan berfikir di samping memberi peluang kanak-kanak meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih.

  3. Bersepadu
    Proses pengajaran dan pembelajaran ini membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar yang saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah. Ini akan menyediakan kanak-kanak mendalamai atau meneroka sesuatu topik, banyak pilihan dan motivasi, menimbulkan kepuasan belajar, pembelajaran lebih aktif, menggembirakan, bermakna, meningkatkan daya imaginasi, kreatif, kemahiran berbahasa dan nilai murni.

  4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
    Membantu proses pengajaran dan pembelajaran, memperolehi maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan dengan rakan serta memperkaya pengalaman pembelajaran.
Pengelolaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini dikelolakan secara kelas, kumpulan dan individu yang dijalankan secara terancang.

Penilaian dan Rekod Perkembangan Kanak-kanak

Pemaju Masyarakat/guru Tabika akan membuat penilaian melalui proses pengumpulan maklumat perkembangan dan kemajuan kanak-kanak secara berterusan. Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk dipertingkatkan serta pengukuhan.

Hasil penilaian membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan bagi mengembangkan potensi kanak-kanak. Rekod kesihatan dinilai dengan kerjasama Jabatan Kesihatan di peringkat daerah yang membuat pemeriksaan fizikal dan gigi secara berkala di Tabika.

Pengurusan

Pengurusan, pengelolaan dan pemantauan Tabika ialah tanggungjawab dan kerjasama erat antara KEMAS dan masyarakat.
  • Pemaju Masyarakat/guru Tabika
    Bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran, pengurusan aktiviti kokurikulum dan aktiviti penglibatan ibu bapa.

  • Pembantu guru Tabika
    Bertanggungjawab menyediakan makanan tambahan, menjaga kebersihan dan keceriaan kelas dan membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • Jawatankuasa Tabika
    Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran Tabika, aktiviti kokurikulum dan aktiviti penglibatan masyarakat.

  • Penyelia Prasekolah
    Membuat pemantauan pelaksanaan Tabika di peringkat parlimen.

Aktiviti

Aktiviti Kokurikulum
  • Kokurikulum Mingguan ;
  • Masa – 2 jam seminggu (1 jam setiap sesi selepas waktu kelas)
  • Aktiviti :
  • Kelas Fardhu Ain/Iqra’
  • Kelas Bahasa Inggeris
  • Kompang/Percussion
  • Seni mempertahankan diri
  • Seni Tari/senamrobik
  • Kokurikulum Tahunan :
  • Hari Potensi/Hari Kecemerlangan
  • Hari Sukan/Sukaneka/gotong royong
  • Lawatan Pendidikan/3K
Aktiviti dan Penglibatan ibu bapa

Ibu bapa digalakkan melibatkan diri secara aktif melalui kerjasama yang erat sebagai rakan kongsi dengan Tabika bagi tujuan meningkatkan kualiti dan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Ibu bapa digalakkan terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut :-
  • Pendidikan
    Membantu memperkukuhkan pendidikan anak-anak di rumah supaya terdapat kesinambungan pendidikan antara Tabika dan rumah, termasuk membantu membina bahan bantu mengajar untuk guru.
     
  • Pendidikan Keibubapaan
    Bengkel dan kursus untuk ibu bapa yang dianjurkan oleh Tabika untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
     
  • Aktiviti Kokurikulum
    Membantu guru dalam aktiviti kokurikulum, pelaksanaan Hari Potensi, sukaneka, penyampaian sijil dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian dengan masyarakat setempat.
     
  • Aktiviti Keindahan, Keselamatan dan Kebersihan Tabika
    Bersama dengan Ahli Jawatankuasa Tabika meningkatkan keindahan, keselamatan dan kebersihan dan keceriaan Tabika melalui aktiviti gotong-royong, sumbangan kewangan dan bahan untuk mengindahkan lanskap, menganjurkan kempen-kempen bulanan seperti Kempen Kebersihan, Menabung dan lain-lain.



Program Pembelajaran Pintar SIRIM


Program Pembelajaran Pintar SIRIM yang mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pebelajaran (P&P) terbukti berjaya meningkatkan prestasi akademik sekolah di samping mendedahkan murid kepada perkembangan terkini dunia sains.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, program komuniti oleh SIRIM Berhad ini juga dapat merapatkan jurang pencapaian pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar.

"Pada masa sama, program ini membantu meningkatkan minat masyarakat kepada bidang sains, teknologi dan inovasi terutamanya di kalangan generasi muda," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran dan penyerahan Program Pembelajaran Pintar SIRIM itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sawah Bahru, Labis, Johor baru-baru ini.

Dua sekolah lain yang turut menerima sumbangan tersebut ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Labis dan SekolahJenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Voules, Labis Seramai 1,037 murid di tiga sekolah terbabit akan menerima manfaat daripada program pintar ini.
Sehingga kini, sebanyak sembilan buah sekolah di Sabah, lapan buah sekolah di Sarawak, lima buah sekolah di Kelantan, dan empat buah sekolah di Selangor telah menerima manfaat Program Pembelajaran Pintar SIRIM ini.

Komponen program ini terdiri daripada kelengkapan peralatan bilik darjah seperti papan putih interaktif khas, projektor jarak dekat, pembesar suara serta beberapa perisian pintar.
Perisian pintar ini disepadukan dengan pembelajaran subjek berasaskan simulasi masa nyata (real-time), selain memupuk pembelajaran secara hands-on yang lebih efektif.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Segamat, Anuar Hashim memberitahu, progam pembelajaran pintar SIRIM ini bakal mendedahkan murid di daerah itu kepada teknologi pembelajaran terkini.
"Peluang yang diberikan ini sangat bermakna khususnya kepada murid di luar bandar untuk mempelajari dan mendekatkan diri kepada ICT," ujarnya.
- UTUSAN

Subjek Ilmu Falak


DUNGUN 16 Mac - Pengajian ilmu falak perlu dijadikan subjek utama di semua peringkat di sekolah atau universiti agar negara tidak terus terkebelakang berbanding pencapaian negara lain dalam kajian terhadap alam semesta termasuk matahari dan bulan.

Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ahmad Taufan Abdul Rashid berkata, langkah itu penting kerana kajian alam semesta merupakan suatu kajian tentang objek yang dekat dengan kehidupan harian manusia.
Beliau juga melahirkan kekhuatiran jika pengajian bidang tersebut masih kekal sebagai subbidang, ia akan menyebabkan ketiadaan kajian khusus terhadap ruang lingkup ilmu falak selain kajian alam semesta.

"Apabila kajian itu tidak dilakukan atau pun terlalu kurang, ia akan menyebabkan Malaysia ketinggalan dari aspek maklumat falak berbanding negara lain yang sudah jauh ke depan.
"Maksudnya, ia bukan penjelajahan tetapi perubahan nyata pada objek di alam semesta ini yang mungkin memberi impak kepada kehidupan di bumi khususnya Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja Kepentingan Pendidikan Ilmu Falak pada seminar Fatwa dan Falak Negeri Terengganu 2012 di Bandar Al-Muktafi Billah Shah dekat sini semalam.

Seminar sehari anjuran Jabatan Mufti Negeri Terengganu dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat.

Ahmad Taufan berkata, subbidang ilmu falak yang sememangnya bergantung kepada ilmu falak itu sendiri selain sekadar pelengkap kepada keperluan sesuatu bidang lain, perlu selari dengan perubahan ilmu falak.

Sebagai contoh, katanya, rumus hitungan falak 1970-an tidak lagi sesuai diguna pakai untuk tahun 2000 ke atas dan ia memerlukan pembetulan baharu bagi memastikan hitungan kekal pada kejituan tinggi.
Jelasnya, perubahan itu hanya dilakukan oleh mereka yang terlibat sepenuhnya sebagai ahli falak dan jika subbidang falak tiada hubungan dengan ilmu falak, ia akan terus menggunakan rumus yang belum diperbaharui.

"Bayangkan sekiranya melibatkan satelit dan pelancaran roket, apa yang mungkin terjadi? Malah sistem suria sendiri sudah banyak berubah definisi dan justifikasinya.
"Jadi, amat malang sekiranya buku teks sekolah masih tidak diubah kerana sudah tentu pengalaman terbaharu dengan kandungan buku itu tidak lagi selari," katanya.

Subjek Pilihan Raya


SEREMBAN 23 Mac — Kementerian Pelajaran menyambut baik cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar subjek mengenai pilihan raya diperkenalkan di sekolah bertujuan membantu pelajar memahami sistem pemerintahan negara.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia memerlukan satu kajian lebih menyeluruh oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum kementerian itu.

"Ini kerana ia melibatkan guru, jadual dan kita kena lihat kita nak mula mengajar itu di peringkat mana, rendah atau menengah. Mungkin kita boleh fikirkan dibuat secara merentas kurikulum iaitu ia menumpang subjek-subjek sedia ada, sama ada subjek sejarah, kajian tempatan dan sebagainya.

"Mungkin kita boleh masukkan elemen itu di situ tapi pada saya, ia perlukan satu kajian yang menyeluruh supaya apabila dilaksanakan nanti ia benar-benar berkesan dan saya rasa mungkin tujuannya lebih kepada untuk menimbulkan kefahaman dan kesedaran,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Wawasan, Seremban 2. Turut hadir Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Datuk Abdul Halim Abdul Razak. — BERNAMA

Program Lindungi Alam Sekitar


MUAR 28 Mac - Usaha melahirkan kesedaran terhadap keperluan dan kepentingan alam sekitar khususnya hutan perlu diperluaskan bukan sahaja di sekolah tetapi di semua peringkat.
Peserta program Hari Perhutanan Sedunia Ke-41 Peringkat Daerah Johor Utara, Intan Najiha, 16, berkata, ini kerana negara ini mempunyai kawasan hutan yang luas dan masih ramai tidak sedar fungsinya.

"Hutan amat penting bagi ekosistem kita selain melindungi alam sekitar dan membekalkan udara segar kepada kehidupan bukan sahaja untuk manusia tetapi semua hidupan.

"Kita perlu tahu sekiranya hutan dimusnahkan sesuka hati akan berlaku banjir besar dan bumi pula akan semakin panas," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Dr. Ismail dekat sini semalam.

Sempena program itu, sebanyak 150 pokok daripada enam spesies ditanam di belakang sekolah berkenaan yang disertai oleh 80 murid dan lebih 20 kakitangan Jabatan Hutan Daerah Johor Utara.
Seorang lagi pelajar, Farhana Ngarif, 16, pula menyifatkan aktiviti itu penting dan relevan kerana masyarakat masih kurang peka dengan isu perubahan iklim dan pemanasan global hari ini.
Ujarnya yang berasal dari Taman Bakri Jaya, kurang pengetahuan dan sikap tidak ambil peduli menyebabkan isu penjagaan hutan dianggap tidak penting.

Edriena Ali, 15, dari Parit Zain berkata, setiap individu harus memainkan peranan masing-masing untuk menghijaukan bumi iaitu dengan cara menanam pokok di rumah.
"Cara ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa cinta terhadap alam sekitar dan akan memberi manfaat terhadap persekitaran apatah lagi di kawasan bandar," katanya.

Nur Shahira Shakila Mustaffa, 16, dari Parit Raja Sari berkata, hutan tidak boleh dimusnahkan atas nama pembangunan kerana ia merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.
Menurutnya, merosakkan hutan adalah sama dengan mengkhianati amanah Tuhan dan sebarang pembangunan harus dilakukan secara berhemah.

Sastera Nasional


MELAKA 1 April – Persidangan Hari Sastera Nasional ke-15 mengesyorkan bidang kesusasteraan nasional dijadikan mata pelajaran wajib untuk pelajar bermula prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Perkara itu merupakan antara 14 resolusi yang dicapai Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) bersama 22 ahli gabungannya yang bersidang selama tiga hari bermula Jumaat.
Ketua Satu Gapena, Prof Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, bidang kesusasteraan nasional penting dalam memantapkan jati diri rakyat dan mewujudkan peradaban bangsa Malaysia yang bersatu dan kukuh.

"Kalau kita tidak wajibkan kesusasteraan, kita bimbang generasi muda hari ini tidak tahu pantun, sajak dan budaya sebaliknya hanya mementingkan nilai materialistik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Hari Sastera Nasional ke-15 yang disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka yang juga Pengerusi Bersama Hari Sastera Nasional, Datuk Wira Othman Muhamad.

Beliau berkata, pada masa ini kesusasteraan hanya diajar di peringkat sekolah menengah namun ia tidak diwajibkan kepada semua pelajar. - BERNAMA

Kemahiran Berfikir


Pendekatan menerapkan kemahiran berfikir dalam menjawab soalan bukan sahaja berjaya menobatkan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) terbaik dalam subjek Sejarah malah menjulang sekolah itu sebagai sekolah kerajaan terbaik seluruh negara dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.

Ketua Panitia Sejarah TKC, Mohd Saleh Ibrahim berkata, budaya berfikir yang diterapkan di kalangan pelajar turut mendorong kepada pencapaian cemerlang itu dan ia sesuai dengan konsep baru pendidikan yang menekankan kemahiran berfikir dalam menjawab soalan.

"Pelajar perlu diberi peluang mengemukakan pandangan mengenai sesuatu peristiwa sejarah dan guru berperanan memandu pelajar supaya tidak terpesong daripada fakta sebenar.

"Galakkan pelajar untuk memberi pandangan daripada perspektif mereka mengenai sesuatu peristiwa," katanya dalam satu kenyataan di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Gred purata sekolah TKC ialah 0.93 manakala untuk subjek Sejarah ia memperoleh min gred 0.18 yang melayakkannya diiktiraf terbaik di Malaysia.

Di samping itu, Mohd Saleh memberitahu, Sejarah bukan satu subjek yang statik tetapi boleh dijadikan sebagai suatu mata pelajaran yang hidup dan dinamik.
"Untuk itu, guru perlu membawa pelajar menyelami sesuatu isu dengan menjadikan mereka sebahagian daripada pemain watak dalam peristiwa tersebut," ujarnya.

Program Intergrasi Di Sekolah


KEPALA BATAS 3 Mei - Tun Abdullah Ahmad Badawi mahukan program integrasi di sekolah diteruskan bagi membolehkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar pelbagai kaum ditingkatkan.
Bekas Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu kerana melalui program tersebut akan membawa kebaikan kerana wujudnya perasaan saling hormat menghormati antara kaum dapat dipereratkan.
Katanya, ini secara tidak langsung akan mewujudkan integrasi dan ia sekali gus membawa kebaikan kepada perpaduan dan 1Malaysia.

"Kita nak kebaikan supaya setiap kemajuan negara dapat dinikmati oleh semua kaum dan ia setiap kaum sama-sama menyumbang kepada negara dan menguntungkan semua pihak.

"Kalau kita tidak berusaha untuk memberi kesempatan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum seperti sukan, debat, kegiatan alam sekitar dan landskap, hubungan antara mereka akan terpisah dan bersendirian menjadikan integrasi sukar untuk dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perjumpaan dengan Pemimpin Persatuan guru dan sekolah (PIBG) Parlimen Kepala Batas di Penang Golf Resort di sini.
Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, idea untuk mewujudkan program tersebut telah dipersetujui oleh Kementerian Pelajaran dan Persatuan Sekolah-Sekolah Cina tetapi ia tidak dilaksanakan.

Beliau yakin melalui program tersebut juga dapat menjalinkan hubungan baik dan satu persahabatan sesama sendiri.
- Utusan Malaysia

Peperiksaan Gabungan Sekolah Menengah Cina (UEC)


KUALA LUMPUR 19 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan menarik balik pengiktirafan terhadap Peperiksaan Gabungan Sekolah Menengah Cina (UEC) kerana bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Dalam masa yang sama Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya turut mendesak mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam dijadikan sebagai subjek lulus peperiksaan awam bermula daripada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kerajaan harus sedar pengiktirafan sijil peperiksaan UEC telah membawa implikasi kepada perlanggaran sistem perundangan negara. Ini merupakan persoalan serius yang perlu diberikan perhatian.

"Oleh itu Perkasa mahu pengiktirafan ini ditarik balik dengan segera. Jangan lukakan lagi perasaan orang Melayu kerana kaum ini sudah cukup terluka. Jangan jadikan luka orang Melayu semakin parah," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas berakhirnya Sidang Meja Bulat: Kajian Semula Pendidikan Kebangsaan di Memorial Tun Hussein Onn, di sini hari ini.
Dalam persidangan tersebut sebanyak 13 resolusi telah dihasilkan dan dua antaranya adalah menarik balik pengiktirafan UEC serta memperkasakan pengajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah rendah dan menengah.

Ibrahim berkata, pengiktirafan UEC itu juga bermakna kerajaan telah mewujudkan dua sistem dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan.

"Pengiktirafan ini juga akan menebalkan lagi polarisasi kaum, sekali gus menghalang perpaduan kaum kerana ia menggalakkan murid berketurunan Cina di sekolah jenis kebangsaan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah bantuan dan sekolah persendirian gabungan Cina.

"Perkasa menggesa Kementerian Pelajaran merujuk keputusan kes Merdeka University Berhad lawan Kerajaan Malaysia pada tahun 1982 yang mana permohonan United Chinese School Committees Association (Dong Zong) dan United School Teacher's Association akhirnya ditolak," katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai cadangan menjadikan mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam sebagai subjek lulus peperiksaan awam Ibrahim berkata, sudah tiba masanya semua pelajar Islam dikenakan syarat tersebut.

"Bagi pelajar beragama lain terpulanglah kepada Kementerian Pelajaran untuk memikirkan subjek yang sesuai seperti mata pelajaran Moral. Namun, penekanan Perkasa dalam hal ini adalah khusus untuk pelajar Islam.

"Kita mahu setiap pelajar mempunyai pengetahuan yang kukuh mengenai Islam. Perkasa yakin melalui pendekatan ini sahaja yang boleh membuatkan mereka sentiasa menjaga hukum-hakam, sekali gus mengelakkan daripada terlibat dengan kegiatan maksiat serta tidak bermoral," katanya lagi.
Beliau berkata, Perkasa percaya melalui pendekatan agama ia dapat memastikan masyarakat tidak terdorong melakukan kesalahan dan penyelewengan.

"Kita pernah mendengar kes yang mana mereka yang berpendidikan tinggi melakukan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Sebab apa? Sebab mereka tidak terdidik dengan agama," ujarnya.

Sementara itu beliau di dalam sidang akhbar itu turut mendedahkan mengenai keluhan pegawai kerajaan berhubung tingkah laku Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan yang lebih mengutamakan bahasa Inggeris ketika mengendalikan mesyuarat.

"Apa yang dilakukan oleh KSN ini tidak menepati Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang mana memperuntukkan setiap urusan rasmi negara hendaklah menggunakan bahasa Melayu," katanya lagi. - UTUSAN

Guru Inovasi


KUALA KANGSAR 16 Mei - Guru berinovasi merupakan guru yang berkualiti dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, guru berinovasi mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.

"Dalam konteks ini, sebelum melangkah masuk ke bilik darjah, seorang guru berinovasi akan menekuni kurikulum dan menilai apakah keberhasilan yang ingin dicapai," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru 2012 peringat kebangsaan bertemakan "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan.

Keutamaan guru berinovasi adalah memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata, katanya.

"Guru berinovasi ialah guru yang mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir," katanya.
Muhyiddin berkata, guru yang berupaya menilai pencapaian dan potensi murid secara holistik serta sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kecemerlangan murid supaya dapat bersaing di dunia yang semakin mencabar juga merupakan guru berinovasi.

"Guru berinovasi ialah guru yang sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata," katanya.
Sekiranya semua guru di negara ini adalah guru inovasi, Muhyiddin yakin matlamat untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan akan tercapai.

Bagi memantapkan budaya inovasi di sekolah, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sedang merangka Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif untuk menyemai budaya inovatif dan kreatif di kalangan murid, katanya.

Muhyiddin berkata, menerusi pelan ini, sekolah akan bertindak sebagai agensi pelaksana yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif.

"Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif diharap akan digunakan sepenuhnya oleh guru sebagai garis panduan untuk mencapai hasrat negara meningkatkan keupayaan daya saing negara yang diukur berdasarkan kemampuan rakyat untuk berinovasi," katanya.

Kerjasama kementerian dengan Agensi Inovasi Malaysia untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui Program i-Think juga merupakan pendekatan baru yang sesuai digunakan oleh guru untuk meningkatkan pena"akulan di kalangan murid, katanya.

"Program ini telah dirintis di 10 buah sekolah dan diharapkan dapat diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran," katanya.

Pada sambutan itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan kepada Datuk Omar Mohd. Hashim serta Anugerah Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan kepada Datuk Hassan Harun.

Sementara itu, empat bekas pendidik pula menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2012 iaitu Datuk Ahmad Azmey Abu Talib, Datuk Mary Yap Kain Ching, Mohd Azman Abdul Rashid dan Lim Ia Lee @ Lim Irene. - BERNAMA

Guru agama


SESUNGGUHNYA agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya. (ali Imran : 19)

Bagi membekalkan ilmu pengetahuan dengan kepelbagaian kaedah dakwah untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar sekolah, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan telah menganjurkan Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru Islam Tahun 2012 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur pada awal Mei lalu.

Program itu anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Ugama Malaysia Barat (KKGUMB) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ia disertai lebih 1,500 peserta terdiri daripada guru pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah dan menengah, guru Islam sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan guru besar serta pengetua sekolah.

Pemangku Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Muhammad Rais Abdul Karim berkata, strategi gerakan transformasi dakwah akan berkesan melalui tenaga penggerak yang terdiri daripada kalangan pendakwah yang berilmu dan terlatih.

"Seminar ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru pendidikan Islam bagi memperkasakan kaedah dakwah kepada pelajar sekolah berkaitan akidah dan sahsiah.
"Umat Islam kini terdedah dengan cabaran ujian kekuatan akidah iaitu dengan pelbagai fahaman, ideologi moden seperti pluralisme, sekularisme, liberalisme, kapitalisme, materialisme, humanisme dan unsur negatif mempengaruhi dengan mudah terutamanya pelajar sekolah.
"Dalam kemajuan era globalisasi, negara kita digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam bahkan dihimpit juga dengan budaya songsang, black metal, punk, gejala gay, lesbian, pondan, mat rempit, seks bebas, penyalahgunaan dadah, penagihan arak serta sukan judi," katanya.

Menurut Rais, peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin luas dan mencabar terutamanya dalam soal penyelewengan akidah di kalangan para pelajar serta gejala sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat serta ia merupakan satu cabaran yang hebat terhadap semua pihak di negara ini khususnya guru-guru.

"Guru-guru harus bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai kegiatan dan cabaran dakyah pihak tertentu dalam usaha meruntuhkan akidah atau moral dengan menyebarkan dakyah secara halus kepada murid-murid dan pelajar sekolah," tegasnya.

GPI bertanggungjawab memberi ajaran agama yang sebenar dengan merujuk fakta-fakta rasmi dan bertepatan serta mewujudkan kumpulan pelajar yang dibekalkan pengetahuan dan bimbingan dakwah agar mereka berperanan membantu penghayatan Islam di sekolah di samping berperanan sensitif terhadap dakyah agama asing di kalangan pihak-pihak tertentu. Ia sejajar dengan suruhan Allah dalam surah at-Tahrim ayat enam.

Seminar tersebut dijadikan medan untuk bertukar pendapat, ilmu pengetahuan, perkongsian dan merapatkan hubungan silaturahim di kalangan guru pendidikan Islam dalam membina kekuatan ummah.


Ia dimantapkan lagi dengan pembentangan kertas kerja oleh Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dengan tajuk Kegiatan Dakyah dan Usaha Pihak Tertentu Untuk Memesongkan Akidah Umat Islam.
Tegas Wan Zahid, gerakan Liberalisme, Pluralisme, Sekularisme, Yahudi dan Emotion Spiritual and Quotient (ESQ) yang menjadi ancaman serta perkembangannya akan merosakkan akidah umat Islam sekiranya tidak dibendung.
- UTUSAN

Kursus Bina Upaya Profesionalisme Perguruan

Guru diwajib kursus profesionalisme


SHAH ALAM 24 Mei - Kementerian Pelajaran akan mewajibkan semua guru mengikuti Kursus Bina Upaya Profesionalisme Perguruan bagi memperkasakan mereka dari aspek inovasi dan profesionalisme bermula Jun ini. 

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, menerusi kursus tersebut kementerian akan memberi penekanan terhadap tiga perkara utama dalam membangunkan profesionalisme perguruan meliputi pengetahuan, kemahiran serta perwatakan yang harus ada pada setiap tenaga pengajar.
Menurutnya, kursus itu akan dijalankan secara berperingkat melibatkan seluruh warga guru dan ia bakal dijalankan di Institut Aminuddin Baki (IAB) serta Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

''Kementerian melantik 21 jurulatih bagi mengendalikan kursus tersebut yang diharapkan dapat melonjakkan transformasi negara dalam bidang pendidikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Pelajaran Negeri, Abdullah Mad Yunus dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Serdang, Datuk Mohamad Satim Diman.
Sempena sambutan tersebut, sebanyak 100 naskhah akhbar Utusan Malaysia dan 300 naskhah akhbar Kosmo! diedarkan secara percuma kepada hadirin.

Kumpulan Utusan juga membuka gerai pameran sempena sambutan itu selain menawarkan 20 peratus diskaun harga bagi produk majalah yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan.
Dalam pada itu, sambutan tersebut turut menyaksikan tiga bekas pendidik di negeri ini menerima Anugerah Tokoh Guru Negeri Selangor 2012.

Mereka ialah bekas Pengetua Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Klang, Kamariah Zainuddin dan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Kamaruddin Mansor.
Turut menerima anugerah ialah bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Abd. Azizi Mustafa. - UTUSAN

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara