Social Icons

-

Saturday, September 29, 2012

Murid SJKC lemah Bahasa Malaysia


Saudara Pengarang,

Setelah melihat secara kasar, saya rasa murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini masih ramai ketinggalan dalam menguasai mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Bukan setakat itu, penggunaan bahasa Cina yang meluas menyebabkan mereka turut mengalami masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan dengan baik.

Baru-baru ini saya ditugaskan untuk menjadi pengawas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sebuah SJKC di negeri ini dan amat memeranjatkan apabila sebilangan besar murid gagal memahami arahan dalam bahasa Melayu.

Kegagalan tersebut menyebabkan saya terpaksa meminta bantuan murid Melayu yang kebetulan menduduki ujian tersebut untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Cina.

Keadaan lebih parah apabila soalan Ujian Aptitud Tahun Enam menggunakan bahasa Cina sepenuhnya sedangkan terdapat masalah pada soalan dan jawapan sehingga memaksa saya memanggil guru-guru untuk membantu murid.

Saya rasa senario ini satu masalah yang perlu dipandang serius oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran kerana murid-murid tersebut lahir dan membesar di Malaysia, namun gagal menguasai bahasa kebangsaan.

Lebih memeranjatkan apabila soalan Bahasa Malaysia di SJKC jauh lebih mudah berbanding di sekolah kebangsaan (SK) dan ini memberi kelebihan kepada murid-murid aliran Cina.

Standard pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia di SK dan SJKC sepatutnya diselaraskan perkara tersebut agar murid-murid Cina dapat menguasai bahasa kebangsaan dengan lebih baik.

Kelemahan dalam menguasai bahasa Melayu dilihat amat ketara kerana murid-murid menggunakan bahasa Cina di rumah dan di sekolah dengan sepenuhnya menyebabkan mereka gagal berkomunikasi dengan baik dalam bahasa tersebut.

Pada pandangan saya, bahasa Melayu wajar dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah termasuk SJKC dan SJK Tamil agar kita sama-sama dapat berkomunikasi dengan baik dan tidak lagi wujud jurang bahasa antara masyarakat Melayu, Cina dan India.

CIKGU PRIHATIN

Dong Zong kemuka lapan tuntutan


KUALA LUMPUR 26 Sept. - Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) hari ini mengemukakan memorandum lapan tuntutan kepada kerajaan bagi menuntut beberapa masalah yang melanda Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) diselesaikan.

Tuntutan itu diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di bangunan Parlimen selepas mereka mengadakan perhimpunan di Padang Merbok.

Menurut Nazri, antara tuntutan yang dikemukakan ialah masalah kekurangan guru di SJKC, guru tidak berkelayakan ditempatkan di SJKC dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sekolah menengah persendirian Cina yang tidak diiktiraf.

''Ada beberapa lagi tuntutan yang dikemukakan oleh mereka seperti masalah kesukaran permohonan pendaftaran ahli lembaga pengelola sekolah, kesalahan dalam surat kelulusan Sekolah Menengah Chong Hwa di Kuantan.

''Mereka juga membangkitkan isu kelulusan penubuhan Sekolah Menengah Persendirian Cina di Segamat, masalah peruntukan di SJKC yang sedikit serta pelaksanaan mekanisme normal penubuhan SKJC dengan menyediakan tanah rizab sekolah,'' katanya di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, beliau akan menyampaikan memorandum itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat mingguan Kabinet Jumaat ini.

''Saya berpendapat tuntutan mereka itu tidak salah, malah ada antaranya yang wajar seperti masalah kekurangan guru dan guru yang tidak berkelayakan mengajar ditempatkan di SJKC," katanya.

Terdahulu, kira-kira 500 ahli Dong Zong berhimpun di Padang Merbok bagi menyatakan sokongan terhadap kempen menyelamatkan bahasa ibunda yang diketuai oleh pengerusinya, Dr. Yap Sin Tian.

Selepas berkumpul dan berucap pada perhimpunan itu, Sin Tian bersama 20 wakil Dong Zong kemudiannya berarak hingga ke bangunan Parlimen untuk menghantar memorandum kepada wakil Mohamed Nazri.

Kehadiran pertubuhan tersebut kemudiannya disambut oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka juga memberi dokumen Pendirian dan Permintaan Tujuh Pertubuhan Cina dalam Isu Pendidikan kepada parti-parti politik supaya menyampaikannya kepada ahli-ahli parlimen.

- UTUSAN

Friday, September 28, 2012

Jawatan Kosong Di Kolej Komuniti



Kolej Komuniti Kok Lanas mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan/sementara.
1.Jawatan: Pensyarah Sambilan Harian (Terapi Kecantikan dan Spa)
Syarat-syarat:
a)      Ijazah Sarjana Muda @ diploma dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa atau

b)     Sijil-sijil Kemahiran yang berkaitan dengan Terapi Kecantikan dan Spa.

2.Jawatan: Pensyarah Sambilan Harian (Dandanan Rambut)
Syarat-syarat:
a)      Ijazah Sarjana Muda @ diploma dalam bidang Dandanan Rambut atau

b)     Sijil-sijil Kemahiran yang berkaitan dengan Dandanan Rambut.

Calon-calon hendaklah mengemukakan resume dan permohonan tersebut hendaklah sampai ke Kolej Komuniti Kok Lanas; di alamat
Kolej Komuniti Kok Lanas
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
16450 Ketereh, Kelantan.
(UP: Puan Shuhaila binti Ibrahim)
Tel:09-7880400 Fax:09-7880401

Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung Puan Shuhaila Ibrahim di talian 09-7880400.

Jawatan Kosong Di Universiti Teknologi Malaysia UTM


Sila kliks di SINI untuk melihat senarai jawatan kosong di UTM

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2013 (Semenanjung Malaysia)


Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2013 (Semenanjung Malaysia) 

>> Iklan

>> Maklumat lanjut


>> Permohonan Online (Tarikh Tutup : 19 Oktober 2012)

Kelas Peralihan

Asal Usul Kelas Peralihan
Kelas Peralihan (remove class) ialah satu rancangan khusus di sekolah menengah yang berfungsi sebagai perantaraan demi tujuan melicinkan proses peralihan bahasa pengantar daripada bahasa ibunda di sekolah rendah kepada bahasa Malaysia di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan. Pada tahun 1960, kerajaan telah mengemukakan Laporan Rahman Talib dan mencadangkan kewujudan kelas peralihan. Ia dilaksanakan selepas Akta Pendidikan 1961 dikuatkuasakan. Berikutan dasar ini, semua murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK[C]) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK[T]) dikehendaki mengikuti kelas peralihan selama satu tahun.

Tiga matlamat kelas peralihan ialah :
  1. Membolehkan murid menguasai bahasa Malaysia dengan secukupnya sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan di sekolah menengah;
  2. Membolehkan murid berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dengan berkesan; dan
  3. Memupuk semangat kewarganegaraan dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Tujuan mewujudkan kelas peralihan adalah untuk menyediakan murid-murid SJKC dan SJKT dalam tempoh masa satu tahun untuk mempelajari bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa pengantar. Perubahan bahasa pengantar akan mempengaruhi kemajuan pelajaran murid-murid. Sekiranya murid-murid tidak dapat menguasai bahasa pengantar dengan baik, mereka tidak dapat mempelajari dan menguasai subjek-subjek lain.

Antara tahun 1967 hingga 1986, murid-murid SJKC dan SJKT yang mendapat semua A dalam Ujian Penilaian Darjah Lima boleh dikecualikan daripada mengikuti kelas peralihan dan terus naik ke tingkatan 1 selepas darjah enam. Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) mula dilaksanakan pada tahun 1988. Pada permulaannya, cara pengurusan Ujian Penilaian Darjah Lima diteruskan, iaitu murid yang mendapat A dalam semua subjek boleh terus naik ke tingkatan 1. Mulai tahun 1993, dasar terus naik ke tingkatan1 telah dilonggarkan, iaitu murid-murid SJKC dan SJKT yang mendapat keputusan 4A2C dalam UPSR boleh terus naik ke tingkatan 1.

Pada tahun 1995, syarat untuk murid-murid SJKCdan SJKT terus naik ke tingkatan 1 terus dilonggarkan lagi, iaitu dengan mendapat keputusan C dan/atau ke atas dalam Bahasa Melayu dalam darjah empat, darjah lima dan darjah enam dan, murid-murid mampu berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dengan baik, maka mereka dibenarkan naik ke tingkatan 1. Dasar ini dilaksanakan sehingga hari ini.

Kelas peralihan dimansuh 2017 - Muhyiddin



KUALA LUMPUR 27 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelas peralihan di sekolah menengah kebangsaan (SMK) di seluruh negara dijangka dapat dimansuhkan menjelang 2017.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, proses itu akan memendekkan tempoh persekolahan murid-murid sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) yang memilih SMK.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemansuhan itu dapat dilakukan selepas kurikulum Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT diseragamkan dengan kurikulum sekolah kebangsaan (SK) bermula dengan murid tahun empat pada 2014.

"Selama ini, penguasaan bahasa kebangsaan yang seragam di semua sekolah agak sukar dicapai kerana standard kurikulum Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT adalah berbeza dengan di SK.

"Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kerajaan bercadang melaksanakan kurikulum yang sama dan berharap penguasaan bahasa Malaysia murid-murid di SJKC dan SJKT akan meningkat dan setara dengan rakan-rakan mereka di SK," katanya.

Beliau berucap pada majlis penyampaian hadiah Festival Bahasa dan Sastera 2012 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, dalam melaksanakan kurikulum Bahasa Malaysia yang seragam, pihak kementerian akan memastikan murid-murid di SJKC dan SJKT yang mempunyai masalah dalam pembelajaran bahasa itu diberikan sokongan yang secukupnya melalui kelas-kelas pemulihan yang diadakan sehingga lima jam seminggu.

"Kementerian juga akan memastikan pelaksanaan kurikulum itu tidak membebankan murid-murid SJKC dan SJKT yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar utama untuk mata pelajaran lain," ujarnya.

Beliau menambah, latihan secukupnya juga akan diberikan kepada guru-guru Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT agar mereka dapat mengajar dengan baik dan berkesan.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, Muhyiddin menegaskan, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menerima memorandum tuntutan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) semalam merupakan pandangan peribadi menteri berkenaan.

"Saya sudah tanya beliau pagi ini, sepatutnya beliau tak buat kenyataan sebegitu. Apa yang dimaksudkan adalah pandangan peribadi beliau. Saya sudah jelaskan, kita (kerajaan) ada pendirian dan polisi kerajaan adalah jelas.

"Kalau nak serah memorandum, kita tak tolak. Segala tuntutan akan kita kaji. Kalau berkaitan soal pentadbiran dan guru, itu (perkara) lama. Kita dah tubuh jawatankuasa (untuk selesaikan masalah)," katanya.

Intipati Bajet 2013 yang dibentang Perdana Menteri



KUALA LUMPUR 28 Sept. - Berikut ialah intipati Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.
Tema Bajet 2013 ialah “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.

* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* DanaInfra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
- BERNAMA

Bajet 2013: BR1M 2.0 merangkumi individu bujang



KUALA LUMPUR 28 Sept. - Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan yang dikenali sebagai BR1M 2.0 itu melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Beliau berkata bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

"Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini.

BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, yang membabitkan peruntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion. - BERNAMA

Bajet 2013: Tambahan bonus sebulan gaji kakitangan awam



KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.

Najib berkata pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan. - BERNAMA

Bajet 2013: Diskaun mudahkan bayaran PTPTN



KUALA LUMPUR 28 Sept. - Beberapa insentif berupa pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata insentif pertama adalah diskaun 20 peratus daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Okt 2012 hingga 30 Sept 2013.

"Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri turut mengingatkan para peminjam bahawa hukum membayar hutang adalah wajib dan pinjaman PTPTN merupakan satu amanah.

"Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan," katanya.

Sehingga Februari lepas, PTPTN telah meluluskan pinjaman kepada 1.95 juta pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, membabitkan peruntukan lebih RM44 bilion.

Daripada jumlah itu, kira-kira 70 peratus daripada peminjam tabung itu telah melunaskan pinjaman masing-masing berikutan pendekatan PTPTN yang memperkenal kaedah bertolak ansur dan memujuk untuk membayar hutang.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan cadangan untuk memansuhkan keseluruhan PTPTN adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Beliau mempersoalkan cadangan itu dan bertanya siapakah yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN jika ia ingin dimansuhkan.

"Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia? Bertanggungjawabkah kita yang berhutang, masyarakat yang menanggung? Itulah persoalannya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata kerajaan turut mencadangkan pelepasan cukai sedia ada kepada ibu bapa yang mempunyai anak di institusi pengajian tinggi daripada RM4,000 seorang kepada RM6,000 seorang mulai tahun taksiran 2013.

Katanya langkah itu diambil kerana kerajaan prihatin dengan bebanan kos pendidikan tinggi anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa, selain merupakan satu pelaburan untuk meningkatkan tahap pendidikan generasi muda yang akan memberi manfaat kepada negara di masa depan.

Bagi menggalakkan sikap menabung untuk pendidikan, Perdana Menteri berkata pelepasan cukai sebanyak RM3,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sedia ada juga akan dinaikkan kepada RM6,000. - BERNAMA

Thursday, September 27, 2012

Jawatan Kosong Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)



Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), the only University of Education in Malaysia is inviting qualified Malaysian citizens to join us to fill position as listed.
List Of Academic Post :
1. Pensyarah Universiti Gred VK7/VK6/DS53/DS51/DS45
List Of Promotion (Academic Post) :
1. Profesor Gred VK6/VK7
2. Profesor Madya Gred DS54
3. Pensyarah Kanan Gred DS52
4. Guru Bahasa Gred DG44/DG48/DG52
Closing Date : 31/12/2012

Kurikulum baharu mulai 2016



KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara.

Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.

Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.

Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata.

Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat.

Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran.

Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian.

"Kementerian sedar masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan kedua-dua aspek kurikulum baru ini, untuk itu gelombang pertama transformasi pendidikan akan memberi tumpuan kepada inisiatif jangka pendek.

"Ia bagi memastikan kurikulum bertulis, kurikulum yang diajar dan kurikulum pentaksiran dapat ditambah baik selain meletakkan asas kepada perubahan fundamental sebelum gelombang kedua dan ketiga dilaksana dan dikaji semula untuk melihat tahap pencapaian," jelas laporan itu.

- UTUSAN

80 peratus guru amal budaya penyayang di sekolah


KUALA LUMPUR 26 Sept. - Hasil kaji selidik Indeks Persepsi Murid (IPM) yang dijalankan Bahagian Pendidikan Kementerian Pelajaran mendapati lebih 80 peratus guru di negara ini mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah.

Menurut Ketua Unit Kaunseling, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Ab. Rahim Othman, peratusan itu hasil maklum balas lebih 2,000 murid sekolah di seluruh negara yang melaksanakan Program Guru Penyayang sejak Februari lalu.

Beliau berkata, kira-kira 87.5 peratus murid mendapati guru-guru di sekolah adalah penyayang dan mengambil berat terhadap mereka.

“Ia sesuatu yang positif terhadap pengukuhan dan menambah baik Program Guru Penyayang yang sedang dilaksanakan ketika ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Guru Penyayang Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahim, peratusan tersebut bukanlah bermakna bilangan guru selebihnya tidak penyayang tetapi belum mengamalkan sepenuhnya budaya tersebut yang ditekankan menerusi program berkenaan.

“Kami berharap peratusan itu akan meningkat dengan kesemua guru di negara ini mengamalkan budaya penyayang kerana ia merupakan aset dan sifat profesional yang perlu ada pada seorang guru," jelasnya.

Mengulas mengenai konvensyen tersebut, Ab. Rahim berkata, program selama tiga hari bermula semalam itu bertujuan mendapat maklum balas dan pandangan di peringkat sekolah yang melaksanakan program berkenaan bagi mencari kaedah penambahbaikan.
“Ia melibatkan 200 peserta terdiri daripada pengetua dan guru besar, guru kaunseling, guru disiplin, pegawai kaunseling dan disiplin Jabatan Pelajaran Negeri serta wakil persatuan guru," ujarnya.

Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009 mengenai Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus di Kementerian Pelajaran Malaysia.


Arahan YAB Perdana Menteri No 1 Tahun 2009 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 1 Tahun 2010 boleh dimuatturun di bawah.

Tuesday, September 25, 2012

Hayman ada memori luar biasa




LONDON: Aurelien Hayman bukan pemuda biasa seperti dijangka.
Kini berusia 20 tahun, Hayman memiliki kemampuan mengingati dengan tepat apa saja sepanjang tempoh sedekad lalu. Menghidap hyperthymesia, Hayman boleh menceritakan apa yang dilakukannya, dipakai, dimakan serta berita serta setiap sesuatu yang dialaminya tanpa masalah walaupun ia berlaku lama dulu. Ketika orang normal hanya mampu mengingati tidak lebih daripada 11 peristiwa dalam setiap tahun, Hayman pula sebaliknya.


Kata Hayman, dia boleh mengingat apa yang berlaku dekad lalu. “Saya seperti budak biasa sehinggalah berlaku perubahan ketika berusia 11 tahun,” katanya.

Namun, kata Hayman, dia menyedari perubahan itu apabila berusia 14 tahun dan mendapati dirinya mempunyai daya ingatan luar biasa. Misalnya, dia boleh bercerita mengenai cuaca pada 1 Oktober 2006 serta lagu yang didengarnya pada hari berkenaan. Hanya 20 orang disahkan menghidap hyperthymesia di dunia dan Hayman adalah satu-satunya di Britain. - DM

Proaspirasi kuasai pemilihan MPP



KUALA LUMPUR 25 Sept. - Keputusan pilihan raya kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 di 16 daripada 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hari ini menyaksikan kemenangan besar bagi kumpulan proaspirasi.

Dalam keputusan yang diumumkan setakat pukul 10 malam ini, kumpulan berkenaan mencapai kejayaan besar di tujuh buah IPTA iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Sunday, September 23, 2012

Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2013



Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 24 September 2012.  Sila Klik Di Sini
 
Segala kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.
 
Terima kasih.

Cikgu Rimau - Gigit Lengan Murid



KAJANG: Angkara tidak dapat menyebut perkataan ‘boy’s’ dengan betul, seorang murid tahun enam digigit gurunya hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra, dekat sini.

Berikutan kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Farhan, 12, yang juga anak bongsu daripada empat beradik kini mengalami tekanan perasaan dan trauma.


Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada jam 12.30 tengah hari selepas melihat anak bongsunya itu murung.

Katanya, selepas disoal, anaknya memberitahu seorang guru menggigit di lengannya hingga pecah darah selepas tidak dapat menyebut satu perkataan dengan baik.


Gambar artis lucah pada buku latihan sekolah




JAKARTA 24 Sept. - Pihak berkuasa Indonesia semalam melakukan siasatan mengenai bagaimana gambar pelakon lucah Jepun, Maria Ozawa dicetak pada buku latihan pelajar sekolah menengah di negara ini.

Buku latihan bahasa Inggeris pelajar tahun tiga di sebuah sekolah agama di Jawa Timur mengandungi gambar Ozawa yang lengkap berpakaian dan pelajar diminta menerangkan siapa wanita terbabit.

"Sudah tentu pelajar akan melayari Internet untuk mengetahui siapa Ozawa dan perkara itu boleh merosakkan akhlak mereka," kata jurucakap Menteri Pendidikan dan Kebudayaan kepada Jakarta Post. - dpa

Saturday, September 22, 2012

IKLAN PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF AMBILAN TAHUN 2013


Berikut dilampirkan iklan permohonan bagi mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mode Latihan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Tahun 2013.
Muat turun
Iklan J-QAF 2012

Pakej, ganjaran untuk guru


KEMENTERIAN Pelajaran akan memperkenalkan satu Pakej Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru.

Menurut laporan awal pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sistem kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan 8:8:6:3 yang baru merupakan suatu penambahbaikan yang jelas lebih baik daripada sistem sebelumnya.

Katanya, sistem itu membolehkan guru dalam tempoh 25 tahun dinaikkan gred daripada DG41 kepada Gred DG54.

''Bagaimanapun, terdapat kemungkinan guru kurang berusaha untuk memperbaiki profesionalisme mereka secara berterusan kerana sistem ini masih terikat dengan tempoh perkhidmatan dan jangka waktu kenaikan pangkat selama 25 tahun juga terlalu lama.

''Oleh itu, sistem ini tidak akan dapat menyelesaikan isu dan cabaran semasa seperti kekurangan guru yang berpengalaman untuk membimbing guru baru," kata laporan awal itu.

Tambah laporan awal tersebut, cabaran lain kepada kemajuan kerjaya secara berkesan adalah instrumen utama yang digunakan dalam penilaian guru, iaitu Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

Katanya, sebagai contoh, daripada hampir 48,000 orang sampel guru yang diambil pada tahun 2010, lebih daripada 60 peratus responden telah digredkan dengan markah melebihi 90 peratus; 38 peratus (markah antara 70 hingga 90%) manakala dua peratus daripada responden mendapat markah bawah daripada 70 peratus.

''Ini menyebabkan kementerian menghadapi kesukaran menyediakan sokongan profesionalisme mengikut kumpulan sasaran yang tepat berdasarkan prestasi mereka.

''Namun, bagi mengatasi kesukaran ini, kementerian telah menyediakan beberapa instrumen lain seperti Standard Kualiti Pendidikan Malaysia: Standard 4 dan instrumen penilaian guru cemerlang, untuk membantu proses penilaian," ujar laporan awal itu.

Selain itu, tambah laporan awal berkenaan, bagi kaedah pemilihan calon dan syarat kelayakan minimum membuktikan sistem ambilan itu telah menghasilkan suatu anjakan penting dalam profil guru pelatih manakala bagi bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ia memperlihatkan peningkatan dari segi tahap kemasukan.

Laporan awal itu menambah, bagi latihan pra perkhidmatan dan pembangunan profesionalisme berterusan, kementerian menyedari masih terdapat kekurangan seperti latihan amali yang terhad.

''Bagi pembangunan profesionalisme berterusan pula berada di tahap sangat baik apabila lebih daripada 90 peratus guru mengikuti program ini 10 hari setahun berbanding tujuh hari setahun seperti yang ditetapkan kerajaan," ujar laporan awal itu.

Kementerian juga telah meningkatkan saiz tenaga kerja keguruan bagi mengecilkan nisbah murid-guru pada kadar 13:1 iaitu lebih rendah secara signifikan daripada sistem yang berprestasi tinggi seperti Singapura (16:1), Korea Selatan (20:1) malah lebih rendah daripada purata Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) (16:1).

Kata laporan itu, bagi kualiti pengajaran, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), telah menjalankan kajian kualitatif mengenai pengajaran guru melalui pemerhatian terhadap 125 pengajaran di 41 buah sekolah mendapati hanya 12 peratus daripada pengajaran disampaikan pada standard yang tinggi, 38 peratus pada tahap memuaskan manakala 50 peratus pada tahap tidak memuaskan.

''Pengajaran yang membosankan murid apabila guru lebih bergantung kepada kaedah syarahan yang pasif dalam menyampaikan kandungan mata pelajaran," menurut laporan tersebut. - UM

Badan Ihsan (JPN Selangor)

Cadangan penubuhan Badan Ihsan Anggota Jabatan Pendidikan Selangor telah diilhamkan oleh Y.Bhg. Tn Hj Muhammad b Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor pada awaltahun 2000. Pada 6 Ogos tahun 2000, jawatankuasa penaja Badan Ihsan telah dibentuk bagimerangka perlembagaan dan seterusnya memohon untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan. 

Pada 22 Disember 2000, pendaftaran Badan Ihsan telah diluluskan dengan nombor pendaftaran 1661. Dengan kelulusan tersebut , Badan Ihsan ini telah menjadi satu badan yang sah dari segi perlembagaan dan undang-undang. Badan ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 23 Februari 2001.

Warga JPN Selangor mempunyai jumlah anggota yang ramai, melebihi 39,000orang dalam pelbagai kategori dan jawatan. Hubungan mereka diikat oleh sistem perkhidmatan yang berasaskan hiraki carta organisasi yang formal dan teknikal. Hubungan ini perlu diperkukuhkan lagi melalui suatu sistem

milik bersama bagi melahirkan rasa mahabbah dan setiakawan yang lebih erat, semangat kerjasama dan tolong menolong yang lebih praktikal. 

Jabatan sebagai majikan akan menjadi lebih prihatin kepada semua ahli warganya, tanpa melihat pangkatdan kedudukannya. Semua pegawai, guru dan kakitangan sokongan yang bernaung di bawah perkhidmatan JPN Selangor akan lebih merasa dihargai. Waris-waris mereka akan berasa dikasihi. Justeru, BADAN IHSAN ini ditubuhkan sebagai suatu usaha bagi mencapai hasrat dan matlamatnya. 

Melalui Badan Ihsan ini, waris/penama kepada ahli yang meninggal dunia akan menerima sumbangansebanyak RM 10,000.00. Disamping itu, semua warga pendidikan termasuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah akan dimaklumkan dan diminta sama-sama menghormati dan mendoakan kesejahteraannya.  Wakil-wakil jabatan, PPD dan sekolah akan mengadakan kunjung ziarah ke rumah ahli warisnya sebagai tanda rasa simpati disampingi menyampaikan sumbangan tersebut.

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara