Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, August 9, 2013

MRSM ULUL ALBAB


Ulul Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh dalam Al Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.

PENGENALAN PROGRAM ULUL ALBAB
Program Ulul Albab di MRSM Kota Putra adalah satu program pendidikan gabungan antara program sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran Agama termasuk Tahfiz Al-Quran. Program ini adalah untuk melahirkan ahli profesional dan teknokrat serta mahir dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.
Taklimat awal serta pendedahan tentang konsep program Ulul Albab telah diadakan di MRSM Kota Putra pada 4 & 5 November 2008. Pengukuhan tentang program ini telah disampaikan oleh Pengerusi MARA kepada semua guru dan staf MRSM Kota Putra dalam program Kursus Pemantapan Guru & Staf pada 8 November 2008 di Hotel Pan Pacific, Kota Bharu, Kelantan.

PENDEKATAN PROGRAM ULUL ALBAB
Program Ulul Albab ialah satu program yang diperkenalkan di MRSM Kota Putra. Mengikut pandangan Ibn Mundzir, Ulul Albab bermaksud "sekelompok manusia yang bertaqwa kepada Allah, berpengetahuan tinggi dan mampu menyesuaikan diri di segala lapisan masyarakat, elit ataupun marginal."
Program ini akan melahirkan generasi Ulul Albab yang berkebolehan menghafaz 30 juzuk Al-Quran serta memahami tuntutan Al-Quran berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar. Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, bertindak sebagai pakar rujuk serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing. Berkeupayaan memberi pandangan dalam penyelesaian masalah ummah, memaksimakan keupayaan berfikir serta berfikiran kreatif dan inovatif.

CIRI-CIRI PROGRAM ULUL ALBAB
Program Ulul Albab ini menggunapakai pendekatan Ulul Albab yang bercirikan tiga ciri utama iaitu : Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.
Quranik : Kebolehan menghafal 30 juzuk Al-Quran serta memahami kandungan berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar.
Ensiklopedik : Berkemampuan dan berkemahiran tinggi, bertindak sebagai pakar rujuk serta menguasai pelbagai ilmu dan bahasa.
Ijtihadik : Berkeupayaan memberi pandangan dalam penyelesaian masalah ummah, memaksimumkan keupayaan berfikir dan minda serta berfikiran kreatif dan inovatif.

MODEL ULUL ALBAB

MATLAMAT MRSM ULUL ALBAB

  • Menggabungkan antara program MRSM sedia ada dengan program aliran agama (termasuk Tahfiz Al-Quran)
  • Melahirkan bakal ahli profesional dan teknokrat serta mahir dalam bidang keagamaan sebagi generasi Ulul Albab
  • Meletakkan sasaran Setiap Pelajar menghafaz 30 juzuk dalam tempoh pengajian di MRSM
  • Membina persekitaran yang baik berasaskan prinsip Ulul Albab dalam kampus maktab
  • Membina budaya Saintifik Al-Quran dengan ICT sebagai pengupaya / pemangkin.
  • Melahirkan pelajar MRSM yang cemerlang dalam bidang akademik, Quranik dan sahsiah, mempunyai kekuatan diri (daya tahan, daya saing dan daya juang) dan memperlihatkan ciri-ciri asas keusahawanan.

No comments:

Post a Comment