Pages

Pages

Pages - Menu

Sunday, October 5, 2014

MUKJIZAT HADITH NABI : JARAK ANTARA DUA PINTU SYURGA


MUKJIZAT HADITH NABI : JARAK ANTARA DUA PINTU SYURGA 

وَالَّذِى نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ إِنَّ مَا بَيْنَ الْمِصْرَاعَيْنِ مِنْ مَصَارِيعِ 
   الْجَنَّةِ لَكَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَهَجَرٍ أَوْ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَبُصْرَى

“Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada 
daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan 
Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra.” (HR. Muslim no. 287)

Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King Abdul Aziz Jeddah, Saudi Arabia telah mengumumkan satu lagi penemuan saintifik yang telah beliau temui yang membuktikan kebenaran kenabian Nabi Muhammad saw, melalui hadith yang menceritakan tentang jarak antara dua pintu syurga.

Pada 1400 tahun dahulu Nabi Muhammad saw memberikan jarak antara dua pintu syurga adalah sama jaraknya Makkah dan Hajar yang berada di sebelah timur (sekarang ini Qatar dan Bahrain), dan juga jarak antara Makkah dan Bushra yang berada di sebelah utara.

Ukuran dengan Google Earth membuktikannya, bahawa adalah benar jarak Makkah-Hajar (Qatar dan Bahrain) tepat sama dengan jarak Makkah-Bushra, iaitu keduanya memiliki jarak yang sama, 1273 km

Adalah sukar untuk mengukur jarak yang jauh antara dua tempat melalui jalan darat kerana terdapatnya halangan seperti bentuk mukabumi, jarak yang tepat hanya boleh diperolehi melalui pengukuran dari udara yang tidak mungkin dapat dilakukan pada zaman tersebut.

Dengan adanya kapal terbang dan satelit dalam abad 20 ini jarak tersebut dapat dihitung dengan tepat.

Persoalannya, bagaimana dengan tiada kelengkapan perlatan canggih seperti sekarang pada zaman Nabi Muhammad SAW, Nabi Muhammad SAW dapat memberitahu jarak yang tepat?

    وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَى ٰإِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan 
pendapatnya sendiri. (3) Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain 
hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (Surah An-Najm 2& 3)

No comments:

Post a Comment