Pages

Pages

Pages - Menu

Sunday, July 24, 2011

TV Pendidikan

TV Pendidikan ialah sebuah saluran televisyen berbentuk pendidikan yang kini bersiaran di saluran terestrial terbaru Malaysia, TV9. TV Pendidikan dimiliki dan diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan ia menyiarkan pelbagai rancangan untuk pelbagai subjek sekolah. Moto rasmi TV Pendidikan ialah "Teknologi Untuk Pendidikan Bestari".

Sejarah

TV Pendidikan telah dilancarkan rasminya pada 19 Jun 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak. Sebelum ia bersepadu dengan TV9, TV Pendidikan telah bersiaran di Astro saluran 13 dan kedua-dua stesen televisyen terrestrial Malaysia RTM1 dan RTM2. Sejak TV Pendidikan bersiaran hanya pada setengah hari, masa siaran lain telah diambil alih oleh Astro pada 17 Januari 2000. Oleh kerana Astro tidak membaharui kontrak dengan TV Pendidikan pada 31 Disember 2006, Saluran 13 yang menyiarkan TV Pendidikan kini ditukar dengan NHK World. Kini, ia bersiaran di saluran terrestrial Malaysia, TV9 sejak 3 Januari 2007.

Kandungan

RTM1 dan RTM2 (1972-1999)

TV Pendidikan bersiaran di RTM1 dan RTM2 sejak 1972 hingga 1999.

Astro (2000-2006)

Apabila TV Pendidikan bermula di Astro sejak 2000, Saluran 28 menyiarkan dua rangkaian seperti TV Pendidikan disiarkan dari Isnin hingga Khamis 9.00 pagi hingga 5.00 petang manakala Animal Planet menyiarkan keseluruhan masanya (Animal Planet bersiaran sepenuh masa di saluran 556).

TV Pendidikan berpindah ke Saluran 13 pada tahun 2002 di mana mereka menyiarkan dua rangkaian, iaitu TV Pendidikan dan TechTV, sebuah saluran yang menyiarkan berita dan rancangan tentang komputer, teknologi dan internet. TV Pendidikan bersiaran Isnin hingga Khamis dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada waktu sekolah sahaja, manakala TechTV menyiarkan keseluruhan masanya. Sejak TechTV tamat, Astro menyiarkan episod lama TechTV berulangan sehingga Astro telah mencapai persefahaman dengan G4techTV untuk membeli siri televisyennya seperti Attack of the Show, X-Play dan lagi dan kemudian siar semula secara tempatan.

Sejak 1hb Mac 2006, semua rancangan G4 telah disiarkan di Astro TVIQ, saluran pendidikan Astro. Saluran 13 akan menyiarkan rancangan-rancangan pendidikan. Kini, Astro tidak lagi menyiarkan rancangan-rancangan G4.

TV9 (kini)

Sejak bersepadu dengan TV9, TV Pendidikan bersiaran dari 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari setiap Isnin hingga Khamis termasuk cuti sekolah. Baru-baru ini, TV Pendidikan telah meletakkan sebuah logo kekal di kiri atas skrin, dan disiarkan terus dengan logo TV9 di kanan atas hanya semasa rancangan 4 jamnya, kecuali semasa rehat pendek antara rancangannya.

Rancangan

Rancangan ini menyiarkan lapan subjek sekolah menengah iaitu:

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Teknik dan Vokasional
  • Pendidikan Islam

Manakala untuk sekolah kebangsaan, rancangan ini menyiarkan tujuh subjek iaitu:

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Sivik dan Kewarganegaraan

Selain daripada itu, TV Pendidikan juga mempunyai rancangan-rancangan khas untuk penonton-penonton umum seperti

  • Pedadogi
  • Kerjaya
  • Lensa TVP
  • Laman Minda - siaran langsung yang dahulunya dikenali sebagai Bicara.

TV9 juga menyiarkan rancangan pendidikan sendiri iaitu

  • Kerjaya & Kaunseling
  • Motivasi Murid
  • Bijak Belajar - pertama kali disiarkan di TV3 pada 1990-an
  • Anak Siapa Ni Eh - pertama kali disiarkan di TV9 pada 2006

No comments:

Post a Comment