Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, November 12, 2011

Bahagian Kokurikulum & Kesenian

VISI

Memacu kecemerlangan kokurikulum dan seni

dalam pelbagai peringkat menjelang 2015

Carta Organisasi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian


MISI

Melaksanakan program kokurikulum dan pendidikan seni

ke arah memperkembang potensi dan bakat murid

selaras dengan Dasar Pendidikan Negara


OBJEKTIF

Merancang dan melaksana dasar berkaitan kokurikulum, seni dan budaya dalam pelbagai peringkat;

Merancang dan melaksana dasar pengoperasian, dasar Sekolah Seni Malaysia (SSeM) dan Pusat Kokurikulum (PKK) dalam pelbagai peringkat;

Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan seni murid pada peringkat antarabangsa, kebangsaan dan negeri;

Merancang , melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan pengurusan dan pengoperasian SSeM;

Merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan pengurusan dan pengoperasian PKK;

Merancang dan melaksanakan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam pelaksanaan program kokurikulum dan seni.


PIAGAM PELANGGAN

Memastikan semua murid berpeluang mengikuti aktiviti kokurikulum dalam pelbagai peringkat.

Mengenalpasti dan menyediakan peluang dan kemudahan kepada murid sekolah rendah yang berpotensi untuk memperkembang bakat dalam bidang seni di SSeM.

Memastikan tawaran kemasukan ke (SseM) diselesaikan dalam tempoh 45 hari selepas keputusan UPSR diumumkan.

Memastikan semua aduan, rayuan dan maklum balas diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.

Memastikan (PKK) menyediakan kemudahan dan peralatan yang selamat, jurulatih bertauliah serta persekitaran yang kondusif.

Memastikan pelanggan dan ‘stakeholders’ menerima layanan yang mesra dan saksama sewajarnya.

Memastikan SSeM menyediakan kemudahan dan peralatan yang lengkap serta tenaga pengajar yang mahir dan pakar dalam bidang kesenian. .

Meningkatkan profesionalisme guru dan jurulatih dalam bidang kokurikulum dan seni secara berterusan.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Kokurikulum & Kesenian

No comments:

Post a Comment