Social Icons

-

Saturday, November 12, 2011

Bahagian Pembangunan

Latarbelakang Bahagian Pembangunan

Bahagian Pembangunan telah ditubuhkan pada tahun 1979 dengan nama Bahagian Pembangunan dan Bekalan (BPB). Ini selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk memberi tumpuan kepada pembinaan infrasturktur pendidikan bagi memastikan usaha kualiti pembelajaran pada ketika itu dapat dicapai. Selain daripada menumpukan kepada aspek pembangunan fizikal, BPB juga memberi tumpuan kepada pembekalan perabot dan peralatan.

Kemudiannya, pada 1 Oktober 1995 Bahagian ini telah distruktur semula dan dikenali sebagai Bahagian Pembangunan, Penswastaan Dan Bekalan (BPPB) beroperasi di Pusat Bandar Damansara. Penstrukturan semula ini adalah bagi menyelaraskan kaedah pembiyaan perlaksanaan pembangunan menggunakan konsep penswastaan. Dimana pada ketika itu, kerajaan menggalakkan agar syarikat-syarikat swasta mengambil bahagian dalam memastikan agenda pendidikan Negara dapat dicapai.

Seterusnya, pada 21 Oktober 2003 bahagian ini telah distruktur sekali lagi dan dikenali sebagai Bahagian Pembangunan dan Perolehan (BPP). Ini merupakan satu proses penjenamaan semula BPP selari dengan perkembangan pendidikan Negara pada ketika itu. Pada 16 Julai 2007, BPP telah dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian Pembangunan (BP) dan Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) dan beroperasi sepenuhnya di Kompleks Pentadbiran Persekutuan, Putrajaya. Pembahagian ini bagi memastikan Bahagian Pembangunan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan projek pembangunan fizikal infrastruktur pendidikan bertaraf dunia.

Penstrukturan ini juga telah melihat pertambahan daripada 247 kepada 299 perjawatan. Bahagian Pembangunan kini diketuai oleh seorang Setiausaha Bahagian, Gred Jusa B. Struktur organisasi ini terbahagi kepada 3 cawangan utama iaitu Cawangan Perancangan dan Pengurusan, Cawangan Pembangunan Pendidikan dan Cawangan Teknikal.


Visi Bahagian

Mencapai tahap pengurusan program/projek pembangunan fizikal yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020.


Misi Bahagian Pembangunan

Menjadi peneraju utama dalam menyediakan kemudahan infrastruktur pendidikan yang unggul dan berkualiti, kos efektif, menepati masa serta mempunyai nilai tambah dan menguntungkan yang menjadi penanda aras kepada stakeholders.


Struktur Organisasi

Cawangan Perancangan Fasiliti & Fizikal

Seksyen Bajet

Seksyen Khidmat Pengurusan

Seksyen Projek Khas & Penyertaan Bumiputera

Seksyen Tanah

Seksyen Perancangan

Seksyen Pemantauan

Cawangan Pengurusan Projek 1

Seksyen Sabah

Seksyen Luar Bandar

Seksyen Sokongan Pendidikan 1

Seksyen Sokongan Pendidikan 2

Cawangan Pengurusan Projek 2

Seksyen Sarawak

Seksyen Menengah

Seksyen Rendah

Cawangan Teknikal Pembangunan

Seksyen Mekanikal & Elektrik

Seksyen Ukur Bahan

Seksyen Sivil & Struktur

Seksyen Arkitek

Cawangan Penyelenggaraan, Penyelarasan Pelan & Rekabentuk

Seksyen Penyelenggaraan

Seksyen Pelan & Rekabentuk

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Pembangunan

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara