Social Icons

-

Saturday, November 12, 2011

Bahagian Pendidikan Islam

PENGENALAN

Bahagian Pendidikan Islam mula ditubuhkan pada bulan Ogos 1995. Sebelum itu, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM ). Pada awal penubuhannya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ialah sebuah unit yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menguruskan bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan pengurusan guru-guru agama yang baru diambilalih. Ia dikenali dengan nama Unit Pelajaran Agama.

Pada tahun 1973 Unit Pelajaran Agama dinaiktaraf menjadi Bahagian Pelajaran Agama dengan diketuai oleh seorang pengarah. Pada tahun 1983, nama Bahagian Pelajaran Agama ditukar kepada Bahagian Pendidikan Islam ( BPI ) sehinggalah ke tahun 1995. Pada tahun 1995 bidang tugas BPI ditambah lagi dengan memasukkan mata pelajaran moral di bawah kendalian BPI. Dengan yang demikian BPI dinaiktaraf kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ( JAPIM ). Tetapi selepas penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sekali lagi nama Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral(JAPIM) ditukar kembali kepada Bahagian Pendidikan Islam(BPI) dan diletakkan di bawah Sektor Operasi Pendidikan.


MOTO

"Bahagian Pendidikan Islam (BPI) bertanggungjawab melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia menerusi pendidikan Islam"


FUNGSI

Bahagian Pendidikan Islam (BPI) menguruskan aspek-aspek berikut:

Dasar Pendidikan Islam

Dasar Bahasa Arab

Kurikulum Pendidikan Islam

Kurikulum Bahasa Arab

Guru Pendidikan Islam

Guru Bahasa Arab

Dakwah & Kepimpinan

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)


OBJEKTIF

Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam yang berkesan untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan masyarakat dan negara.

Meningkatkan kualiti Bahasa Arab yang berkesan untuk membolehkan pelajar berkomunikasi dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu.

Meningkatkan kualiti pengurusan penempatan dan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Islam dengan cekap dan strategik supaya perkhidmatannya dapat menyumbang ke arah keberkesanan pendidikan Islam.

Meningkatkan kemahiran dan keterampilan Guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab secara berterusan dalam pelbagai bidang supaya pengajaran dan pembelajarannya sentiasa menarik dan berkesan.

Meningkatkan dakwah, penghayatan Islam dan nilai-nilai murni secara berhikmah di kalangan pegawai, guru, kakitangan pendidikan dan pelajar untuk membantu keberkesanan pendidikan Islam.

Meningkatkan perkhidmatan sistem maklumat pendidikan Islam yang telus dan tepat untuk mengetahui tahap prestasi pencapaian program dan pembinaan perancangan yang lebih berkesan.

Meningkatkan hubungan dan kerjasama antara JAPIM dengan masyarakat, jabatan dan agensi dalam dan luar negeri secara permuafakatan supaya semua program dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.

Meningkatkan kualiti dan prestasi kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama sebagai model sistem pendidikan kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang berkeupayaan mengamalk an cara hidup yang berteras kan Islam di dalam pembangunan diri, masyarakat dan negara.

Meningkatkan penyelarasan sekolah-sekolah agama untuk mewujudkan kesepaduan dengan sistem pendidikan kebangsaan.


PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menggembleng seluruh tenaga dan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti melalui usaha-usaha berikut :

Memaklumkan dasar-dasar baru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab atau perubahan kepada dasar-dasar sedia ada kepada semua institusi pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi-agensi yang berkaitan dalam tempoh 14 hari setelah dasar diluluskan

Menempatkan Guru Sandaran Terlatih Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Institusi Pendidikan serta Guru Akademik di Institusi Pendidikan Agama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam tempoh 60 hari setelah menerima senarai calon daripada agensi yang berkaitan

Mendaftarkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan selepas tiga puluh (30) hari Memorandum Persefahaman ditandatangangi

Menyebarluaskan hasil penyelidikan pembangunan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab kepada pihak yang berkaitandalam tempoh sembilan puluh (90) hari selepas penyelidikan disempurnakan

Menyalurkan bantuan perolehan ke Institusi Pendidikan Agama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam tempoh tidak melebihi sembilan puluh (90) hari selepas permohonan diluluskan

Menyampaikan bantuan ke Sekolah Agama Rakyat yang melaksanakan Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain dalam tempoh tidak melebihi sembilan puluh (90) hari selepas permohonan diterima

Melaksanakan program dakwah dan pengembangan syiar Islam kepada warga Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut takwim aktiviti tahunan yang telah di selaraskan

Mengemas kini portal BPI sekali dalam tempoh tuju (7) hari


Struktur Organisasi

SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN ISLAM

SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN

SEKTOR KEMAJUAN SEKOLAH AGAMA

INSTITUT PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

SEKTOR PENYELARASAN BANTUAN SEKOLAH AGAMA

SEKTOR DAKWAH DAN KEPIMPINAN

SEKTOR PEMBANGUNAN NILAI DAN AKHLAK

Unit Pengoperasian Dasar

Unit Perhubungan dan Keurusetiaan

Unit Hal Ehwal Guru

Unit Pengurusan Kualiti

Unit Maklumat dan Komunikasi

Unit Pentadbiran

Unit Perkhidmatan

Unit Kewangan

Unit Tadbir Urus ICT

Unit Pengurusan Pentadbiran Sekolah

Unit Pengurusan Akademik

Unit Hal Ehwal Murid

Unit Pengurusan Personel

Unit Kelas Aliran Agama(KAA)

Unit Kajian Dan Penyelidikan

Unit Pengembangan Dan Inovasi Pendidikan Islam

Unit Penerbitan

Unit Hubungan Luar Dan Promosi

Unit Penyelarasan Perolehan

Unit Penyelarasan Pembangunan

Unit Penyelarasan Bantuan SAR KAFA

Unit Dakwah

Unit Kepimpinan Islam

Unit Kawalan Akidah Dan Pemikiran

Unit Pengurusan Pegembangan Syiar Islam

Unit Pengukuhan Budaya Dan Nilai Islam

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Pendidikan Islam (BPI)

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara