Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, November 12, 2011

Bahagian Sukan

Visi

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang


Misi

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


Objektif

  1. Merancang, menggubal dan menyelaras Program Sukan, Seni dan Kokurikulum untuk membangunkan potensi ke arah melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi, berbakat dan cergas;
  2. Merancang dan menyelaras Program Sukan, Seni dan Kokurikulum di sekolah sukan, seni dan sekolah di seluruh negara;
  3. Memastikan pelaksanaan Program Sukan, Seni dan Kokurikulum yang sedia ada mencapai piawaian yang ditetapkan;
  4. Merancang, melaksana dan menyelaras program dan aktiviti , seni dan kokurikulum di sekolah di seluruh negara;
  5. Merancang dan mewujudkan kolaborasi yang strategik dengan pelbagai pihak dan agensi dalam pelaksanaan program dan aktiviti sukan, seni dan kokurikulum;
  6. Menjadikan Bahagian sebagai penanda aras program pendidikan sukan, seni dan kokurikulum dalam dan luar negara.


Piagam Pelanggan

Kami, warga Bahagian Sukan KPM dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi melaksanakan Dasar Pendidikan Negara melalui program-program sukan yang berkualiti di sekolah-sekolah melalui usaha-usaha berikut

  1. Memastikan semua murid berpeluang mengikuti kegiatan sukan;
  2. Mengenalpasti murid yang mempunyai potensi diberi peluang mengembangkan bakat mereka;
  3. Menyediakan peluang kepada murid yang berprestasi tinggi untuk menyerlahkan kecemerlangan;
  4. Meningkatkan profesionalisme personel Bahagian Sukan secara berterusan;
  5. Memastikan semua permohonan aduan dan maklumbalas diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja;
  6. Memastikan pelanggan dan 'stakeholders' menerima layanan yang mesra, saksama dan mendapat bantuan sewajarnya


Struktur Organisasi

SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN

Bilik Sumber & Dokumentasi

Unit Bilik Sumber & Dokumentasi

Perkhidmatan & Perolehan

Unit Perolehan

Unit Perkhidmatan

Pengurusan & Kewangan

Unit Kewangan

Unit Pentadbiran

Unit Aset & Stor

Teknologi Maklumat & Komunikasi

Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi

SEKTOR PENDIDIKAN SUKAN

SEKTOR PEMBANGUNAN SUKAN

SEKTOR PERANCANGAN & PENYELARASAN

Untuk maklumat lanjut layari laman web Bahagian Sukan

No comments:

Post a Comment