Social Icons

-

Saturday, November 12, 2011

Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)

Profil

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956 dengan nama asalnya 'Balai Pustaka'. Hasil daripada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III di Singapura dan Johor Bahru pada 16 - 21 September 1956, kerajaan bersetuju dengan satu daripada cadangan Kongres, menukar nama 'Balai Pustaka' kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

DBP pada awalnya berpejabat di bangunan kerajaan Bukit Timbalan, Johor Bahru. Pada tahun 1957, pejabat DBP berpindah ke bekas wad sebuah hospital di Jalan Young, Kuala Lumpur hingga tahun 1961. Mulai 31 Januari 1962 DBP berpejabat di premis sekarang. Kompleks pejabat baru DBP disiapkan pada tahun 2002.

Pada tahun 1959, melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka, DBP bertukar taraf menjadi sebuah badan berkanun. DBP dikelola dan dikawal oleh Lembaga Pengelola DBP, berfungsi untuk membentuk dan melaksanakan dasar-dasar bagi mencapai matlamat penubuhan DBP.

Sesuai dengan keperluan serta perkembangan masa, DBP mengembangkan sayap ke Sabah dan Sarawak pada tahun 1977, dengan menubuhkan DBP Cawangan Sabah (di Kota Kinabalu) dan DBP Cawangan Sarawak (di Kuching).

DBP turut mendirikan pejabat-pejabat Wilayah di Semenanjung, iaitu pejabat DBP Wilayah Utara (di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, 1999); pejabat DBP Wilayah Timur (di Kota Bharu, Kelantan, 1999); dan pejabat DBP Wilayah Selatan (di Johor Bahru, Johor, 2000).

Semua pejabat cawangan dan Wilayah DBP turut berperanan mencapai matlamat DBP sebagaimana yang dinyatakan dalam Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka, khususnya bagi sekitar Wilayah dan Cawangan yang dinyatakan, dan amnya bagi wilayah-wilayah negara jiran yang berhampiran.

Objektif

  1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.
  2. Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.
  3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain.
  4. Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
  5. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
  6. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

Misi

"Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu"

Fungsi

  1. Melaksanakan Perancangan bahasa, yang terangkum di dalamnya pembinaan dan pengembangkan bahasa.
  2. Melaksanakan Pelaksanaan sastera, yang terangkum di dalamnya pembinaan dan pengembangan sastera.
  3. Melaksanakan program penerbitan, terutama dalam bahasa Melayu, sebagai wahana penting bagi perkembangan ilmu dan tamadun.

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam untuk menghasilkan keluaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini yang baku, bermutu dan berwibawa melalui perkhidmatan yang cekap, cepat dan cemerlang. Dengan mengutamakan keperluan pengguna, kami menjanjikan keluaran dan perkhidmatan yang mendukung peluasan fungsi teras kami, iaitu BAHASA, SASTERA dan PENERBITAN, seperti yang berikut:

  1. Pertanyaan/aduan tentang bahasa, sastera, penerbitan dan kepustakaan Melayu melalui telefon, faksimile dan e-mel dilayan dalam tempoh 24 jam.
  2. Pertanyaan/aduan bertulis tentang bahasa, sastera, penerbitan dan kepustakaan Melayu dijawab melalui surat dalam tempoh tujuh(7) hari bekerja dari tarikh penerimaannya.
  3. Penerimaan manuskrip dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh manuskrip diterima, dan keputusan tentang penerbitannya dimaklumkan dalam tempoh dua (2) bulan selepas manuskrip diterima.
  4. Manuskrip diterbitkan dalam tempoh kurang sembilan (9) bulan selepas manuskrip lengkap diterima.
  5. Majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka berada di pasaran tidak lewat daripada 20 hari bulan sebelum bulan terbitannya.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara