Fizik (dari Greek dari φυσικός (phusikos): semula jadi, daripada φύσις (fysis): alam semula jadi) adalah sains semula jadi; ia adalah kajian mengenai jirim dan pergerakannya menerusi ruang dan masa serta semua yang datang daripada mereka ini, sebagai contoh tenaga dan daya. Apabila ia dilihat secara lebih luas lagi, ia adalah suatu analisis terhadap alam semula jadi dikendalikan agar dapat memahami bagaimana dunia dan alam semesta bertindak. Fizik adalah salah satu daripada bidang akademik yang tertua, mungkin yang tertua menerusi kemasukannya di dalam bidang astronomi.
Fizik mengkaji tabiat dan interaksi antara jisim dan sinaran. Hukum fizik diluahkan sebagai persamaan matematik. Hukum ini mewakili usaha untuk mewujudkan kaitan antara data ujikaji berbeza. Kaedah saintifik pula mewakili usaha untuk menjelaskan hukum diperolehi dari ujikaji. Terdapat fahaman yang salah bahawa hukum fizik hanyalah teori mudah yang kita pasti.
Ini adalah salah. Sebagai contoh hukum Newton, hukum graviti merupakan hukum (ia melambangkan perhubungan kuantitatif antara data berbeza), tetapi tiada penjelasan, jadi ia tidak dianggap teori. Bagaimanapun, teori Einstein mengenai kerelatifan am adalah teori kerana ia cuba untuk melakukan lebih dari sekadar menyesuaikan data kepada perhubungan.
Fizik berkait rapat dengan sains tulen lain, terutamanya kimia, contohnya mengenai sains molekul dan sebatian kimia yang dihasilkan secara pukal. Kimia merangkumi banyak bidang fizik, terutamanya mekanik kuantum, termodinamik dan keelektromagnetan. Bagaimanapun, fenomena kimia cukup berbeza dan rumit sehinggakan kimia dianggap bidang yang berlainan.
No comments:
Post a Comment