SEJARAH PENUBUHAN PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan sebuah pertubuhan pasukan beruniform yang diterapkan dalam kurikulum sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia. Pasukan ini ditubuhkan semenjak 1989 setelah mendapat persetujuan dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan dijadikan satu satu program kokurikulum bagi sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia.
Motto bagi pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia ialah Mencegah dan Menyelamat.
Tujuan utama penubuhan Kadet Bomba dan Penyelamat adalah untuk :
i. Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan.
ii. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan kebombaan sebagai salah satu cara hidup.
iii. Meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin diri serta bertanggungjawab kepada harta benda dan masyarakat.
iv. Mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara ahli dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
v. Mewujudkan suasana sekolah bebas daripada bahaya kebakaran.
vi. Menanam minat untuk memilih menjadi anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai kerjaya.
Sekolah pertama yang menganggotai pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia ialah Maktab Rendah Sains Mara Sultan Abdul Samad, Negeri Sembilan pada tahun 1985 dengan jumlah keanggotaan seramai 20 orang. Jumlah sekolah dan keanggotaan yang menyertai Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia semakin bertambah sehingga tahun 2005 iaitu sebanyak 819 pasukan ditubuhkan dengan kekuatan anggota seramai 49,122 orang.
Pada tahun 1985 2 MRSM menubuhkan Pasukan Kadet Bomba...MRSM Seremban dan MRSM Kuantan. Pls revise accordingly.
ReplyDelete