Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, November 12, 2011

Lembaga Peperiksaan

Visi

-- Peneraju pentaksiran bertaraf dunia menjelang 2020 --


Misi

Mengadakan Sistem Peperiksaan dan Penilaian Kebangsaan yang terjamin kualitinya dari segi kesahan dan kebolehpercayaan semua program peperiksaan dan penilaian serta keberkesanan pengurusan.


Fungsi & Tanggungjawab

Penggubalan dasar pengujian dan pengukuran pendidikanberasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum.

Penggubalan spesifikasi semua bentuk pengujian danpengukuran pendidikan, kaedah pentadbirannya, bentuk pelaporannya danpengawalan mutu alat-alat pengukuran.

Penggubalan alat pengujian dan pengukuran dan kaedah pemarkahan bagi menilai pelajar berdasarkan kurikulum.

Penyelarasan, pengeluaran, percetakan dan pengedaran alat pengukuran.

Pengawalan dan pengendalian peperiksaan awam dan luar negeri.

Pemprosesan kemasukan calon dan data, pengeluaran keputusan & sijil dari penganalisa statistik.

Pengurusan bank soalan.

Penyelidikan untuk mempertingkatkan mutu pengujian dan pengukuran pendidikan dan pengesahan standard.

Pengurusan khidmat bantu, khidmat nasihat dan khidmat perundingan.

Pemberian kelulusan kepada mana-mana institusi pendidikan bagi mengadakan / mengendalikan peperiksaan, menjalankan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan, panduan dan arahan peperiksaan.


Objektif

Merancang, membina dan mengeluarkan semua jenis dan bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan dan penilaian sekolah, peperiksaan dan penilaian pusat dan peperiksaan luar negeri yang tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan kepentingan negara.

Memberi khidmat bantu, khidmat nasihat dan khidmat rundingan tentang Sistem Peperiksaan dan Pentaksiran Kebangsaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


Struktur Organisasi

Sektor Khidmat Pengurusan

Sektor Pengurusan Dasar dan Perkembangan

Sektor Pengurusan Maklumat dan Pembangunan Teknologi

Sektor Pembinaan Ujian Akademik

Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Atas dan Luar Negeri

Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Rendah dan Rendah

Sektor Percetakan Pengedaran dan Keselamatan

Sektor Pembinaan Ujian Teknikal dan Vokasional

Sila Layari Laman Web Lembaga Peperiksaan

No comments:

Post a Comment