Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)
merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (pengurusan) Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. (aktiviti) Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. (penilaian).
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di Sekolah Rendah, Tingkatan Satu dan Peralihan di Sekolah Menengah pada 1999. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998.
MATLAMAT
Satu strategi untuk menanam minat membaca secara terancang dan tersusun di kalangan rakyat Malaysia, khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
OBJEKTIF
• Menjadikan murid banyak membaca (semua bidang, bahan berkualiti, pelbagai genre & bukan bahan pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja)
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
CIRI-CIRI PELAKSANAAN
- Rekod Bacaan (buku rekod murid)
- Borang Rekod (penilaian guru)
- Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap)
(cth: Tokoh Membaca/Tokoh NILAM)
TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari
Membaca banyak buku & direkodkan (bil/ tajuk/ penulis/ ringkasan)
2. Rakan Pembaca
Sudah membaca 100 buku & jalankan aktiviti pembacaan
NILAM TAHAP JAUHARI
Sekolah Rendah
Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).
JADUAL PEMBACAAN TAHAP JAUHARI SEKOLAH RENDAH
90 - 179 buku - Gangsa
180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM (permata)
NILAM TAHAP JAUHARI
Sekolah Menengah
Pelajar pada peringkat menengah pula wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan berterusan sebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu
JADUAL PEMBACAAN TAHAP JAUHARI SEKOLAH MENENGAH
72 - 143 buku - Gangsa
144 - 215 buku - Perak
216 - 287 buku - Emas
287 buku ke atas - NILAM (permata)
RAKAN PEMBACA
Ciri-ciri Rakan Pembaca :
• sudah membaca lebih dari 100 buah buku dalam Tahap Jauhari.
• menggalakkan orang lain membaca dengan menjalankan pelbagai aktiviti galakan membaca.
• Fasilitator membantu murid membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara formal ( dalam majlis / pertandingan ) atau tidak formal (misalnya kerja amal / di kelas)
• akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat – tempat aktiviti untuk menjalankan aktiviti RP.
• dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti : aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku
• akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.
• Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP
AKTIVITI RAKAN PEMBACA
• Bercerita tentang cerita dari buku yang telah dibaca (rekod) kepada penonton dalam pertandingan (formal), pelbagai bahasa dalam 5-7 minit.
• Bercerita secara tidak formal seperti kerja amal utk lencana pengakap di rumah kebajikan (cth: bedtime stories).
• Berucap secara tidak formal di dalam kelas (public speaking) semasa proses pengajaran. Cth:
- menerangkan proses kitaran hujan (Sains) hasil dari pembacaan
- menerangkan jalan cerita / watak & tema dari buku sastera yang dibaca
- menerangkan tentang ‘13 Mei’ / gerakan ‘Enlightenment’ (Sejarah)
STRATEGI PELAKSANAAN
Langkah Pertama
Pengurusan Dan Pemantauan
Langkah Kedua
- Menyediakan bahan bacaan sebanyak mungkin di PSS atau adakan Peti Buku Bergerak
- Mengadakan perkhidmatan menjilid/ pinjaman
- Menyediakan buku rekod (jual/ riso)
Langkah Ketiga
o Wujudkan satu polisi di sekolah cara mengumpul data NILAM :
- sebulan sekali/ 3 bulan sekali.
- tarikh akhir hantar laporan atau data
- ada laporan ringkas peningkatan.
bacaan pelajar secara individu / kelas.
- ada profil murid pembaca NILAM.
- ada rekod pencapaian jumlah buku
ikut subjek – kelas – tingkatan.
o Galakkan murid membaca di sekolah semasa ketiadaan guru atau pada masa senggang di rumah
o Galakkan pemberian token / hadiah apabila murid capai ke satu tahap membaca (cth : SK - beri sticker pd buku rekod / SM – beri kupon utk tukar hadiah minuman/ T-shirt/cap).
o Mengadakan kaedah kutipan rekod (cth) :
- guru matapelajaran tanda semasa kelas.
- guru kelas kutip buku rekod / fail pada setiap akhir dua bulan
- buku rekod NILAM simpan di PSS ikut kelas / ruang khas di PSS
- guru beri data kepada penyelaras NILAM
- guru NILAM kumpul data, buat analisis kira statistik & hantar data kepada penyelaras PSS.
Langkah Keempat
· Belajar & mengajar Teknik Kemahiran Membaca kepada murid
Adakan sesi aktiviti membaca dengan Kemahiran Membaca (satu masa khusus dalam PSS / semasa proses P&P) dan guru tahu masalah membaca
STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI & MASA PELAKSANAAN
Guru-guru hendaklah memantau aktiviti pembacaan di sekolah misalnya :
- Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke dalam kelas.
- Gunakan masa 1-2 waktu di PSS utk menjalankan aktiviti ‘info-hunt’ (murid cari maklumat daripada bahan bacaan di PSS).
- Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu tajuk pelajaran dan catat sedikit nota (point form) ke dalam rekod, laporan penuh direkodkan hanya apabila habis satu buku yg dikongsi dalam kelas (rizzo/ berapa helai seminggu atau tulis di whiteboard)
- Membuat sesi bacaan puisi / poem recital semasa sesi pengajaran sebagai aktiviti Rakan Pembaca
- Gunakan 10-15 minit utk. Membaca Dengan Kuat (Reading Aloud) dalam P&P terutamanya dalam pelajaran B.I, Arab,agama atau satu aktiviti formal
- Utk m.pelajaran lain spt Sejarah / Kimia/ Sains, galakkan tugasan folio & catatkan ringkasan ttg. buku rujukan utk tugasan.
CONTOH AKTIVITI MEMBACA
Ø Projek Pukal
Ø Projek Iqra’
Ø Forum Buku (tajuk/ diskusi ttg tema dll)
Ø Khemah Membaca (pelbagai aktiviti)
Ø Bacaan Kegemaran Saya
Ø Kuiz Bestari (uji I.Q, Pengetahuan Am)
Ø Ulasan buku (secara menulis/lisan)
Ø Projek Cakna
Ø Peti Buku Bergerak (bawa buku ke kelas)
Ø Rantai Buku (sambung cerita)
Langkah Kelima
Mengadakan Promosi Galakan Membaca
o Menampal poster NILAM / buat brosur NILAM di PSS & beri pada hari PIBG
o Kempen beli buku terpakai / derma buku semasa Bulan Membaca/ Minggu PSS / Hari Kantin / Mesy. PIBG
o Adakan Kelab Buku Sekolah / PSS & dapatkan diskaun buku
o Galakkan pemberian hadiah / anugerah kepada guru :
- mencapai rekod mengumpul data NILAM terlengkap.
- data murid menghantar ‘rekod bacaan’ NILAM teramai.
(dinner/ hi-tea for 2 / hadiah barangan elektrik semasa jamuan tahunan)
Langkah Keenam : Ganjaran
Ø Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun.
Ø Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.
FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIBERI PENEKANAN
Ø Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan pusat sumber.
Ø Sokongan pihak pentadbir sekolah
(pemantauan & kewangan)
Ø Penglibatan ibubapa/ PIBG/ Y.B/JPN
Ø Sponsor / sumbangan syarikat, NGO
BAHAN-BAHAN BACAAN KARYA AGUNG / ‘CANON LITERATURE’
‘Karya Agung’ / ‘Canon Literature’ adalah karya yang ditulis oleh sasterawan / penulis terkenal dan berwibawa.
Mempunyai tema yg. boleh memberi kesan kepada masyarakat.
Mempunyai mesej yang mendalam.
CONTOH BACAAN KARYA AGUNG
Huckleberry Finn (Mark Twain) – tentang sistem perhambaan Amerika
Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) ttg keperitan masy. tani
Pinnochio (Carlo Coloddi) ttg moral supaya anak-anak bercakap benar.
LAGU NILAM
Membaca dan belajar , amalan
hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca,
memberikan semangat
Membaca dengan jaya, budaya kita
membaca, matlamat NILAM kita,
Ganjaran yang diterima, tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari, Anugerah diberi
chorus
NILAM, NILAM, Anugerah NILAM
Menerangi jalan suram,
NILAM, NILAM, Anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya.
Membaca dan belajar , amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca, memberikan semangat
Membaca dengan jaya,budaya kita
Tabiat membaca, matlamat NILAM kita,
Ganjaran yang diberi, tidak terhingga
Jika suka membaca, dunia indah sekali,
Akal bijak bistari, hidup berseri
chorus
NILAM, NILAM, Anugerah NILAM
Menerangi jalan suram,
NILAM, NILAM, Anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya…
No comments:
Post a Comment