Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, November 12, 2011

Sukan

Pengenalan

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.


Takrifan Sukan

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.

Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.

Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:

  • Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
  • Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.

Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:

  • Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.
  • Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.
  • Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya

Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan. Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.


Sejarah Sukan

Sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia sebagai tujuan bersukan dan makhluk aktif. Sukan merupakan cara berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka keatas alam semulajadi dan persekitaran. Sejarah sukan mampu mengajar kita banyak perkara mengerai perubahan kemasyarakatan dan mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri. Sukan kelihatannya membabitkan asas kemahiran manusia dikembangkan dan dilatih bagi kemahiran itu sendiri, selari dengan dilakukan kerana kegunaannya. Ia turut menunjukkan bagaimana kepercayaan masyarakat berubah dan dengan itu terdapat perubahan dalam peraturannya. Sebenarnya ketika kita pergi semakin jauh dalam sejarah bukti yang semakin sedikit menjadikan teori mengenai asal dan tujuan sukan sukar disokong. Sungguhpun begitu, kepentingannya dalam sejarah manusia tidak dapat dinafikan.


Senarai sukan adalah seperti berikut:

  • Arnis
  • Akuatik
  • Angkat berat
  • Badminton
  • Besbol
  • Lumba basikal
  • Bina badan
  • Billiard & Snuker
  • Bola jaring
  • Bola keranjang
  • Bola tampar
  • Bola sepak
  • Boling padang
  • Bot naga
  • Catur
  • Ekuestrian
  • Gimnastik
  • Golf
  • Gusti
  • Hoki
  • Judo
  • Kabaddi
  • Karate
  • Kayak
  • Kriket
  • Lawan pedang
  • Meluncur
  • Memanah
  • Mendayung
  • Menembak
  • Olahraga
  • Perahu layar
  • Petanque
  • Ping pong
  • Ragbi
  • Sepak takraw
  • Silat
  • Skuasy
  • Sofbol
  • Sukan tari
  • Taekwando
  • Tenis
  • Tenpin boling
  • Tinju
  • Tomoi
  • Triatlon
  • Wushu

No comments:

Post a Comment