Social Icons

-

Saturday, March 17, 2012

Memory Booster




Penerbit Oxford Fajar Sdn. Bhd. baru-baru ini telah memperkenalkan Siri Memory Booster yang merupakan kad pembelajaran efektif untuk persediaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Kemuncak siri ini ialah panduan ulang kaji untuk para pelajar di semua peringkat iaitu 124 Amalan Belajar Cemerlang yang memperkenalkan teknik-teknik ulang kaji dipelopori oleh jurulatih profesional peningkatan daya ingatan, Lim Teck Hoe.

Pengurus Besar Yayasan Kepimpinan Perdana, Zarina Bakar berkata, kaedah yang diaplikasi dalam kad pembelajaran seperti penggunaan carta, graf dan ilustrasi, jelas akan dapat menjadikan pelajaran lebih menarik, interaktif serta efektif dalam proses pembelajaran dan persediaan menghadapi peperiksaan.

"Diharapkan agar panduan belajar ini bukan sahaja dapat membantu pelajar menelaah dengan lebih efektif malah ia juga dapat memberi faedah kepada guru-guru dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili dan membacakan ucapan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada pelancaran siri itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Zarina lagi, kaedah-kaedah pembelajaran ini yang berkonsepkan pembelajaran asas minda telah dikongsi bersama guru-guru semasa sesi bengkel yang turut diadakan pada majlis tersebut.

"Matlamatnya ialah supaya guru-guru pula dapat memperkenalkan konsep-konsep ini dalam bilik darjah.

"Dengan memahami kesan sinergi antara otak kiri dan otak kanan serta bagaimana maklumat diterima, disimpan dan diingat semula, kaum guru dapat mencungkil potensi penuh para pelajar dalam bilik darjah," jelasnya.

Kad Pembelajaran Memory Booster menggunakan kaedah dan teori yang diselidik dengan terperinci oleh guru-guru berpengalaman serta terbukti berkesan untuk cara pembelajaran yang bijak.

Maklumat utama dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil dan dipersembahkan dengan kata kunci serta butiran fakta untuk ulang kaji yang cepat dan efektif.

Visual dan penyampaian bergambar rajah yang menarik digunakan supaya dapat membantu para pelajar menyerap, mengekalkan dan mengingatkan kembali maklumat secara efektif.

Gabungan aplikasi teknik pembelajaran pintar dengan kepakaran penulis dalam pelbagai subjek dan tahap menjadikan siri Memory Booster alat pembelajaran efektif yang membantu pelajar menguasai konsep dan fakta mata pelajaran.

Kad Pembelajaran Memory Booster direka khas dalam saiz saku dan kepingan kad boleh diasingkan agar kad-kad ini dapat dibawa ke mana-mana, untuk memudahkan ulang kaji pelajar.

Memory Booster UPSR boleh didapati dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sains pada harga RM15.95.

Manakala bagi PMR pula dalam mata pelajaran Sejarah, Geografi, Sains Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta mata pelajaran Pendidikan Moral, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Biologi, Kimia, Sains dan Fizik bagi SPM pada harga RM16.50.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.oxfordfajar.com.my.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Publisher Oxford Sdn. Bhd. recently introduced a series of cards Memory Booster, which is effective learning in preparation for the Primary School Achievement Test (UPSR), Lower Secondary Assessment (PMR) and Certificate of Education Malaysia (SPM).

The highlight of this series is a revision guide for students at all levels Excellent Study 124 who introduced the practice of the techniques pioneered by coach refresher professionals increased memory, Lim Teck Hoe.

General Manager of the Perdana Leadership Foundation, Zarina Bakr said, the methods applied in learning card such as the use of charts, graphs and illustrations, a clear will to make education more attractive, interactive and effective in the learning process and prepare for exams.

"It is hoped that this study guide will not only help students more effectively analyze, but it can also benefit the teachers and anyone involved in education," he said.

He said this when presenting and rehearsing his wife of former Prime Minister Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali at the launch of the series in Kuala Lumpur, recently.

According to Zarina, the learning methods of learning the basic concept of mind was shared with teachers during the workshop sessions were held during the ceremony.

"The goal is that teachers are able to introduce these concepts in the classroom.

"By understanding the synergistic effect between left brain and right brain and how the information is received, stored and remembered again, those teachers can tap the full potential of the students in the classroom," he said.

Learning Card Memory Booster and theoretical methods examined in detail by experienced teachers and proven effective for learning how to be wise.

The main information is divided into small parts and are presented with keywords and details of the facts for a quick refresher and effective.

Visual and diagrammatic presentation of interest used in order to help students absorb, retain and recall information effectively.

The combination of intelligent application of learning techniques with the expertise of the author in a variety of subjects and the level of the series Memory Booster makes effective learning tool that helps students master the concepts and facts of the subject.

Learning Card Memory Booster is designed in the size of the pocket and card sheets can be separated so that these cards can be brought anywhere, to facilitate student revision.

Memory Booster can be found in the UPSR Bahasa Malaysia, English and Science at RM15.95.

While for the PMR is in History, Geography, Science Bahasa Malaysia and English and Moral Education, Bahasa Malaysia, English, History, Biology, Chemistry, Science and Physics for SPM at RM16.50.

For further information, please visit www.oxfordfajar.com.my.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara