Social Icons

-

Sunday, April 8, 2012

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

PENGENALAN

Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.


Matlamat

Memastikan pelajar daripada kalangan ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi persekolahan bermula.


Objektif


  1. Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
  2. Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka.


Fungsi

  1. Melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat.
  2. Mengawal penggunaan buku teks


 PINDAAN SYARAT KELAYAKAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007

"Kerajaan Malaysia telah bersetuju melalui Rang Undang-undang Perbekalan (2008) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 September 2007, supaya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diperluaskan kepada SEMUA MURID WARGANEGARA MALAYSIA tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di SEMUA SEKOLAH KERAJAAN, SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN DAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008."


 BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS)

Pengenalan

Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. Sekolah perlu menyediakan BOSS yang mempunyai kemudahan asas seperti berikut :


  • Rak buku
  • Meja dan kerusi
  • Kipas
  • Alat Pemadam Api
  • Kawalan haiwan/serangga perosak
  • Kabinet/almari fail
  • Papan kenyataan
  • Kaunter
  • Peti Kecemasan


KELAB SPBT

Pengenalan

Pengiktirafan Kelab SPBT sebagai salah satu aktiviti kokurikulum pada tahun 2005 merupakan satu lagi kemajuan dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT. Kelab ini diwujudkan untuk memantap dan meningkatkan lagi pengurusan SPBT. la membantu pihak sekolah menguruskan aktiviti pengurusan buku teks SPBT, di samping memupuk nilai menyayangi buku teks sebagai sumber ilmu.

Surat siaran Bil. KP (BS/DSR) 878/008(12) bertarikh 14 Februari 2005 tentang pengiktirafan kelab tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 4(e) Penubuhan Persatuan Sekolah dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998: apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.


Objektif

Objektif Kelab SPBT adalah :
  1. Mengembangkan potensi individu (murid) secara menyeluruh.
  2. Mewujudkan semangat kerjasama dan dedikasi di kalangan murid.
  3. Memupuk sikap cintakan buku teks SPBT.
  4. Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelab- kelab lain di sekolah.
  5. Memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu.


Keahlian

Keahlian Kelab SPBT ini adalah terbuka kepada semua murid yang berminat.


Aktiviti

Kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab SPBT ini dapat memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu utama serta memupuk sikap cintakan buku teks sebagai bahan utama kurikulum di sekolah.
  • Ceramah penjagaan buku teks
  • Pertandingan melukis kulit buku teks
  • Pertandingan melukis poster
  • Melukis mural
  • Kuiz


PENYELIA SPBT JPN/JAIN

Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)

Bahagian Buku Teks (BBT) telah menurunkan kuasanya (Dasar Disentralisasi) kepada JPN untuk merancang, melaksana dan mengurus program SPBT di negeri masing-masing dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT di peringkat negeri. Oleh itu; JPN melalui Penyelia SPBT Negeri memainkan peranan sebagai pengurus, pengawal dan pelaksana program SPBT di peringkat negeri. Antara tugas dan tanggungjawab JPN (Penyelia SPBT) adalah pengurusan am, pengurusan Kewangan, Penentuan Keperluan Buku Teks SPBT, Pemesanan Buku Teks SPBT kepada Penerbit, Pemantauan Pembekalan dan Penerimaan Buku Teks SPBT di sekolah, memproses tuntutan pembayaran pembekalan buku teks SPBT kepada penerbit, pengagihan buku teks SPBT dan pelupusan buku teks SPBT.

Sementara peranan JAIN melalui Penyelia SPBT mempunyai bidang yang lebih kecil berbanding Penyelia SPBT JPN kerana skop kerja buku teks SPBT oleh Penyelia JAIN hanya melibatkan pengurusan am, Pemantauan Pembekalan dan Penerimaan Buku Teks SPBT di sekolah, pengagihan buku teks SPBT dan pelupusan buku teks SPBT. Di bawah ini disenaraikan nama-nama Penyelia-Penyelia SPBT JPN dan JAIN yang terlibat secara langsung dengan pengurusan SPBT.


Senarai Penyelia SPBT Negeri (JPN)


Negeri Nama dan Jawatan Telefon / Faks / Emel
Perlis En. Bakar bin Bahari
Penyelia SPBT, JPN Perlis
Tel: 049737716, 049737717
Faks: 049737791
Emel: bakarbahari_JPN@yahoo.com
Kedah En. Zainol Abidin bin Azizan
Penyelia Kanan Buku Teks, JPN Kedah
Tel: 047007715
Faks: 047320754
Emel: zainolabidinazizan@yahoo.com
Pulau Pinang Tn. Hj. Rubika bin Ghazali
Penyelia Kanan Buku Teks, JPN Pulau Pinang
Tel: 046521036
Faks: 046521143
Emel: rubika56@yahoo.com / azhar1117@yahoo.com
Perak En. Ahmad Zahudi b. Abd. Aziz
Penyelia SPBT, JPN Perak
Tel: 055015141
Faks: 055283151
Emel: zahudi67@yahoo.com
Melaka Tn. Hj. Md. Said b. Hj. Md. Dawam
Penyelia Kanan Buku Teks, JPN Melaka
Tel: 062311935
Faks: 062312326
Emel: said.dawam@moe.gov.my
Negeri Sembilan En. Mohd. Nasir b. Zainal
Penyelia SPBT, JPN Negeri Sembilan
Tel: 067653155
Faks: 067643225
Emel: mohdnazirz@yahoo.com
Selangor Tn. Hj. Human bin Hj. Abdul Hadi
Penyelia Kanan SPBT, JPN Selangor
Tel: 0355186232
Faks: 0355101027
Emel: humanhadi@yahoo.com
Johor Tn. Hj. Norain bin Sulong
Penyelia Kanan SPBT, JPN Johor
Tel: 072332258
Faks: 072384788
Emel: dnorains@yahoo.com
Pahang En. Saipuddin bin Wan Chik
Penyelia Buku Teks, JPN Pahang
Tel: 095715905
Faks: 095734857
Emel: hempahang@yahoo.com
Terengganu En. Wan Zainal Abidin bin Wan Ngah
Penyelia Kanan SPBT, JPN Terengganu
Tel: 096253306
Faks: 096246909
Emel: wan.zainal@moe.gov.my
Kelantan En. Ahmad Faizul bin Ahmad
En. Kamaruzzaman bin Ab. Manaf

Penyelia Pelajaran Kanan (Buku Teks), JPN Kelantan Pembantu Khas Buku Teks,JPN Kelantan
Tel: 097418116, 097418113
Faks: 097478184, 097478184
Emel: afaizul.ahmad@moe.gov.my
kamaruzaman.ab@moe.gov.my
Kuala Lumpur Tn. Hj. Mohd Hanifah bin Abdul Razak
Penyelia Kanan Buku Teks, WP Kuala Lumpur
Tel: 0362036239
Faks: 0362036232
Emel: hanifah.razak@moe.gov.my
Putrajaya Pn. Jahleha bt. Yusof
Penyelia SPBT, WP Putrajaya
Tel: 0388903070
Faks: 0388903085
Emel: jahleha.yusof@wpp.moe.gov.my
Labuan En. Maidan Dali bin Yusoff
Penyelia SPBT, WP Labuan
Tel: 087583351
Faks: 087583352
Emel: maidand03@yahoo.com
Sabah Pn. Lim Cheok Lee
En. Jaikol bin Surag

Pen.Pengarah, Unit SPBT, JPN Sabah
Penyelia SPBT, JPN Sabah
Tel: 088256342
Faks: 088247530
Emel: clcl2710@yahoo.com
jaikols@gmail.com
Sarawak En. Richard Kawi
Encik Yusri bin Tokis

Penyelia SPBT, JPN Sarawak
Pem.Penyelia SPBT, JPN Sarawak
Tel: 082276325, 082276352
Faks: 082241275 / 241087
Emel: richardkawi@yahoo.com


Senarai Penyelia SPBT Negeri (JAIN)

Negeri Nama / Jawatan Telefon / Faks
Perlis En. Idris bin Yaacob
Penyelia SPBT
Tel: 049794420
Faks: 049761344
Kedah En. Azizan bin Ahmad
Penyelia SPBT
Tel: 047333288
Faks: 047317784
Pulau Pinang En. Khairul Aman bin Bistamam
Penyelia SPBT
Tel: 042502836
Faks: 042502810
Perak Pn. Arina binti Abd Jamil
Penyelia SPBT
Tel: 052558148
Faks: 052555512
Negeri Sembilan En. Muhamad bin Alias
Penyelia SPBT
Tel: 067622692
Faks: 067631395
Selangor Tn. Hj. Solekhan bin Roup
Penyelia SPBT
Tel: 0355143652
Faks: 0355105053
Wilayah Persekutuan En. Wan Yusoff bin Wan Ishak
Penyelia SPBT
Tel: 032749333
Faks: 0322746922
Johor En. Sulaiman bin Aziz
Penyelia SPBT
Tel: 072282930
Faks: 072233178
Pahang En. Mohd Zakaria bin Mahmood
Penyelia SPBT
Tel: 094221506
Faks: 094221781
Terengganu En. Aria Sukaria bin Ramli
Penyelia SPBT
Tel: 096252525
Faks: 096235185
Kelantan Tn. Hj. Ab. Rahman bin Kelasah
Penyelia SPBT
Tel: 097126315, 097126421
Faks: 097127806
Sabah Tn. Hj. Sipri bin Abd. Razak
Penyelia SPBT
Tel: 088222435 ext. 270
Faks: 088239415


Sumber Di Petik Dari : Bahagian Buku Teks KPM

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara