Social Icons

-

Sunday, April 8, 2012

Universiti Malaya


Universiti Malaya ialah universiti yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar. Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. 

Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya

Terdapat 2 akademi di UM, 12 fakulti dan 4 institut. UM juga mempunyai 11 buah kolej di dalam kampus iaitu Kolej Kediaman Pertama hingga Kolej Kediaman Kelapan, dan Kolej Kediaman Kesepuluh hingga Kolej Kediaman Keduabelas. Manakala di luar kampus terdapat 4 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Kesembilan, Yayasan Pelajaran Mara, Kolej Kediaman Seksyen 17 dan Kolej Kediaman Pantai Puteri. UM juga mempunyai sebuah hospital iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Moto Universiti Malaya adalah "Ilmu Punca Kemajuan".

Pada 16 Jun 2005, Universiti Malaya telah mengadakan "Majlis Pelancaran 100 Tahun Unversiti Malaya" yang mana akan menyaksikan Universiti Malaya mengekalkan kedudukan sebagai universiti yang terulung di Malaysia dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Tarikh 16 Jun dipilih sebagai tarikh untuk melangsungkan Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Universiti Malaya kerana pada tarikh yang sama 100 tahun yang lalu, Pentadbiran Inggeris telah meluluskan rang undang-undang Sekolah Perubatan bagi Negeri-negeri Selat. Bertitik tolak dari itulah tertubuhnya King Edward Medical College di Singapura sehingga ia digabungkan dengan Kolej Raffles seterusnya menjadi warisan kepada tertubuhnya Universiti Malaya dan Universiti Nasional Singapura.

Moto                             
  Ilmu Puncha Kemajuan

Ditubuhkan pada         
  3 Julai 1905

Jenis                             
  Awam

Canselor                    
  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum
Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah

Naib canselor          
  Profesor Tan Sri Datuk Dr. Ghauth Jasmon

Lokasi           
  Kuala Lumpur, Malaysia

Penggabungan      
  ASAIHL, ASEAN University Network

Laman sesawang  
   www.um.edu.my



LAGU UNIVERSITI
Universiti Malaya
Kebanggaan kita semua
Bertambah para ilmuan
Di pelbagai lapangan

Kami bertekad di hati
Mencapai cita murni
Tradisi kecemerlangan
Menepati wawasan

Di sini kami sedia berbakti
Terus berinovasi
Kami harapan generasi muka
Teras nusa dan bangsa

Varsiti kesayanganku
Sungguh banyak jasamu
Membentuk insan mulia
Berilmu berbudaya



Senarai fakulti, pusat dan akademi

  •     Fakulti Alam Bina
  •     Fakulti Sains
  •     Fakulti Kejuruteraan
  •     Fakulti Pergigian
  •     Fakulti Pendidikan
  •     Fakulti Sastera dan Sains Sosial
  •     Fakulti Perubatan
  •     Fakulti Bahasa dan Linguistik
  •     Fakulti Undang-undang
  •     Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
  •     Fakulti Perniagaan dan Perakaunan
  •     Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
  •     Akademi Pengajian Melayu
  •     Akademi Pengajian Islam
  •     Pusat Sukan
  •     Pusat Kebudayaan
  •     Pusat Dialog Peradaban
  •     Pusat Penyambungan Pendidikan (UMCCed)
  •     Pusat Asasi Sains
  •     Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya
  •     Pusat Penyelidikan Bioteknologi Agrikultur (CEBAR)
  •     Institut Penyelidikan, Pengurusan dan Syarikat (IPPP)
  •     Institut Pengajian Pasca Siswazah
  •     Institut Asia-Eropah
  •     Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA)
  •     Institut Pengajian Kepengetuaan
  •     Institut Pengajian China (ICSUM)


Senarai Naib Canselor UM
  •     Professor A. Oppenheim (1956 - 1965)
  •     Dr. JHE. Griffiths (1967 - 1968)
  •     Professor Diraja Dr. Ungku A.Aziz (1968 - 1988)
  •     Professor Dr. Syed Hussein Alatas (1988 - 1991)
  •     Professor Emeritus Datuk Dr. Taib Osman (1991 - 1994)
  •     Allahyarham Tan Sri Abdullah Sanusi Ahmad (1994 - 2000)
  •     Professor Dato' Dr. Anuar Zaini Md Zain ( 2000 - 2003 )
  •     Professor Datuk Dr. Hashim Yaacob (2003 - 2006)
  •     Datuk Rafiah Salim (2006 - 2008 )
  •     Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon (2008 - kini )

Alumni terkenal
  •     Tun Datuk Seri Utama Khalil Yaakob
  •     Tun Abdullah Ahmad Badawi
  •     Dato' Seri Anwar Ibrahim
  •     YB Dato' Sri Azalina Othman Said
  •     Tan Sri Rafidah Aziz
  •     YAB Dato' Abdul Ghani Othman
  •     YB Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo
  •     Dato' Sri Adnan Yakoob
  •     Tan Sri Isa Abdul Samad
  •     Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek
  •     Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
  •     Tan Sri Ong Ka Ting
  •     Dato' Seri Mohd. Khaled Nordin
  •     Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
  •     Karpal Singh
  •     Teresa Kok
  •     Dato' Ngeh Koo Ham
  •     Nga Kor Ming
  •     Sellapan Ramanathan


Profesor Emeritus
  •     Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid
  •     Profesor Emeritus Datuk Dr. Hj. Mohd. Taib Osman
  •     Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Ismail Hussein
  •     Profesor Emeritus Dato' Ahmad Nawawi Hj. Ayob
  •     Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Hj. Omar
  •     Profesor Emeritus Dato' Dr. Khoo Kay Kim
  •     Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Hj. Abdul Karim
  •     Profesor Emeritus Puan Sri Datin Dr. Fatimah Hamid Don
  •     Profesor Emeritus K.T. Joseph
  •     Profesor Emeritus Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem
  •     Profesor Emeritus Dato' Isahak Haron
  •     Profesor Emeritus Dato' Dr. Osman Bakar
  •     Profesor Emeritus Dr. C.S. Hutchison
  •     Profesor Emeritus Dr. Stephen Chee Hong Chye
  •     Profesor Emeritus Dr. S.Singaravelu
  •     Profesor Emeritus Umapati Prasad
  •     Profesor Emeritus Datuk Delilkan Alexius Ernald
  •     Profesor Emeritus Dr. Ng Soon
  •     Profesor Emeritus Dr. Lam Khuan Leng
  •     Profesor Emeritus Dato' Dr. Khairuddin Mohamed Yusof
  •     Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid
  •     Profesor Emeritus Dato' Dr. Lam Sai Kit
  •     Profesor Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusoff bin Hashim
  •     Profesor Emeritus Dr. Lloyd Fernando
  •     Profesor Emeritus Y.M. Dato' Tengku Shamsul Bahrin bin Raja Ali
  •     Profesor Emeritus Dr. Low Kum Sang
  •     Profesor Emeritus Dr. Yong Hoi Sen


Ahli fakulti terkenal
  • Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid
  • Wang Gungwu, bekas Professor Sejarah di Jabatan Sejarah (meninggalkan UM pada 1968). Prof. Wang ketika ini memegang jawatan sebagai Pengarah di East Asian Institute, National University of Singapore.
  • Khairuddin Mohamed Yusof, bekas Professor di Universiti Malaya and juga bekas Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Hospital. Beliau bersara pada 1997 dan dianugerahkan kehormatan Emeritus oleh Universiti Malaya. Professor Emeritus Dato’ Paduka Dr. Khairuddin bin Mohamed Yusof ketika ini memegang jawatan sebagai Pengarah Telemedicine Malaysia (World Care Inc)
  • Khoo Kay Kim, bekas Professor Sejarah di Jabatan Sejarah. Bersara pada 2001, dan dianugerahkan kehormatan Emeritus oleh Universiti Malaya.
  • Jomo Kwame Sundaram, bekas Professor di Fakulti Economi dan Pentadbiran (meninggalkan UM pada 2004). Prof. Jomo ketika ini memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Setiausaha untuk pembangunan ekomomi di PBB.
  • Ho Peng Yoke, bekas Professor di Jabatan Pengajian China. Prof. Ho ketika ini memegang jawatan sebagai Pengarah Emeritus di Needham Research Institute, Cambridge.
  • Terence Edmund Gomez, Professor Madya di Fakulti Economi dan Pentadbiran. Ketika ini beliau ialah antara 6 penyelaras penyelidik di United Nations Research Institute for Social Development (UNRISD).

Jadual berikut menunjukkan kedudukan Universiti Malaya dalam senarai kedudukan universiti dunia mengikut THES - QS World University Rankings yang diterbitkan oleh Times Higher Education Supplement (THES) dan Quacquarelli Symonds (QS).

Tahun            Kedudukan
2011              167
2010              207
2009             180
2008             230
2007             246
2006             192
2005             169
2004             89

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara