Social Icons

-

Friday, May 25, 2012

Guru Besar Cemerlang


1.      PENYATAAN DASAR

1.1     Semua jawatan GBC perlu diisi  mengikut kuota yang ditetapkan kerajaan melalui proses-proses yang ditetapkan.

1.1    Pemilihan Guru Besar  Cemerlang yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.11/2007 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam  bertarikh 1 Julai 2007 dan keputusan Mesyuarat Pelaksanaan Guru Besar Cemerlang Gred DGA38  di Sekolah Rendah dan Sekolah Kluster (Sekolah Rendah) bertarikh 26 Julai 2007.

2        TUJUAN

2.1        Menyelaraskan pencalonan GBC DGA38 yang dicalonkan oleh semua negeri, berdasarkan kekosongan jawatan untuk dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bagi tujuan pengisian jawatan.

3        PELAKSANAAN DASAR

Berpandukan syarat-syarat pencalonan berikut:

3.1      Calon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap.
-       Borang GBC38/07/A (Pind.1/08).

3.2       Telah dinaikkan pangkat ke Gred DGA34  tidak  kurang 3 tahun (termasuk sekurang-kurangnya 1 ½  tahun pengalaman sebagai guru besar).

3.3      Calon memperoleh Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang
cemerlang bagi tempoh tiga (3) tahun terkini.

3.4      Calon yang belum menduduki / belum lulus Penilaian Tahap Kecekapan (TK4) atas gred hakiki DGA34 boleh memohon untuk pertimbangkan.

3.5      Calon bebas dari hukuman tatatertib.

3.6      Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa.

3.7      Lulus tapisan Keutuhan Badan Pencegah Rasuah. (Lampiran T1)

3.8      Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

3.9      Mempunyai tempoh berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun sebelum tarikh bersara wajib pada tarikh tutup pencalonan.

3.10    Berjaya menunjukkan prestasi pengurusan yang cemerlang dalam semua aspek. Calon lulus penilaian / pemantauan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
3.11    Bagi Penyelia / Pengelola yang tidak pernah menjadi Guru Besar hendaklah  telah memegang jawatan tersebut sekurang-kurangnya selama tiga tahun (3 tahun).

4        KAEDAH PELAKSANAAN

Berpandukan penilaian aspek berikut:

4.1              Kepimpinan Pengurusan Kurikulum : 20%
4.2              Kepimpinan Pengurusan Sumber Manusia : 10%
4.3              Kepimpinan Pengurusan Hal Ehwal Murid : 10%
4.4              Kepimpinan Pengurusan Kokurikulum : 10%
4.5              Pentadbiran Pejabat : 15%
4.6              Pengurusan Kewangan/Bajet : 15%
4.7              Penampilan Kualiti dan Peribadi : 10%
4.8              Kemahiran Perhubungan Awam : 10%

5        TARIKH KUATKUASA

1 Julai 2007

6        RUJUKAN

6.1       Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007.

6.2       Keputusan Mesyuarat Pelaksanaan Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 Di Sekolah Rendah dan Sekolah Kluster bertarikh 26 Julai 2007

6.3       Surat Siaran Bahagian Sekolah KPM, Bil KP(BS/PSR)8502/14/005/(5) bertarikh 24 Ogos 2007.

6.4       Surat Siaran Bahagian Sekolah KPM, Bil KP(BS/PSR)8502/14/005/(18) bertarikh 24   September 2007.

6.5        Surat Siaran Bahagian Sekolah KPM, Bil KP(BS/PSR)8502/14/005/(32) bertarikh 6 Mac 2008.

LAMPIRAN

·         Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.11/2007, para 4, 5 dan 6 adalah berkaitan dengan urusan naik pangkat Guru Besar  Cemerlang DGA38 ;

Para 4;
“Mengambil kira perkembangan semasa perkhidmatan pendidikan di bawah KPM iaitu dasar terbaru pewujudan Sekolah Kluster dan konsep Guru Besar Cemerlang di sekolah rendah, maka kerajaan memutuskan supaya ditambah satu lapisan gred baru bagi skim perkhidmatan PPPLD untuk jawatan Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah dan Guru Besar Sekolah Kluster (Sekolah Rendah) di sekolah-sekolah di bawah KPM.”

Para 5;
“Perubahan  yang telah dipersetujui oleh kerajaan ialah untuk menambah satu lagi lapisan gred kepada lapisan gred sedia ada. Ini menjadikan skim perkhidmatan PPPLD yang diubah ini mengandungi empat (4) lapisan gred iaitu Gred DGA29, DGA32, DGA34 dan Gred DGA38.  Perbekalan-perbekalan lain dalam skim perkhidmatan berkuat kuasa adalah dikekalkan.”

Para 6;
“Pewujudan lapisan gred baru Gred DGA38 dalam skim perkhidmatan PPPLD ini adalah khusus untuk digunakan sebagai jawatan Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah dan Guru Besar Sekolah Kluster (sekolah rendah) di bawah KPM. Jawatan Gred DGA38 ini tidak boleh digunakan bagi maksud selain di atas.”

·         Kuota yang telah diluluskan bagi pelantikan Guru Besar Cemerlang Gred DGA38 adalah sejumlah 1,700 jawatan.
·         GARIS PANDUAN BAGI ASPEK YANG DINILAI (GURU BESAR)
1.      KEPIMPINAN PENGURUSAN KURIKULUM : 20%

a.   Keadaan pentadbiran kurikulum yang berkesan melambangkan pengurusan yang pakar dalam bidang kurikulum.

b.   Keberkesanan dan kecekapan perlaksanaan program kurikulum yang inovatif di sekolah

c.    Keberkesanan pengurusan panitia mata pelajaran.

d.   Kejayaan perlaksanaan program meningkatkan budaya kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

e.  Kejayaan menyelesaikan masalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

2.      KEPIMPINAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA : 10%

a.   Pelaksanaan program perkembangan sumber manusia secara berkesan.

b.   Keberkesanan pelaksanaan penyelesaian masalah profesional dan peribadi staf.

c.   Memperlihatkan keberkesanan program orientasi  staf  baru.

d.   Merancang, melaksana dan menilai program kemajuan sumber manusia secara berterusan.

e.   Memperlihatkan keberkesanan mewujudkan suasana kerja yang mesra, harmonis dan produktif.

3.      KEPIMPINAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID : 10 %

a.   Memperlihatkan keberkesanan pelaksanaan program pengurusan hal ehwal murid secara menyeluruh.

b.   Memperlihatkan keberkesanan menyelesaikan masalah peribadi, salah laku dan kebajikan murid.


c.    Memperlihatkan keberkesanan pelaksanaan program kecemerlangan murid dalam kurikulum dan kokurikulum.

4.      KEPIMPINAN PENGURUSAN KOKURIKULUM : 10%

a.   Memperlihatkan keberkesanan pelaksanaan program kokurikulum sekolah.

b.   Kejayaan program kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

5.      PENTADBIRAN PEJABAT : 15%

a.   Kejayaan pengurusan hal-hal rutin dengan berkesan secara keseluruhan

b.   Memperlihatkan pengurusan pejabat yang teratur, kemas dan menarik.

c.   Memperlihatkan pengurusan secara berkesan dalam mengendalikan perkhidmatan sokongan berkait dengan pembelajaran pelajar seperti bekalan buku teks dan biasiswa.

d.   Memperlihatkan pengurusan yang berkesan dalam perkhidmatan pelanggan (murid, guru, ibu bapa dan masyarakat).

e.   Keberkesanan pelaksanaan program pembangunan fizikal,keceriaan dan pengurusan penyelenggaraan sekolah.

6.      PENGURUSAN KEWANGAN / BAJET : 15%

a.   Pengurusan kewangan meliputi perancangan dan agihan perbelanjaan sekolah secara teratur, kemas dan sejajar dengan peraturan dan Arahan Perbendaharaan.

b.   Tidak ada kecacatan dalam laporan Audit Sekolah.

c.   Berusaha menambahkan sumber kewangan dengan mematuhi tatacara kewangan.

7.      PENAMPILAN DAN KUALITI PERIBADI : 10%

a.       Menepati masa

b.      Kemahiran berkomunikasi

c.       Bersifat terbuka

d.      Prihatin dan penyayang

e.       Kesihatan fizikal dan emosi

f.       Kreatif dan inovatif

g.      Positif dan proaktif

8.      KEMAHIRAN PERHUBUNGAN AWAM : 10%

a.   Memperlihatkan keberkesanan perlakuan perhubungan awam secara menyeluruh.

b.   Memperlihatkan keberkesanan pelaksanaan program khas atau istimewa melalui  PIBG, Persatuan Bekas Murid, Wakil    Rakyat, Agensi Kerajaan dan Swasta serta masyarakat sekeliling untuk kepentingan pendidikan.

Sumber diambil daripada : BPSH

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara