PENGENALAN
KRU merupakan salah sebuah syarikat peneraju bidang media dan
hiburan di Malaysia. Ditubuhkan pada 1992, KRU menerbitkan pelbagai jenis media
dalam bentuk filem, animasi, program televisyen dan muzik, sehingga berjaya
memperoleh anugerah dan pengiktarafan dari dalam dan luar negara bagi kerja
penerbitan yang telah dihasilkan.
Melalui KRU Academy, kami bukan sahaja mahu merealisasikan harapan
dalam membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi menyokong pelan
domestik dan antarabangsa KRU, bahkan juga membangunkan sumur bakat yang
berterusan bagi industri media dan hiburan Malaysia secara amnya. Bakat yang
berkualiti akan membolehkan industri tempatan mencapai taraf kualiti penerbitan
yang setara dengan yang terbaik di dunia sekaligus menyokong pelan kerajaan
bagi mentransformasikan ekonomi
kepada status negara berpendapat tinggi.
PENUBUHANNYA
KRU Academy adalah kolej professional yang mengkhusus kepada
kemahiran yang berkaitan dengan industri media dan hiburan. Hasrat kami adalah
untuk membenihkan inovasi dan kreativiti, menambah kemahiran dan juga
meningkatkan bilangan bakat dalam industri kreatif tempatan.
Dengan menerima pakai kaedah latihan praktikal, setiap kursus
dibangunkan dan direka oleh pakar dalam industri kreatif, dan selari dengan
pembangunan terkini dan juga amalan terbaik industri media dan hiburan, secara
global. Tambahan pula, panel penasihat KRU Academy adalah terdiri daripada
panel profesional dari kedua-dua organisasi tempatan dan antarabangsa.
Misi & Visi
Visi
KRU Academy mensasarkan untuk menjadi kolej profesional terpilih di
Asia Tenggara yang mengkhusus kepada kursus-kursus berkaitan dengan industri
media dan hiburan, dengan memberi penekanan kepada persekitaran kerja yang
sebenar dan prasarana berdasarkan amalan semasa yang terbaik di peringkat
global.
Misi
Melahirkan tenaga kerja yang khusus dan berkemahiran tinggi dalam
industri media dan hiburan melalui pengalaman pembelajaran yang berkualiti dan
juga kerjasama berterusan dengan organisasi, industry profesional, pensyarah
berpengalaman dan juga para pelatih dari serata dunia.
Board Of Directors
Panel Penasihat
Panel Penasihat Luar
Panel Penasihat Dalam
Pihak Pengurusan
Timbalan Presiden Akademik – Hezrey Shariff
Hezrey Shariff mempunyai 14 tahun pengalaman kerja dalam bidang
multimedia interaktif dan pendidikan. Beliau juga telah terbabit dalam pengurusan dan perancangan projek,juru
runding kreatif, pembangunan akademik dan kursus-kursus berkenaan tentang
pendidikan dan latihan am.
Beliau merupakan juru animasi 2D terlatih, juga seorang yang telah
menetap,belajar, mengikuti latihan dan bekerja di Malaysia, Australia, United
Kingdom, Canada dan Afrika. Beliau merupakan bekas pelajar Rekaan Grafik
Universiti Teknologi Mara dari tahun 1993 ke 1995.Beliau telah menyambung pelajaran
beliau ke peringkat Sarjana Muda Animasi di Newport Film School, University of
Wales Newport, United Kingdom.
Beliau adalah ahli jawatankuasa Persatuan Animasi Malaysia semenjak
tahun 2008. Selain terlibat dengan
industri, beliau juga adalah pelatih yang diperakui oleh PSMB/HRD dan telah
dilatih untuk menjadi School Manager di Limkokwing University, RMIT University,
Swinburne University di Australia dan juga Sheridan College, Canada.
Lecturers & Coaches
Our lecturers have the combined 107 years of lecturing experiences
in various private universities and certified by the Department of Skills
Development, Ministry of Human Resources.
Rakan Kongsi
Lembaga Akreditasi – MLVK
Untuk menjadi pemimpin bertaraf dunia dalam pembangunan kemahiran dan sumber manusia.
Membangunkan tenaga mahir dan sumber manusia yang kompetetif.
Penyedia prasarana – MDEC
MDEC telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat Malaysia. Ianya dimiliki
dan dibiayai kerajaan Malaysia. MDEC mengabungkan kecekapan keusahawanan dan
keberkesanan sektor swasta dengan kuasa membuat keputusan oleh agensi kerajan
berprofil tinggi.
Penasihat Akademik – Universiti Multimedia
Penasihat Akademik – Universiti Multimedia
Universiti Multimedia (MMU), adalah
institut pengajian tinggi yang dibangunkan melalui Universiti Telekom Sdn. Bhd.
(UTSB), dan dimiliki sepenuhnya oleh Telekom Malaysia. Ianya ditubuhkan untuk
memenuhi usaha murni dan juga tanggungjawab sosial korporat – menyahut cabaran
untuk mendidik generasi pelapis pemimpin negara dan juga tenaga pekerja
berpengetahuan tinggi. Sebagai universiti swasta pertama di Malaysia, MMU
telah membangunkan model asas berdasarkan kejayaan MMU menubuhkan universiti
swasta di Malaysia. Ini telah membuka ruang kepada kepesatan pertumbuhan sektor
institut pengajian tinggi swasta negara. Memandangkan ianya dibina di pusat
pentadbiran MSC, MMU juga berperanan menjadi pemangkin pembangunan industri ICT
berteknologi tinggi negara, selari seperti model Lembah Silicon – Stanford di
Amerika Syarikat.
Penyedia Perisian Animasi 2D – TOON BOOM ANIMATIONS
Penyedia Perisian Animasi 2D – TOON BOOM ANIMATIONS
Toon Boom Animation Inc adalah
peneraju dunia bagi kandungan digital, perisian penghasilan animasi, juga
memberikan khidmat jualan produk dan servis secara talian kepada komuniti
global. Toon Boom mempunyai aplikasi mudah guna untuk semua, samada pengguna
kanak-kanak, pengguna domestik, pengguna bidang kreatif profesional dan juga
kepada pelajar, pendidik dan pertubuhan akademik. Toon Boom memberikan dedikasi
sepenuhnya kepada bidang pendidikan dan sentiasa berusaha untuk membangunkan
teknologi dan kurikulum yang akan meningkatkan pengalaman pembelajaran. Toon
Boom sangat berpengaruh dalam menghubungkan industri kreatif dengan komuniti
akademik, untuk menjalankan usahasama yang membolehkan pelajar-pelajar mencapai
matlamat mereka.
Untuk keterangan lanjut layari laman web Akademi KRU
No comments:
Post a Comment