Social Icons

-

Saturday, August 4, 2012

Educube bantu tingkat penguasaan pelajar melalui ICT



CELCOM Axiata Berhad (Celcom) baru-baru ini telah melancarkan Educube yang merupakan sebuah perkhidmatan pendidikan 3-dalam-1 atas talian merangkumi sekolah, kelas tambahan dan peperiksaan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini.
Ketua Operasi (Advanced Data) Celcom, Afizulazha Abdullah berkata, perkhidmatan itu disasarkan kepada golongan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Ia selaras dengan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di sekolah melalui pembelajaran kreatif," katanya pada majlis pelancaran Educube di Menara Celcom, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Educube dibangunkan dengan kerjasama Orenda Sdn. Bhd. yang memajukan perisian atas talin 3-dalam-1 selain sokongan dan Majlis Permuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN).

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Maju Holdings Sdn. Bhd., Wan Shariman Wan Mohamed; Ketua Pegawai Eksekutif Orenda Sdn. Bhd., Michael Yeoh; dan Presiden PIBGN, Professor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan.
Menurut Afizulazha, perkhidmatan pendidikan atas talian ini menawarkan lebih 70,000 soalan dengan enam modul utama kepada para pelajar untuk membuat ulangkaji pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan menggunakan komputer, laptop atau tablet.

"Dengan fungsi dwibahasa, Educube akan membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Produk ini juga akan membantu pelajar menilai kesalahan yang dilakukan dengan adanya alat pemarkahan automatik.

"Melalui penggunaan teknologi, kita dapat membantu pelajar meningkatkan pemahaman pembelajaran menggunakan pendekatan multimedia menggabungkan sekolah, kelas tambahan dan peperiksaan dalam satu perkhidmatan," jelas beliau.

Tambahnya lagi, produk yang diperkenalkan itu merupakan alternatif perkhidmatan pembelajaran atas talian yang mampu memperkayakan pengalaman belajar melalui pendekatan yang menyeronokkan, berkesan dan mudah digunakan.
"Isi kandungannya adalah berasaskan kurikulum pendidikan sebenar dan ia dibentuk untuk menyampaikan pengalaman pendidikan inovatif kepada para pelajar.

"Selain itu, kandungan Educube merangkumi peperiksaan, latihan dan sebagainya dibangunkan oleh kumpulan ahli akademik bertauliah dan berpengalaman mengajar, merangka dan menanda jawapan peperiksaan peringkat kebangsaan," ujarnya.

Katanya lagi, sempenan pelancaran itu, Celcom turut mempelawa sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menyertai Peperiksaan dan Pecubaan Atas Talian Kebangsaan (Online National Exam and Trails) untuk UPSR, PMR dan SPM sebelum mereka menduduki peperiksaan sebenar.
"Melalui peperiksaan atas talian ini, para pelajar akan berupaya mengukur kedudukan mereka dalam bidang akademik dengan pencapaian rakan-rakan sebelum peperiksaan sebenar yang secara tidak langsung meningkatkan persaingan sihat di kalangan mereka.

"Perkhidmatan atas talian ini turut menggalakkan pelajar untuk belajar secara berdikari dan memenuhi keperluan bagi meningkat pengetahuan teknologi, selain menjadi lebih dinamik dan inovatif," terang beliau.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara