Social Icons

-

Saturday, September 15, 2012

Penempatan Guru-guru


PENEMPATAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH YANG MENGIKUTI SARJANA MUDA DENGAN PENDIDIKAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM


1. PENYATAAN DASAR
1.1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian menurunkan kuasa untuk melaksanakan penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) yang telah tamat mengikuti Sarjana Muda Dengan Pendidikan atau Diploma Perguruan dari seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri melalui Surat Siaran yang diedarkan setiap kali apabila melaksanakan penempatan guru.

1.2. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian menempatkan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) yang telah tamat mengikuti Sarjana Muda Dengan Pendidikan atau Diploma Perguruan ke seluruh negeri berasaskan kepada Anggaran Belanja Mengurus (ABM) yang diperuntukkan mengikut tahun semasa.

1.3. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian melaksanakan pengisian guru terlatih ke negeri-negeri berdasarkan kekosongan jawatan dan opsyen melalui data OPMEN seperti yang diputuskan dalam mesyuarat sebanyak empat kali setahun.


2. TUJUAN
2.1. Mengimbangkan bilangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) di sekolah berasaskan keperluan opsyen / mata pelajaran.
2.2. Menempatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) ke sekolah secara adil dan saksama berasaskan lokasi sekolah.
2.3. Merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar melalui penempatan  guru yang berkesan.


3. PELAKSANAAN DASAR
3.1. Penempatan guru yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian adalah berpandukan secara amnya kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/75. Walaupun Surat Pekeliling tersebut hanya memberi penekanan kepada pertukaran guru tetapi ia dibaca sekali dengan penempatan guru seperti yang tercatat dalam memo Pengarah Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertarikh 30 Ogos 1982 bertajuk Pertukaran Dan Penempatan Guru-guru Bagi Tahun 1983.

3.2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan bil.8 Tahun 1993 (Ruj: KP (PP)0002/17  Jld.5(1) bertarikh pada 29 Disember 1993; Penurunan Kuasa Penempatan / Pertukaran Ke Jawatan Bukan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

3.3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan bil.4 Tahun 1996(Ruj: KP(PP)0002/17 Jld.6 bertarikh pada 11 Jun 1996; Penurunan Kuasa Penempatan / Pertukaran Ke jawatan Bukan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan siswazah dan Bukan siswazah

3.4. Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Bil. 4 Tahun 2005 (Ruj: KP(PP)0002/4/5 Jld.9(61) bertarikh pada 27 April 2005;Garis Panduan Pelaksanaan Pusingan Kerja Pegawai dan Anggota Kumpulan Sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.5. Surat Siaran Bilangan KP(PP)00221/189/14(32) merujuk kepada mekanisme pelaksanaan dan pelan tindakan susulan kepada keputusan Jemaah Menteri berhubung dengan memorandum bersama KPM dan KPTM ialah melalui penubuhan Jawatankuasa Pemandu Tangani Ketidakseimbangan Keperluan dan Penawaran Guru (TKKPG) yang dipengerusikan oleh YB. Menteri Pelajaran Malaysia. Berdasarkan Jawatankuasa yang dibentuk, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) diberi tanggungjawab  untuk mengurusetiakan  Pasukan Petugas (PP) penempatan.


4. KAEDAH PELAKSANAAN

4.1. Bekalan Guru
4.1.1. Sektor Pengurusan Sekolah Rendah (SPSR) menerima bekalan guru dari Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk ditempatkan ke sekolah rendah.

4.1.2. Sektor Pengurusan Sekolah Menengah (SPSM) menerima bekalan guru dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang diperolehi dari semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk ditempatkan ke sekolah menengah.

4.2. Kriteria Pelaksanaan Penempatan
4.2.1. Untuk mengisi keperluan perjawatan berasaskan sekolah.
4.2.2. Untuk mengisi kekosongan opsyen di sekolah menengah manakala sekolah rendah pula berasaskan jenis sekolah / aliran bahasa pengantar.

4.3. Prinsip Pelaksanaan Penempatan
4.3.1. Dengan mengambil kira jumlah perjawatan guru siswazah dan bukan siswazah yang telah diluluskan mengikut waran perjawatan berasaskan sekolah  bagi tahun berkenaan
4.3.2. Mempertimbangkan permintaan guru siswazah dan bukan siswazah dari negeri-negeri yang berkenaan
4.3.3. Mengambil kira pertukaran guru antara negeri
4.3.4. Mengambil kira keluaran guru dari IPTA / IPG Agihan penempatan guru akademik ke Bahagian Sekolah
4.3.5. Mengambil kira agihan penempatan guru akademik ke Bahagian Sekolah Berasrama Penuh / Kluster
4.3.6. Mengambil kira agihan penempatan guru akademik ke Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional
4.3.7. Mengambil kira agihan penempatan guru akademik ke Bahagian Pendidikan Islam
4.3.8. Mengambil kira agihan penempatan guru akademik ke Bahagian Pendidikan Khas, dan
4.3.9. Mengambil kira agihan penempatan guru akademik ke Bahagian Sukan, Seni, dan Kokurikulum.

4.4. Keutamaan Penempatan
4.4.1. Pemegang biasiswa KPM.
4.4.2. Pemegang pinjaman pelajaran KPM
4.4.3. Pemegang Pinjaman PTPTN
4.4.4. Bukan tajaan (berdasarkan kekosongan jawatan).

4.5. Dasar Terbaru
4.5.1. Berasaskan PIPP Keutamaan penempatan ialah ke kawasan luar bandar dan pedalaman mengikut keperluan opsyen.


5. TARIKH KUATKUASA
5.1. Pindaan Garis Panduan pelaksanaan penempatan guru oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ke sekolah iaitu Pindaan Tatacara Pelantikan Guru-Guru Untuk Berkhidmat Dengan KPM telah digunapakai pada 15 September 2006.
5.2. Berdasarkan pindaan ini, IPTA akan membekalkan guru untuk sekolah menengah manakala IPGM akan membekalkan guru untuk sekolah rendah Tatacara tersebut hanya melibatkan guru-guru yang dikeluarkan oleh KPTM dan bagi guru sekolah menengah sahaja.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara