Social Icons

-

Monday, September 10, 2012

Pertandingan Kompang Selawat dan Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia


TAJUK

1         Kertas Cadangan Pertandingan Kompang Selawat dan Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

DIKEMUKAKAN OLEH

2         Kertas ini dikemukan oleh Bahagian Dakwah dan Kepimpinan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

TUJUAN

3         Kertas ini bertujuan untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan dari ahli Mesyuarat Pengurusan, Jabatan Pendidikan  Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melaksanakan Pertandingan Kompang Selawat dan Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

LATARBELAKANG

4         Acara kompang selawat dan marhaban adalah sangat sinonim dengan budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Acara ini seringkali menghiasai acara-acara yang penting dalam hidup bermasyarakat masyarakat Melayu Islam seperti acara perkahwinan, menyambut kelahiran, berkhatan dan sebagainya. Ia bukan sahaja bertujuan untuk memeriahkan sesuatu acara, tetapi turut menjadikan sesebuah acara itu menarik dan hidup.

5         Aktiviti kompang selawat dan marhaban semakin berkembang dewasa ini. Jika dulu, ia dipelopori oleh golongan tua dan dewasa, namun akhir-akhir ini, remaja telah turut terlibat secara aktif. Ia menunjukkan bahawa aktiviti ini mampu menarik minat golongan remaja untuk bergiat aktif dalam aktiviti sihat ini dan berupaya menjadi unsur oenting dalam pembinaan modal insan mereka.

ASAS PERTIMBANGAN


6         Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dalam titah perasmiannya di dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1428H pada 20 Januari 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menekankan kepentingan pembangunan sumber manusia bagi meningkatka kualiti hidup dan menyelesaikan krisis yang sedang dihadapi.

7         Ucapan YAB Perdana MenteriDi Pusat Perdagangan Dunia Kuala Lumpur 23 September 2004 turut menekankan peri pentingnya pembangunan modal insan yang berteraskan kepada Prinsip Kelapan Islam Hadhari “Keutuhan Budaya dan Moral”.

8         Salah satu fungsi utama Bahagian Dakwah ialah Pelaksanaan Aktiviti Dakwah. Fungsi  ini antara lain memerlukan bahagian ini untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mampu membentuk sahsiah dan ketrampilan murid. Minat besar yang ditunjukkan oleh murid terhadap aktiviti ini boleh menjadai asas kepada pembentukan peribadi mereka dan mengelakkan mereka terjerumus dalam aktiviti negatif.




PERKARA YANG DICADANGKAN :

9         Nama Program

Pertandingan Kompang Selawat Sekolah Rendah dan Berzanji Marhaban Sekolah Menengah Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

10      Matlamat

Menjana pembangunan modal insan di peringkat persekolahan melalui aktiviti ko-kurikulum sekolah agar murid terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri yang kuat melalui penghayatan ajaran Islam dan pengekalan terhadap budaya Timur yang murni.

11      Objektif

( i )     Memberi satu wadah dan peluang kepada murid untuk terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum yang sihat di sekolah.

(ii )     Memperkuat dan mengembalikan penghayatan murid kepada budaya melalui aktiviti ko-kurikulum.

(iii)         Mengembeling tenaga dan mempertingkatkan muafakat antara warga pendidikan dengan komuniti masyarakat setempat dalam memastikan jati diri murid cukup dan berkekalan.

(iv)         Memantap dan mengukuhkan lagi pelaksanaan program pengukuhan nilai dan pembentukan modal insan Kementerian Pelajaran Malaysia.

12      Kumpulan Sasar

( i )     Pelajar-pelajar Sekolah Rendah Sekolah Kebangsaan
( ii )    Pelajar-pelajar Sekolah Menengah SMK/SMKA/SABK

13      Tema

Akan diputuskan kemudian

14      Cara  Pelaksanaan

( i )     Tarikh

Dilaksanakan setahun sekali, bermula bulan Februari hingga Ogos. Pertandingan ini dirancang akan dimulakan mulai tahun 2008 bagi peringkat Kebangsaan dan Negeri. Ia akan diperluaskan ke peringkat daerah mulai tahun 2009.

( ii )    Peringkat Pelaksanaan

a.    Peringkat Daerah,
b.    Peringkat Negeri; dan
c.    Peringkat Kebangsaan.
( iii )   Penganjuran Program

a.    Peringkat Daerah akan dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah
b.    Peringkat Negeri akan dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri
c.    Peringkat Kebangsaan akan dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama JPN tuan rumah

( iv)    Aturcara Program

a.    Hari Pertama : Pendaftaran, taklimat dan cabutan undi giliran
b.    Hari Kedua : Pertandingan Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah
c.    Hari Ketiga : Lawatan, raptai majlis penutupan dan majlis penutupan
d.    Hari Keempat : perjalanan pulang

( iv )   Kos Program

Anggaran kos untuk menganjurkan program ini di peringkat kebangsaan adalah seperti berikut;

Bil
Perkara / Objek Sebagai
Perincian Kos
Jumlah
1
OS42000 – Penginapan dan makan minum murid
RM61.00 x 12 murid x 16 kontinjen x 3 hari penuh
RM 35,136.00
2
OS42000 – Perjalanan murid (Semenanjung)
RM100 x 12 murid x 16 kontinjen
RM 19,200.00
3
Os42000 – Perjalanan murid (Sabah, Sarawak dan WP Labuan)
RM1000.00 x 12 murid x 3 kontinjen
RM 36,000.00
4
OS21000 – Perjalanan Pegawai Kontinjen (1 ketua kontinjen dan 2 guru pengiring)
RM150.00 x 3 peg x 16 negeri x 2 hala
RM 14,400.00
5
OS29000 – Penginapan dan makan minum pegawai kontinjen
RM120.00 x 3 peg x 16 negeri x 3 hari penuh
RM17,280.00
6
OS21000 – Perjalanan Hakim dan Urusetia Kehakiman
RM200.00 x 30 pegawai x 2 hala (20 hakim + 10 urusetia)
RM 12,000.00
7
OS29000 – Penginapan dan makan minum hakim dan urusetia kehakiman
RM120.00 x 30 peg x  3 hari penuh
RM 10,800.00
8
OS29000 – Penginapan tetamu dari KPM dan JPN
RM120.00 x 30 peg x 3 hari (twin sharing)
RM160.00 x 30 peg x 3 hari (single room)
RM 25,200.00
9
OS42000 – Hadiah peserta
RM3,000.00 – johan
RM2,000.00 – kedua
RM1,500.00 – ketiga
RM700.00 – saguhati x 13 pasukan

RM 15,600.00
10
OS27000 – Peralatan (Publisiti dan Persiapan tempat)
RM200.00 x 5 banner RM80.00 x 30 bunting

RM 3,400.00
11
OS24000 – Sewaan
RM 5,000.00 (alat siaraya)
RM 5,000.00 (dewan)
RM 10,000.00
12
Percetakan
RM4.00 x 500 buku program
RM1.50 x 300 keping tag nama
RM 2,450.00
Jumlah Keseluruhan
RM184,466.00

Anggaran kos untuk menganjurkan program ini di peringkat negeri adalah seperti berikut;

Bil
Perkara / Objek Sebagai
Perincian Kos
Jumlah
1
OS42000 – Makan minum murid
RM16.00 x 12 murid x 9 daerah x 1 hari penuh
RM 1,728.00
2
OS29000 – Makan minum pegawai pengiring
RM22.50 x 3 peg x 9 daerah x 1 hari penuh
RM 607.50
3
OS29000 – Makan minum pegawai bertugas
RM22.50 x 80 peg x 1 hari penuh
RM 1,800.00
4
OS21000 – Perjalanan Hakim dan Urusetia Kehakiman
RM50.00 x 30 pegawai x 2 hala (20 hakim + 10 urusetia)
RM 3,000.00
5
OS29000 – Penginapan dan makan minum hakim dan urusetia kehakiman
RM100.00 x 30 peg x  1 hari penuh
RM 3,600.00
6
OS42000 – Hadiah peserta
RM1,000.00 – johan
RM700.00 – kedua
RM500.00 – ketiga
RM200.00 – saguhati x 6 pasukan
RM 3,400.00
7
OS27000 – Peralatan (Publisiti dan Persiapan tempat)
RM200.00 x 2 banner RM80.00 x 15 bunting

RM 1,600.00
8
OS24000 – Sewaan
RM 3,000.00 (alat siaraya)
RM 1,000.00 (dewan)
RM 4,000.00
9
OS29000 – Percetakan
RM3.00 x 200 buku program
RM 600.00
Jumlah Keseluruhan
RM 20,335.50
Jumlah Keseluruhan Peruntukan ke JPN
(RM20,335.50 x 16 JPN)
RM 325,368.00


* Anggaran kos untuk menganjurkan program ini di peringkat kebangsaan dan negeri adalah seperti berikut;

Kos Kebangsaan + Kos Negeri       = RM 184,466.00 + RM 325,368.00
                                                                             = RM 509,834.00


15      Cadangan Giliran Tuan Rumah

Bil
Tahun
Negeri Tuan Rumah
1
2008
Johor
2
2009
Selangor
3
2010
Pahang
4
2011
Perlis
5
2012
Melaka
6
2013
Negeri Sembilan
7
2014
Pulau Pinang
8
2015
WP Putrajaya
9
2016
WP Kuala Lumpur
10
2017
WP Labuan
11
2018
Kelantan
12
2019
Sarawak
13
2020
Terengganu
14
2021
Sabah
15
2022
Perak
16
2023
Kedah


16      Jawatankuasa Induk

16.1       Penaung Bersama
Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia

16.2       Penasihat
Y.Bhg Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

16.3       Pengerusi
Y.Bhg Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

16.4       Timbalan Pengerusi
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Islam dan Moral)
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Kementerian Pelajaran Malaysia

16.5       Setiausaha
Pengarah
Bahagian Dakwah dan Kepimpinan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

16.6       Timbalan Setiausaha
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Dakwah dan Kepimpinan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

16.7       Ahli Jawatankuasa

a.    Pengarah Bahagian Pengurusan JAPIM
b.    Pengarah Bahagian Kurikulum JAPIM
c.    Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JAPIM
d.    Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat KPM
e.    Pengarah JPN Perlis
f.     Pengarah JPN Kedah
g.    Pengarah JPN Pulau Pinang
h.    Pengarah JPN Perak
i.      Pengarah JPN Selangor
j.     Pengarah JPN Melaka
k.    Pengarah JP Negeri Sembilan
l.      Pengarah JPN Johor
m.  Pengarah JPN Kelantan
n.    Pengarah JPN Terengganu
o.    Pengarah JPN Pahang
p.    Pengarah JPN Sabah
q.    Pengarah JPN Sarawak
r.     Pengarah JPWP Kuala Lumpur
s.    Pengarah JPWP Putrajaya
t.     Pengarah JPWP Labuan


17      Jawatankuasa Penyelaras

17.1       Penasihat
Y.Bhg Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

17.2       Pengerusi
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Islam dan Moral)
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Kementerian Pelajaran Malaysia


17.3       Timbalan Pengerusi
Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Kementerian Pelajaran Malaysia

17.4       Naib Pengerusi 1
Pengarah
Bahagian Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, JAPIM

17.5       Naib Pengerusi 2
Pengarah
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, JAPIM

17.6       Naib Pengerusi 3
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Kementerian Pelajaran Malaysia

17.7       Setiausaha
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Dakwah dan Kepimpinan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

17.8       Timbalan Setiausaha
Penolong Pengarah
Bahagian Dakwah dan Kepimpinan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

17.9       Ahli Jawatankuasa

a.    Ketua Sektor SPPIM JPN Perlis
b.    Ketua Sektor SPPIM JPN Kedah
c.    Ketua Sektor SPPIM JPN Pulau Pinang
d.    Ketua Sektor SPPIM JPN Perak
e.    Ketua Sektor SPPIM JPN Selangor
f.     Ketua Sektor SPPIM JPN Melaka
g.    Ketua Sektor SPPIM JP Negeri Sembilan
h.    Ketua Sektor SPPIM JPN Johor
i.      Ketua Sektor SPPIM JPN Kelantan
j.     Ketua Sektor SPPIM JPN Terengganu
k.    Ketua Sektor SPPIM JPN Pahang
l.      Ketua Sektor SPPIM JPN Sabah
m.  Ketua Sektor SPPIM JPN Sarawak
n.    Ketua Sektor SPPIM JPWP Kuala Lumpur
o.    Ketua Sektor SPPIM JPWP Putrajaya
a.    Ketua Sektor SPPIM JPWP Labuan


18   Jawatankuasa Pengelola

18.1       Penasihat
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Islam dan Moral)
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Kementerian Pelajaran Malaysia

18.2       Pengerusi 1
Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri (Tuan Rumah)

18.3       Pengerusi 2
Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Kementerian Pelajaran Malaysia

18.4       Setiausaha
Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral
JPN Tuan Rumah

18.5       Timbalan Setiausaha
Penolong Pengarah Dakwah
JPN Tuan Rumah

18.6       Ahli Jawatankuasa

a.      Semua Ketua Sektor JPN Tuan Rumah
b.      Penolong Pengarah Kurikulum SPPIM JPN Tuan Rumah
c.      Penolong Pengarah Pengurusan SPPIM JPN Tuan Rumah
d.      Semua Pegawai Pelajaran Daerah/Gabungan JPN Tuan Rumah


19      Perkara Yang Dipohon

Bahagian ini memohon pertimbangan dan kelulusan ahli Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan Pertandingan Kompang Selawat dan Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Kali Pertama Tahun 2008 bagi peringkat Kebangsaan dan Negeri.


Disediakan oleh:


Bahagian Dakwah dan Kepimpinan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Kementerian Pelajaran Malaysia

Tarikh Ogos  2007

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara