Social Icons

-

Thursday, August 8, 2013

Pro-ELT Kursus Professional Up-Skilling for English Language Teachers

Kursus ditawarkan tingkat kompetensi ilmu keguruan cikgu BI

Seremban: Kementerian Pendidikan bertindak proaktif untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kompetensi ilmu keguruan guru bahasa Inggeris (BI) dengan memperkenalkan kursus Professional Up-Skilling for English Language Teachers (Pro-ELT).

Pro-ELT yang dikendalikan British Council ialah kursus kefasihan BI bagi membantu penguasaan bahasa itu sekali gus dapat menyampaikan pengajaran yang berkesan kepada pelajar.
 
Pengarah Pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC) Kementerian Pendidikan, Dr Ranjit Singh Gill, berkata selepas pelaksanaan Cambridge Placement Test (CPT) kepada 61,000 guru BI tahun lalu, kementerian menetapkan sasaran kefasihan guru BI opsyen sekolah rendah adalah Band B2 (pengguna bebas) dan guru opsyen sekolah menengah, Band C1 (pengguna mahir/cekap).


Katanya, guru BI sekolah menengah yang memperoleh Band B2 dan B1 serta guru sekolah rendah yang mencapai Band B1, perlu menghadiri kursus Pro-ELT. Matlamat kerajaan ialah menjelang 2016 semua guru BI berada di Band C1.

Tak wajib ikuti Pro-ELT

Sementara itu, katanya guru bukan opsyen BI yang berada pada tahap pengguna asas (Band A1 dan A2), tidak diwajibkan mengikuti program Pro-ELT kerana mereka akan mengajar subjek opsyen asal mereka.

“Bagi memastikan tahap kefasihan BI seseorang guru adalah tepat dan betul, CPT digunakan sebagai tapisan pertama.
“Tapisan kedua pula ialah ujian APTIS British Council yang mengukur empat kemahiran serta pengetahuan bahasa yang dikuasai guru berkenaan. Kedua-dua ujian itu diiktiraf pada peringkat antarabangsa, iaitu Common European Framework of Reference (CEFR),” katanya.

Dr Ranjit berkata, ini bagi memastikan guru yang dikenal pasti untuk mengikuti Pro-ELT ialah mereka yang memerlukan latihan bagi memantapkan kemahiran serta pengetahuan BI.

Katanya, Pro-ELT dilaksanakan mengikut beberapa fasa dengan fasa pertama dijalankan selama 44 minggu mulai November tahun lalu di Kelantan, Pahang dan Melaka serta mulai Januari lalu di Kedah dan Terengganu, dan di semua negeri mulai Februari.

Sebagai permulaan, katanya 5,010 guru mengikut program itu pada fasa pertama dan 9,000 lagi
akan menghadiri kursus 480 jam, September ini.

Dilaksana secara mod kluster

“Latihan dilaksanakan secara mod kluster dengan memastikan wujud bilangan sekolah mencukupi dalam lingkungan 25 kilometer. Ini membolehkan guru berkenaan menghadiri program secara berkelompok selepas waktu persekolahan.

“Langkah yang memudahkan guru ini juga bertujuan memastikan pembelajaran murid tidak terjejas,” katanya.

Beliau berkata, dua komponen utama program ini ialah interaksi secara bersemuka dan digital de-ngan setiap komponen mengambil masa 240 jam.

Katanya, program itu tidak membebankan guru atau mengganggu waktu guru bersama keluarga kerana tidak diadakan pada waktu malam atau hujung minggu.

“Malah, semua tenaga pengajar kursus dari beberapa negara termasuk Britain, Kanada, Afrika Selatan dan New Zealand, adalah berpengalaman,” katanya.

Beliau berkata, salah satu kekuatan utama program ini adalah bahan latihan. Walaupun bahan direka untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris guru-guru, kandungan diambil daripada ELT pedagogi.

Ini memberikan surrender value yang tinggi kepada kursus ini kerana guru mudah dapat mengaplikasi apa yang mereka peroleh semasa sesi latihan di kelas bahasa Inggeris mereka.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara