Social Icons

-

Friday, August 9, 2013

Sekolah Imtiyaz

Dalam Bahasa Arab, ‘imtiaz’adalah bermaksud kecemerlangan. Penubuhan Sekolah Menengah ‘imtiaz’ adalah hasil cetusan idea Dato’ Seri Idris Bin Jusoh (pada ketika itu adalah Timbalan Menteri Pembangunan) pada 31 Mei 1996. Ianya merupakan kesinambungan daripada program ‘Pintar Quran’ (Quranic Excellence) yang telah dijalankan di Besut, Terengganu. Satu sesi percambahan fikiran seterusnya telah diadakan di Hyatt Regency Saujana Hotel, Subang pada 23 November 1996 yang telah dihadiri oleh ahli-ahli akademik, guru-guru agama dan ahli-ahli profesional.

Sehubungan dengan itu pada tahun 1996 Dato’ Seri Idris bin Jusoh telah mencadangkan penubuhan sekolah ini kepada pihak MARA (MRSM). Sesi ‘Brainstorming’ dengan professional (ahli Akademik) juga diadakan dan lawatan ke luar negara iaitu United Kingdom, Dubai dan Canada juga dilakukan untuk merealisasikan cita-cita murni ini.

Pada tahun 1997 hingga 1998 beliau telah mencari kawasan (tapak), guru-guru yang berminat dan sumber kewangan untuk menubuhkan sekolah ini. ‘imtiaz’– School Of Excellence mula beroperasi pada 9 Januari 1999 dengan kemasukan 7 orang pelajar baru.

Matlamat utama penubuhan ‘imtiaz’sebagai sebuah sekolah Agama Bestari adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan hanya cemerlang dalam bidang agama dan akademik, tetapi juga menguasai bidang Sains, Matematik, ICT, Kemahiran Bersosialisasi serta Kepimpinan. ‘imtiaz’ – School of Excellence juga sebuah sekolah swasta yang berdaftar Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Peraturan-Peraturan Pendididikan (Institusi Pendidikan) 1997 No. Perakuan Pendaftaran T2B 0062.

Penekanan diberikan kepada hafazan Al-Quran, penguasaan Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin dan pendedahan kepada Sains dan Teknologi serta penggunaan kaedah pembelajaran ‘Super Learning’ yang akan melahirkan pelajar-pelajar ‘Soleh Pintar’ yang cemerlang dalam semua bidang dan mempunyai peribadi muslim yang unggul. Penggabungan sistem pembelajaran berfokuskan Al-Quran, Pembangunan Sahsiah dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang terdapat di‘imtiaz’menjadikan ianya sebagai satu-satunya Sekolah Agama Pintar (Religous Smart School) yang ulung di negara ini. Dalam konteks ini penekanan juga diberikan kepada:


    Hafazan Al-Quran
    Penguasaan Bahasa-Bahasa Asing
    Sains dan Teknologi (ICT)


Di samping itu juga pihak pengurusan‘imtiaz’ telah mengadakan lawatan ke Maahad Al Zaytun, Haurgeulis, Indramayu Indonesia pada tahun 2000 dan Islamic College di Cape Town, Afrika Selatan pada tahun 2001 sebagai satu tinjauan awal untuk memperkemaskan lagi sistem‘imtiaz’. Pada tahun 2002, sekolah ini telah didaftarkan sebagai Sekolah Menengah Agama‘imtiaz’ mengikut kaedah-kaedah pendaftaran dan kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1988 – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, bagi menjalankan kurikulum agama dan hafazan Al-Quran.

Manakala pada tahun 2003,‘imtiaz’ telah didaftarkan sebagai sebuah sekolah swasta dan diuruskan oleh Yayasan Ehsan –No. Syarikat 302781- x – bagi menawarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pada tahun 2004, pengurusan‘imtiaz’telah diserahkan secara rasminya kepada Yayasan Terengganu . Pada tahun 2006, sekolah ini telah diuruselia oleh Integrity Icon Sendirian Berhad, anak syarikat Yayasan Terengganu dan diiktiraf sebagai sekolah berasrama penuh kerajaan Negeri Terengganu .

Akhirnya, pada tahun 2007, ‘imtiaz’didaftarkan sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara