KOTA BHARU -Tiada istilah membazir dalam membantu perkembangan
pendidikan awal kanak-kanak yang dilaksanakan menerusi program Permata
Negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kurikulum dan Penyelidikan Majlis
Permata Negara, Datuk Profesor Dr Aminah Ayob berkata, pendidikan
anak-anak tidak boleh dianggap membazir dan ia tidak sama seperti
mewujudkan tempat-tempat hiburan termasuk karaoke.
Menurutnya, pihak tertentu tidak boleh melihat setiap pelaksanaan yang
dilakukan oleh kerajaan dalam memberi keutamaan kepada pendidikan
anak-anak sebagai pembaziran.
“Segala pendidikan ini adalah sangat berguna untuk anak-anak kita dan
sekarang ini secara jelasnya reaksi daripada ibu bapa juga amat positif.
“Ibu bapa memaklumkan anak-anak mereka yang mengikuti program ini
dilihat tingkah laku lebih baik daripada sebelumnya, boleh berdikari dan
lebih yakin,” katanya ketika ditemui sempena Seminar Kebangsaan
Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2012 di sini, semalam.
Penutupan program yang berlangsung selama tiga hari itu disempurnakan
oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Institusi Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) Dr Baiduriah Yaakub.
Aminah berkata, setakat ini terdapat lebih 23,000 kanak-kanak mengikuti
program tersebut di lebih 680 pusat Permata Negara seluruh negara.
Dalam masa sama berdasarkan keberkesanan kurikulum di bawah Permata
Negara itu beliau mencadangkan supaya peruntukan dapat dipertingkatkan
lagi dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Baiduriah berkata, sehubungan itu juga, IPGM bukan sahaja melatih
pendidik untuk pra sekolah tetapi khusus pendidikan awal kanak-kanak
bermula tahun 2014 dan pengambilan bagi Diploma Lepasan Ijazah dilakukan
pada Januari tahun ini.
salam mcm ne nk join permata negara yer?? berminat sgt
ReplyDelete