Pages

Pages

Pages - Menu

Wednesday, June 6, 2012

Akademi KRU (KRU Academy)


PENGENALAN
KRU merupakan salah sebuah syarikat peneraju bidang media dan hiburan di Malaysia. Ditubuhkan pada 1992, KRU menerbitkan pelbagai jenis media dalam bentuk filem, animasi, program televisyen dan muzik, sehingga berjaya memperoleh anugerah dan pengiktarafan dari dalam dan luar negara bagi kerja penerbitan yang telah dihasilkan.
Melalui KRU Academy, kami bukan sahaja mahu merealisasikan harapan dalam membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi menyokong pelan domestik dan antarabangsa KRU, bahkan juga membangunkan sumur bakat yang berterusan bagi industri media dan hiburan Malaysia secara amnya. Bakat yang berkualiti akan membolehkan industri tempatan mencapai taraf kualiti penerbitan yang setara dengan yang terbaik di dunia sekaligus menyokong pelan kerajaan bagi mentransformasikan  ekonomi kepada  status  negara berpendapat tinggi.

PENUBUHANNYA
KRU Academy adalah kolej professional yang mengkhusus kepada kemahiran yang berkaitan dengan industri media dan hiburan. Hasrat kami adalah untuk membenihkan inovasi dan kreativiti, menambah kemahiran dan juga meningkatkan bilangan bakat dalam industri kreatif tempatan.
Dengan menerima pakai kaedah latihan praktikal, setiap kursus dibangunkan dan direka oleh pakar dalam industri kreatif, dan selari dengan pembangunan terkini dan juga amalan terbaik industri media dan hiburan, secara global. Tambahan pula, panel penasihat KRU Academy adalah terdiri daripada panel profesional dari kedua-dua organisasi tempatan dan antarabangsa.

Misi & Visi
Visi
KRU Academy mensasarkan untuk menjadi kolej profesional terpilih di Asia Tenggara yang mengkhusus kepada kursus-kursus berkaitan dengan industri media dan hiburan, dengan memberi penekanan kepada persekitaran kerja yang sebenar dan prasarana berdasarkan amalan semasa yang terbaik di peringkat global.

Misi
Melahirkan tenaga kerja yang khusus dan berkemahiran tinggi dalam industri media dan hiburan melalui pengalaman pembelajaran yang berkualiti dan juga kerjasama berterusan dengan organisasi, industry profesional, pensyarah berpengalaman dan juga para pelatih dari serata dunia.

Board Of Directors

Panel Penasihat
Panel Penasihat Luar


Panel Penasihat Dalam


Pihak Pengurusan
Timbalan Presiden Akademik – Hezrey Shariff
Hezrey Shariff mempunyai 14 tahun pengalaman kerja dalam bidang multimedia interaktif dan pendidikan. Beliau juga telah terbabit  dalam pengurusan dan perancangan projek,juru runding kreatif, pembangunan akademik dan kursus-kursus berkenaan tentang pendidikan dan latihan am.

Beliau merupakan juru animasi 2D terlatih, juga seorang yang telah menetap,belajar, mengikuti latihan dan bekerja di Malaysia, Australia, United Kingdom, Canada dan Afrika. Beliau merupakan bekas pelajar Rekaan Grafik Universiti Teknologi Mara dari tahun 1993 ke 1995.Beliau telah menyambung pelajaran beliau ke peringkat Sarjana Muda Animasi di Newport Film School, University of Wales Newport, United Kingdom.

Beliau adalah ahli jawatankuasa Persatuan Animasi Malaysia semenjak tahun 2008.  Selain terlibat dengan industri, beliau juga adalah pelatih yang diperakui oleh PSMB/HRD dan telah dilatih untuk menjadi School Manager di Limkokwing University, RMIT University, Swinburne University di Australia dan juga Sheridan College, Canada.

Lecturers & Coaches
Our lecturers have the combined 107 years of lecturing experiences in various private universities and certified by the Department of Skills Development, Ministry of Human Resources.
Rakan Kongsi


Lembaga Akreditasi – MLVK
Untuk menjadi pemimpin bertaraf dunia dalam pembangunan kemahiran dan sumber manusia.
Membangunkan tenaga mahir dan sumber manusia yang kompetetif.




Penyedia prasarana – MDEC
MDEC telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat Malaysia. Ianya dimiliki dan dibiayai kerajaan Malaysia. MDEC mengabungkan kecekapan keusahawanan dan keberkesanan sektor swasta dengan kuasa membuat keputusan oleh agensi kerajan berprofil tinggi.


Penasihat Akademik – Universiti Multimedia
Universiti Multimedia (MMU), adalah institut pengajian tinggi yang dibangunkan melalui Universiti Telekom Sdn. Bhd. (UTSB), dan dimiliki sepenuhnya oleh Telekom Malaysia. Ianya ditubuhkan untuk memenuhi usaha murni dan juga tanggungjawab sosial korporat – menyahut cabaran untuk mendidik generasi pelapis pemimpin negara dan juga tenaga pekerja berpengetahuan tinggi. Sebagai universiti swasta pertama di  Malaysia, MMU telah membangunkan model asas berdasarkan kejayaan MMU menubuhkan universiti swasta di Malaysia. Ini telah membuka ruang kepada kepesatan pertumbuhan sektor institut pengajian tinggi swasta negara. Memandangkan ianya dibina di pusat pentadbiran MSC, MMU juga berperanan menjadi pemangkin pembangunan industri ICT berteknologi tinggi negara, selari seperti model Lembah Silicon – Stanford di Amerika Syarikat.




Penyedia Perisian Animasi 2D – TOON BOOM ANIMATIONS
Toon Boom Animation Inc  adalah peneraju dunia bagi kandungan digital, perisian penghasilan animasi, juga memberikan khidmat jualan produk dan servis secara talian kepada komuniti global. Toon Boom mempunyai aplikasi mudah guna untuk semua, samada pengguna kanak-kanak, pengguna domestik, pengguna bidang kreatif profesional dan juga kepada pelajar, pendidik dan pertubuhan akademik. Toon Boom memberikan dedikasi sepenuhnya kepada bidang pendidikan dan sentiasa berusaha untuk membangunkan teknologi dan kurikulum yang akan meningkatkan pengalaman pembelajaran. Toon Boom sangat berpengaruh dalam menghubungkan industri kreatif dengan komuniti akademik, untuk menjalankan usahasama yang membolehkan pelajar-pelajar mencapai matlamat mereka.

Untuk keterangan lanjut layari laman web Akademi KRU

No comments:

Post a Comment