Pages

Pages

Pages - Menu

Wednesday, June 6, 2012

Biasiswa Majlis Raja-Raja


Sejarah Biasiswa Majlis Raja-Raja
Kumpulan Wang Biasiswa Raja-Raja (Kumpulan Wang) ditubuhkan pada 31 Ogos 1949 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-8. Selaras dengan itu, satu peraturan telah dibuat dan dinamakan Peraturan-Peraturan Kumpulan Wang Biasiswa Raja-Raja. Mesyuarat Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Raja-Raja ditukar kepada Kumpulan Wang Biasiswa Raja-Raja dan Gabenor-Gabenor. Pada 12 Mei 1983, satu akta iaitu Akta 284 telah diwartakan dan dinamakan Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua Yang di-Pertuan Negeri. Kawalan dan pengurusannya diletakkan dibawah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang juga setiausaha kepada Lembaga Kumpulan Wang.

Lembaga Kumpulan Wang ini mengikut seksyen 5 (1) Akta 284 adalah terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat orang anggota yang dilantik oleh Majlis dari antara Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi tempoh dua tahun dan layak untuk dilantik semula. Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Lembaga dan bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun dan dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi dan dua orang anggota adalah menjadi korum. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja adalah menjadi Setiausaha Lembaga.

Bagi tahun 2009, Lembaga Kumpulan Wang adalah terdiri daripada :-

1. YAB Menteri Besar Negeri Sembilan  - Pengerusi
2. YAB Menteri Besar Pahang      - Ahli
3. YAB Menteri Besar Perak          - Ahli
4. YAB Menteri Besar Selangor    - Ahli
5. YAB Ketua Menteri Melaka       - Ahli

lah memberi biasiswa, dermasiswa, bantuan kewangan dan lain-lain bantuan kepada pelajar-pelajar yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam untuk mengikuti pegajian Ijazah Pertama sahaja. Jumlah penuntut yang telah ditawarkan biasiswa adalah terad mengikut kemampuan yang ada. Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/Matrikulasi sahaja. Calon-calon untuk ditawarkan adalah dalam pelbagai bidang pengajian seperti perubatan, teknologi, sains dan sastera. Kesemua calon adalah diterima dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Biasiswa Majlis Raja-Raja
Biasiswa Kumpulan Wang telah mulai dikeluarkan pada tahun 1967 kepada tiga orang pelajar dan kadar bayaran adalah mengikut biasiswa JPA.  Buat masa ini (tahun 2009) seramai 36 penuntut sedang menuntut di 10 buah IPTA dan pengambilan baru bagi sesi 2009/2010 adalah seramai 15 orang. Bayaran biasiswa oleh Lembaga Kumpulan Wang adalah mengikut kadar bayaran yang sama dibuat oleh JPA dengan tambahan RM200 setiap penuntut. Jumlah keseluruhan penuntut yang diambil mulai tahun 1967 hingga tahun 2009 berjumlah 356 penuntut. Senarai Penerima Biasiswa Majlis Raja-raja sila klik sini

No comments:

Post a Comment