Pages

Pages

Pages - Menu

Wednesday, August 1, 2012

Dana Pendidikan Untuk Kemboja

PUTRAJAYA 27 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengajak masyarakat Islam negara ini menyertai program wakaf dan korban bagi mengisi Dana Pendidikan Umat Islam di Kemboja.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, penyertaan itu bertujuan menampung kos pembinaan Kompleks Pendidikan Umat Islam Kemboja di Phnom Penh, Kemboja sebanyak RM6 juta selain membantu operasi pendidikan Islam di negara itu.

Beliau yang juga Penasihat Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) Jakim berkata, dengan cara itu juga umat Islam di negara ini berpeluang membantu rakyat Islam Kemboja memperbaiki taraf hidup.
‘‘
Program tersebut anjuran PKPU Jakim dengan kerjasama Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) yang telah dimulakan sejak 2009 lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Korban Dan Wakaf di Kemboja dan Vietnam 2012 di sini hari ini.

Turut hadir Dipertua PKPU, Mohamad Nordin Ibrahim dan Presiden CMIA, Mohd. Farid Hosen, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Cawangan Inovasi dan Ketamadunan), Mat Radzi Mat Ali dan Ketua Penolong Pengarah Keluarga, Bahagian Sosial dan Komuniti, Dr. Abdul Ghaffar Surip.

Menurut Othman, selain penyertaan korban dan wakaf melalui PKPU, masyarakat Islam juga digalakkan menyertai program seumpama itu anjuran badan-badan bukan kerajaan (NGO) atau masjid-masjid.
‘‘
Kita mengalu-alukan kebajikan sebegini yang akan dibuat di negara-negara lain," katanya.
Sementara itu, Nordin berkata, PKPU menyasarkan menerima 400 ekor lembu korban tahun ini dengan 350 ekor akan diberikan kepada Kemboja bagi mengisi dana pendidikan dan selebihnya untuk masyarakat Islam di tujuh perkampungan di Vietnam.

Beliau berkata, harga korban seekor lembu ialah RM1,820 atau RM260 satu bahagian manakala harga korban seekor kambing ialah RM600.

No comments:

Post a Comment