Pages

Pages

Pages - Menu

Wednesday, August 1, 2012

PERTANDINGAN Chef Remaja


PERTANDINGAN Chef Remaja anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Nestle Products Sdn. Bhd. mendapat sambutan menggalakkan dan berjaya memupuk minat pelajar kepada kerjaya sebagai Chef atau tukang masak profesional.

Ketua Unit, Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Ramli Yahya berkata, pertandingan memasak ini yang diperkenalkan sejak 1977 dapat memupuk murid memilih elektif ekonomi rumah tangga (ERT) khususnya dalam bidang masakan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
"Pertandingan ini mendapat sambutan baik daripada pelajar yang berhasrat menjadikan bidang masakan sebagai satu kerjaya di samping menimbulkan kesedaran mendalam terhadap masakan berkhasiat dan pemakanan seimbang dalam kehidupan," katanya selepas pertandingan itu di Maran, Pahang baru-baru ini.

Pada pertandingan peringkat negeri Pahang itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK ) Seri Bahagia, Temerloh muncul johan untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan di Selangor pada Oktober depan.

Johan membawa pulang wang tunai RM1,000, pingat, lima hamper produk Maggi dan dapur masak Portable.

Manakala naib juara disandang oleh SMK Perwira Jaya, Rompin yang menerima wang tunai RM500, pingat dan produk hamper Maggi.

SMK Perwira Jaya turut merangkul juara masakan kategori pertandingan Maggi Kreatif.
Tempat ketiga dimenangi SMK Pandan, Kuantan yang mendapat wang tunai sebanyak RM300, pingat, hamper berasaskan produk Maggi dan dapur masak Portable.

No comments:

Post a Comment