Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, August 4, 2012

Jeyarawara Pembestarian Sekolah


KEPALA BATAS 25 April - PENGURUS Kanan Jabatan Sekolah Bestari Pebadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) Dr, Norrizan Razali pernah menekankan bahawa, pelajar bukanlah isu yang besar kepada pelaksanaan dasar pembestarian sekolah.

Isu yang perlu ditangani - yang akan menentukan berjaya atau gagalnya program pembestarian sekolah ialah penerimaan dan persepsi ibu bapa, pentadbir sekolah dan masyarakat setempat.
Bertitik tolak kepada kepercayaan itu. MDeC memulakan gerakan Jeyarawara Pembestarian Sekolah ke enam buah negeri mulai tahun ini. Jeyarawara merupakan istilah nusantara bagi perkataan bahasa Inggeris roadshow atau istilah umumnya, jelajah.

Bagi tujuan itu, Pulau Pinang menjadi negeri pertama, dengan tuan rumah dipilih ialah SMKA Al-Irshad, sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan, baru-baru ini. Tahniah kepada MDeC yang menjalankan inisiatif tersebut, yang berjaya menarik perhatian masyarakat setempat,melalui penyusunan pelbagai aktivti dan pameran oleh beberapa rakan kongsinya.
Isu seperti memupuk perasaan saling percaya mempercayai antara ibu bapa, guru dan pihak sekolah, menyemarakkan semangat perkongsian dan menambah pengetahuan, menjadi inti pati kepada program Jeyarawara.

No comments:

Post a Comment