Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, August 4, 2012

Membangun akademik, membentuk sahsiah



IBU bapa perlu memberikan tumpuan kepada pembangunan akademik dan  pendidikan sahsiah anak jika mahu hidup mereka berjaya dalam pelbagai bidang, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Menteri Pertahanan itu, pembangunan akademik dan pendidikan sahsiah dianggap sebagai pelaburan sumber manusia jangka masa panjang yang boleh memberi keuntungan kepada rakyat dan negara.
“Sehubungan itu, kerajaan sentiasa menyediakan peruntukan besar setiap tahun bagi memastikan pembangunan pendidikan dapat berjalan lancar mengikut matlamat dirancangkan,” katanya ketika merasmikan Seminar Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Sekolah Menengah Sains (SMS) Bagan Datoh, Perak, baru-baru ini.

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Orange Training Sdn Bhd, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Seminar itu diadakan untuk membantu pelajar merangka pelan pembelajaran strategik dan memenuhi syarat-syarat untuk mencipta kejayaan yang diimpikan, membantu ibu bapa memberikan fokus dalam menyusun strategi, merancang aktiviti dan mengubah minda demi menuju satu matlamat iaitu kecemerlangan anak-anak.
Kata Alimudin, program berkenaan turut membantu pihak sekolah melaksanakan agenda transformasi bagi meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar dalam keputusan peperiksaan melalui aktiviti yang konsisten, merapatkan hubungan dua hala antara organisasi korporat, pertubuhan politik dan Jabatan Pelajaran dalam usaha membantu anak-anak bangsa mencapai kecemerlangan di samping menerapkan nilai-nilai serta dasar 1Malaysia kepada seluruh lapisan masyarakat bagi membentuk dan mengukuhkan perpaduan kaum.

“Tidak bersemangat belajar, hilang motivasi cemerlang, sikap sekadar cukup makan dan tanpa mempunyai hala tuju yang jelas adalah  antara faktor pelajar mendapat keputusan yang lemah dalam setiap peperiksaan.
“Merancang untuk berjaya dan membuat perubahan merupakan elemen terpenting bagi setiap individu kerana kejayaannya bergantung kepada sejauh mana ia mampu melakukan perubahan demi mencapai kecemerlangan,” tegasnya.

Beliau menambah, pelajar yang cemerlang adalah golongan remaja yang  mempunyai disiplin tinggi, bermatlamat dan berusaha gigih setiap hari tanpa jemu.

No comments:

Post a Comment