Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, August 11, 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)


BERA 11 Ogos - Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang membolehkan 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menikmati potongan harga sehingga 60 peratus boleh digunakan apabila sesi akademik 2012/2013 bermula September ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tawaran diskaun itu melibatkan lebih 100 syarikat yang mengambil bahagian termasuk pasar raya, kedai sukan, kedai cermin mata, kedai buku, restoran makanan segera dan sebagainya.

Katanya, kad tersebut diperkenalkan bagi membolehkan penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) membeli-belah dengan harga berpatutan mengikut kemampuan sekali gus meringankan beban mereka.

''Sewaktu KDS1M dilancarkan bulan lalu, hanya 50 syarikat terlibat, kini lebih 100 syarikat menyatakan persetujuan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 182 pelajar di kawasan Parlimen Bera, di sini hari ini.

----------------------------------------------------------

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) telah dilancarkan oleh KPDNKK beberapa hari yang lepas dengan menawarkan potongan harga kepada semua penggunanya; pelajar IPTA dan juga IPTS. Pelajar dengan jangka masa pengajian satu tahun dan ke atas layak memohon dan akan diberikan secara percuma. IPG pun layak memohon, ini yang best.

Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih seperti buku dan alat tulis, kelengkapan sukan / peralatan / pakaian, klinik kesihatan / optometri / cermin mata, makanan / minuman, penginapan, salun / pusat / produk kecantikan, produk IT dan lain-lain; tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

Cara Memohon Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia
  • Pelajar tidak perlu membuat permohonan. KDS1M akan disalurkan secara automatik kepada pelajar melalui pihak pentadbiran IPT masing-masing setelah kementerian / Agensi / IPT mengemukakan maklumat pelajar yang lengkap kepada Bank Rakyat bagi membolehkan pelajar mendapat KDS1M. (Nama, No. KP, No. Matrik, Jantina, Nama IPT, Peringkat Pengajian, Tempoh Pengajian, Tahun Pengajian Semasa, Tahun Tamat Pengajian, Alamat Rumah, Emel dan No. Telefon Bimbit).

No comments:

Post a Comment