Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, August 11, 2012

PENGURUSAN MAJLIS RASMI SEKOLAH


1.DEFINISI MAJLIS RASMI 
Suatu majlis, upacara, keramaian, perjumpaan yang diadakan di sekolah / pejabat dengan diperakukan oleh kerajaan, jabatan atau organisasi. Ia dijalankan dengan dengan lancar, elok, bersih dan tersusun  dari segi tugas, susun atur, program, pertuturan, pakaian dan sebagainya.


2. PEKELILING MAJLIS RASMI
2.1. Pekeliling Iktisas Bil.14/1988 bertarikh 18.7.1988
Tajuk : Keberangkatan DYMM Sultan / Raja / TYT Menghadiri Majlis Rasmi Sekolah
                Perenggan 1 menerangkan……
                “Majlis-majlis rasmi di sekolah ialah Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, Hari Ibubapa, Hari Terbuka, Hari Sukan dan Hari Perasmian Sekolah”.
                Perenggan 2 menyebutkan……
                “Ada di antara program berkenaan di hadiri oleh DYMM Sultan / Raja / TYT Di Pertua Negeri dan Orang-Orang Kenamaan, oleh kerana itu pihak sekolah perlu mengambil kira segala persiapan dalam memenuhi apa-apa juga tuntutan protokol dan istiadat”.



2.2.         Pekeliling Iktisas Bil.9/1991 bertarikh 12.9.1991
Tajuk :Permohonan Mengundang Orang-Orang  Kenamaan ke Upacara Sekolah / Institusi           Pendidikan.      

                Perenggan 2 menyebut……..
                Semua sekolah / institusi pendidikan yang ingin mengundang Pembesar Negeri atau Orang Kenamaan ke upacara pembukaan dan perasmian sekolah sahaja dikehendaki terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan. Undangan untuk upacara lain adalah mengikut peraturan yang sedia ada.
                Perenggan 3 menerangkan………
                Undangan kepada Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Pengarah Bahagian dan pegawai tinggi Kementerian lainnya hendaklah dibuat melalui Pengarah Pendidikan Negeri.

2.3.Pekeliling Iktisas Bil.10/1989 bertarikh  5.10.1989
Tajuk : Atur Cara Majlis Rasmi Sekolah
                Perenggan 1 menyebut…….. 
                Penyampaian Ucapan Oleh 3 Pihak Sahaja
                 i.     Pengerusi PIBG / Lembaga Pengurus Sekolah
                 ii.    Pengetua / Guru Besar
                iii.   Tetamu Kehormat
                Perenggan 2 pula menyatakan ……

Jika Majlis Dihadiri Oleh DYMM / TYT Maka Penyampaian Ucapan Seperti berikut;
                                 i.    Pengetua / Guru Besar
                                 ii.  Wakil Kementerian Pendidikan
                                 iii. Titah Ucapan Oleh DYMM / TYT


3. PERANCANGAN AWAL            
3.1.         Mendapatkan pandangan dan persetujuan  daripada Pegawai Pelajaran Daerah dan juga Pengarah Pelajaran  Negeri sekiranya Tetamu Kehormat terdiri daripada;
                i.    DYMM  Sultan
                                Tuan Yang Terutama        
                ii.   YAB Perdana Menteri
                                 YAB Timbalan Perdana Menteri
                                 YAB Menteri Besar        
                iii.  YB Menteri Pelajaran
                iv.  Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

3.2.         Kebenaran daripada Kementerian Pelajaran sekiranya Tetamu Kehormat ialah Pembesar Negeri / Orang Kenamaan (Rujuk Pekeliling Iktisas Bil.9/1991 Permohonan Mengundang Orang Kenamaan) untuk tujuan Perasmian Sekolah sahaja. Bagi program lain mengikut peraturan seperti yang sedia ada.
3.4.         Menyediakan surat jemputan kepada Tetamu Kehormat berkenaan (setelah dipersetujui oleh Pegawai Pelajaran  Daerah dan Pengarah Pelajaran Negeri) melalui;
                (Jemputan untuk PM / MB / M)
                *     Pegawai Pelajaran Daerah
                *     Pengarah Pelajaran Negeri
                *     Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

 Untuk maklumat selanjutnya download dokumen ini : Pengurusan Majlis Sukan

No comments:

Post a Comment