Pages

Pages

Pages - Menu

Thursday, August 23, 2012

Kolej Tentera Udara



Kolej Tentera Udara pada mulanya dipanggil Sekolah Latihan Penerbangan TUDM dalam tahun 1963 . Penubuhan tersebut adalah untuk mengambil alih Lapangan Terbang Alor Setar dari Tentera Udara Diraja British. Pada 1 Jul 1964, Sqn Ldr Fj Woodard seorang pegawai pinjaman dari RAF adalah pegawai memerintah yang pertama.

Pangkalan ini telah dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Hussain pada 10 Mei 1965. Pada tahun berikutnya, pada 21 Feb 1966,kuasa memerintah  pangkalan ini telah disandang oleh anak Malaysia bagi pertama kalinya. Beliau adalah Sqn Ldr Sulaiman bin Sujak.

Sejak penubuhannya, Sekolah Latihan Penerbangan ini telah mengalami beberapa perubahan penting.  Dalam tahun 1971 pangkalan ini telah mengambil alih kursus latihan lanjutan yang sebelumnya dijalankan di Kuala Lumpur.

Pada Jan 1978, Sekolah Latihan Jurulatih Penerbangan telah ditubuhkan di pangkalan ini. Ianya dikenali sebagai Institut Latihan Instruktor Terbang.  TUDM Alor Setar telah dinaikkan ke Kolej Tentera Udara. Lokasinya terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah Darul Aman. Dengan keluasan seluas 65 hektar persegi ,ianya   bertujuan bagi menetapkan semua unit-unit latihan di satu tempat yang sesuai dengan suasana latihan dan mempunyai kelengkapan serta kemudahan mencukupi.

Dengan konsep pemusatan ini beberapa unit latihan TUDM  seperti Pusat Latihan Pegawai (PLP), Institut Teknologi Aerospace (ITAS) dan Pusat Latihan Terbang 2 telah ditempatkan di TUDM Alor Setar. Pemusatan unit-unit latihan ini juga berasaskan kepada wawasan TUDM untuk  menjadikan  Kolej  Tentera  Udara sebagai ‘Centre of Aerospace Studies’.

:: MISI

           
Mengeluarkan pegawai  dan ahli udara yang dipupuk dengan sikap yang positif, dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab TUDM melalui penggunaan  dan perlaksanaan kurikulum yang berkesan dan sesuai.

:: OBJEKTIF

  • Memastikan keperluan pengguna.
  • Memastikan pesawat sentiasa boleh terbang.
  • Memastikan setiap anggota mahir dalam bidang pengeluaran
  • Perkhidmatan memenuhi keperluan pengguna.
  

:: OPERASI

  • Menyediakan keperluan domestik dan teknikal kepada pengguna.
  • Memastikan moral anggota di tahap tinggi.
  • Menyediakan keperluan bahanapi pesawat diperlukan.
  • Memenuhi keperluan pengangkutan dalam setiap permohonan. 

No comments:

Post a Comment