Pages

Pages

Pages - Menu

Thursday, August 23, 2012

Nur Alert jejak budak hilang


KUALA LUMPUR: Kehilangan kanak-kanak bawah 12 tahun di negara ini akan dikesan melalui Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-kanak atau dikenali Nur Alert yang akan dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Nur Alert akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Kabinet bagi menjejaki dan menyelesaikan kes kanak-kanak hilang. Katanya, sistem khas ini dipancarkan ke seluruh negara yang akan mendapat tindak balas daripada semua termasuk kementerian berkaitan, petugas dan agensi terbabit sebelum tindakan di ambil.


“Memorandum Nur Alert akan dibawa pada mesyuarat jemaah menteri untuk kelulusan,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas perbincangan Nur Alert dengan PDRM yang diketuai Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Hussin Ismail, di pejabatnya, di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur. Menurutnya, sistem itu bakal memastikan kanak-kanak mendapat pembelaan yang akan dipengerusikan PDRM yang mempunyai kuasa dan prasarana untuk dilaksanakan dengan baik. “PDRM mempunyai kuasa dan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) untuk melaksanakan sistem ini,” katanya. Shahrizat berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu sistem itu dilaksana secepat mungkin kerana kementerian ada data kehilangan kanak-kanak yang dilaksana melalui pelan tindakan mengikut Akta Perlindungan Kanak-kanak Malaysia. Hussin pula berkata, siasatan akan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah sebelum proses hebahan kepada umum melalui petugas yang dikenal pasti. “Petugas terdiri pelbagai agensi, kementerian berkaitan, lapangan terbang, badan korporat dan Kementerian Pengangkutan yang akan dihebahkan kepada terminal teksi, bas, media penyiaran dan hebahan blog. “Sekiranya perlu kita juga akan membuat hebahan melalui Kementerian Luar Negara terhadap kanak-kanak hilang dan disyaki ke luar negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment