Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, August 17, 2012

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)


TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

Pengenalan & Latarbelakang Penubuhan 
Keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merapatkan jurang pendidikan yang wujud merupakan satu agenda utama dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan selaras dengan aspirasi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Sehubungan itu, segala usaha yang berkaitan dengan Bantuan Persekolahan kepada golongan yang berkelayakan akan sentiasa menjadi keutamaan KPM.

Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM) di bawah seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957, di mana objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa murid yang berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak 
mereka ke sekolah dengan harapan berupaya mengurangkan jurang peluang pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Adalah menjadi hasrat KPM untuk membasmi murid yang tercicir daripada alam persekolahan akibat kemiskinan disamping memberikan golongan ini akses pendidikan yang sama rata dalam menjana kecemerlangan negara. 

Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun. 

Syarat dan Kriteria Kelayakan
Murid penerima bantuan KWAPM mestilah mematuhi kriteria kelayakan seperti berikut:-
1. Murid miskin warganegara Malaysia; bagi murid yang tidak mempunyai sijil kelahiran, pengesahan dari Jabatan Pendaftaran diperlukan.
2. Murid yang bersekolah di sekolah kerajaan atau di sekolah bantuan kerajaan.
3. Murid Orang Asli/Penan yang bersekolah di Sekolah Orang Asli/Penan (layak menerima bantuan KWAPM secara automatik).
4. Murid miskin yang mana pendapatan keluarganya tidak dapat menampung keperluan pendidikan dan jumlah pendapatan keluarga berada di bawah paras kemiskinan seperti berikut:-


Syarat Tambahan bagi Tahun 2010
Bagi tahun 2010, KPM mensasarkan penyaluran bantuan KWAPM dilaksanakan menggunakan senarai nama yang diperolehi daripada Data Kemiskinan Nasional yang dikenali sebagai eKASIH selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Ogos 2008 dan Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil 8/2008 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 8 Ogos 2008 di mana dalam mesyuarat tersebut memutuskan bahawa semua bantuan persekolahan akan diuruskan oleh KPM sahaja dengan menggunakan Sistem eKASIH.

eKASIH merupakan Sistem Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan tujuan memusatkan data golongan miskin dan miskin tegar. Tindakan menggunakan data eKASIH dalam penyaluran bantuan adalah untuk mengelakkan berlakunya ketirisan dan pertindihan dalam pemberian bantuan dengan kementerian-kementerian lain.

Senarai nama ini mengandungi maklumat terperinci ibu bapa/penjaga murid yang mana pendapatan isi rumah berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional seperti berikut:-


Kadar dan Jenis Bantuan


Kadar dan jenis bantuan yang diberikan ini adalah tertakluk kepada keupayaan dana KWAPM dan perubahan boleh dibuat oleh pihak Jawatankuasa KWAPM di peringkat Kementerian yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM pada bila-bila masa.

Prosedur Permohonan 
Permohonan perlu dibuat setiap tahun dengan mengisi Borang Permohonan KWAPM di peringkat sekolah beserta dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:-
a) Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga dan isteri 
b) Salinan sijil lahir murid/kad pengenalan pelajar
c) Salinan sijil kematian ibu bapa/penjaga (jika berkaitan)
d) Salinan sijil penceraian ibu bapa (jika berkaitan)
e) Surat pengesahan anak angkat dari Jabatan Pendaftaran Negara (jika berkaitan)

Pihak sekolah akan membuat pemilihan murid yang layak melalui mesyuarat jawatankuasa bantuan di peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar/Pengetua sekolah. Jawatankuasa ini terdiri daripada kakitangan sekolah dan sekurang-kuranganya terdapat dua (2) orang wakil bukan guru daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menyemak dan memperakukan murid yang layak menerima bantuan KWAPM.
Setelah murid yang layak dikenalpasti dan dipersetujui oleh jawatankuasa, pihak sekolah akan mengumpulkan semua maklumat yang diperolehi dengan menyediakan borang rumusan permohonan yang lengkap dan menghantarkan borang rumusan tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk disemak/disahkan. Jabatan Pelajaran Negeri merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk menghantar senarai nama yang telah disemak/disahkan ke Bahagian Kewangan KPM untuk diproses.

Bahagian Kewangan akan membuat semakan terakhir sebelum proses pembayaran dibuat. Peruntukan bagi bantuan KWAPM akan dikreditkan ke akaun sekolah. Pada peringkat ini, Jawatankuasa pengurusan bantuan di peringkat sekolah pula perlu memainkan peranan dengan memantau proses agihan bantuan kepada semua murid yang layak. Pihak sekolah boleh mengkreditkan bayaran berupa wang tunai terus ke akaun murid ataupun barangan berdasarkan keperluan persekolahan kepada murid yang layak. Penerangan lanjut berkenaan proses permohonan dan pembayaran bolehlah rujuk di carta aliran di pautan (link) ini...http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Kriteria%20Kelayakan%20dan%20Kadar%20Bantuan.pdf

No comments:

Post a Comment