Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, August 18, 2012

Program Intervensi awal


Intervensi awal
Intervensi awal merupakan satu program berstruktur yang sangat kritikal dalam membantu mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas seawal umur kelahiran sehingga umur persekolahan. Ia dijalankan dengan berkesan melalui pasukan pelbagai disiplin serta turut menyokong kepada keluarga kanak-kanak berkaitan. Perkhidmatan intervensi awal dijalankan melalui  3PK dengan fokus berikut:
  • membantu kanak-kanak membesar menjadi individu yang produktif dan mampu berdikari
  • mempertingkatkan perkembangan serta pendidikan kanak-kanak
  • menjimatkan kos pendidikan, keperluan, rehabilitasi dan kesihatan
  • mengurangkan perasaan keseorangan yang mungkin boleh menimbulkan tekanan dan kekecewaan khususnya di kalangan ahli keluarga
Pusat Rujukan
  • Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Putrajaya, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

No comments:

Post a Comment