Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, August 18, 2012

Program Pendidikan Khas Integrasi

Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Siapa yang boleh mendaftar di Sekolah Pendidikan Khas (SPK)?  
        ·     Murid bermasalah penglihatan
        ·     Murid bermasalah pendengaran
        ·     Murid bermasalah pembelajaran 

Berapa lama tempoh pembelajaran di Sekolah Pendidikan Khas (SPK)?      
·    Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah  rendah  adalah  enam (6) tahun 
·  Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah menengah  adalah  enam (5) tahun
·   Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid berkenaan (Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2002)

Senarai Sekolah Pendidikan Khas (SPK) :



Bantuan Kewangan

Terdapat beberapa jenis bantuan kewangan yang disediakan bagi golongan kurang upaya ( OKU) di pelbagai peringkat.
Di antara bantuan yang tersedia :
1.  Elaun Murid Khas (EMK) - Kementerian Pelajaran Malaysia
2.  Bantuan Pengajian Orang Kurang Upaya - Kementerian Pengajian Tinggi
3.  Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan OKU - Jabatan Kebajikan Masyarakat
4.  Bantuan OKU Baitulmal - Majlis Agama di setiap negeri


No comments:

Post a Comment