Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, August 4, 2012

Program penggunaan berhemat



GABUNGAN Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) sedang giat mengadakan program pendidikan pengguna ke arah penggunaan berhemat  bersama pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Pengurus Kanan FOMCA, Siti Rahayu Zakaria, dalam satu kenyatan memberitahu, antara pengisian program ialah mendedahkan kepada pelajar tentang hak-hak dan peranan sebagai seorang pengguna, cara-cara mengaudit tenaga serta kesedaran penggunaan lestari seperti penjimatan tenaga di rumah dan di sekolah.

"Bagi mempergiatkan lagi penyertaan para pelajar dan orang awam menyertai pertandingan kepenggunaan, pertandingan mewarna turut diadakan di pusat membeli belah," katanya.
Pertandingan mewarna terbuka kepada tiga kategori iaitu kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 12 tahun dan seramai 218 kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam acara ini.

Di samping pertandingan, turut diadakan pameran dan pengedaran risalah tentang maklumat berkaitan kepenggunaan, kesedaran penggunaan berhemat dan tip-tip pengurusan kewangan peribadi serta keluarga.
FOMCA juga berharap peserta program dapat menukar minda dan perlakuan mereka melalui kesedaran dan mewujudkan perubahan gaya hidup ke arah penggunaan berhemat.

FOMCA turut mempromosikan Pertandingan Kepenggunaan. Sebanyak 10 jenis pertandingan dijalankan pada tahun 2012, iaitu:
1.    Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan
2.    Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan
3.    Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
4.    Pertandingan Blog Kepenggunaan
5.    Pertandingan Fotografi Kepenggunaan
6.    Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
7.    Pertandingan Video Montaj
8.    Pertandingan ‘Speak Up’
9.    Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
10.    Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat Sekolah

Tarikh tutup bagi semua pertandingan ialah pada 23 Mei 2012. Sebanyak RM200,000 hadiah Wang tunai diperuntukkan bagi keseluruhan pertandingan ini. Semua peserta akan menerima sijil penyertaan. Maklumat lanjut mengenai Pertandingan Kepengunaan, sila layari www.mypengguna.com

No comments:

Post a Comment