GABUNGAN Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) sedang giat
mengadakan program pendidikan pengguna ke arah penggunaan berhemat
bersama pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
Pengurus Kanan FOMCA, Siti Rahayu Zakaria, dalam satu kenyatan memberitahu,
antara pengisian program ialah mendedahkan kepada pelajar tentang hak-hak dan
peranan sebagai seorang pengguna, cara-cara mengaudit tenaga serta kesedaran
penggunaan lestari seperti penjimatan tenaga di rumah dan di sekolah.
"Bagi mempergiatkan lagi penyertaan para pelajar dan orang awam menyertai
pertandingan kepenggunaan, pertandingan mewarna turut diadakan di pusat membeli
belah," katanya.
Pertandingan mewarna terbuka kepada tiga kategori iaitu kanak-kanak
berumur 4 tahun hingga 12 tahun dan seramai 218 kanak-kanak telah mengambil
bahagian dalam acara ini.
Di samping pertandingan, turut diadakan pameran dan pengedaran
risalah tentang maklumat berkaitan kepenggunaan, kesedaran penggunaan berhemat
dan tip-tip pengurusan kewangan peribadi serta keluarga.
FOMCA juga berharap peserta program dapat menukar minda dan
perlakuan mereka melalui kesedaran dan mewujudkan perubahan gaya hidup ke arah
penggunaan berhemat.
FOMCA turut mempromosikan Pertandingan Kepenggunaan. Sebanyak 10
jenis pertandingan dijalankan pada tahun 2012, iaitu:
1. Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan
2. Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk
Poster Grafik Kepenggunaan
3. Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
3. Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
4. Pertandingan Blog Kepenggunaan
5. Pertandingan Fotografi Kepenggunaan
6. Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
7. Pertandingan Video Montaj
8. Pertandingan ‘Speak Up’
9. Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
10. Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak
Peringkat Sekolah
Tarikh tutup bagi semua pertandingan ialah pada 23 Mei 2012.
Sebanyak RM200,000 hadiah Wang tunai diperuntukkan bagi keseluruhan
pertandingan ini. Semua peserta akan menerima sijil penyertaan. Maklumat lanjut
mengenai Pertandingan Kepengunaan, sila layari www.mypengguna.com
No comments:
Post a Comment