Pages

Pages

Pages - Menu

Friday, August 24, 2012

Program Pra Universiti

Pengajian pra-universiti adalah merupakan program pengajian yang bertujuan untuk menyediakan lepasan SPM dengan asas-asas yang perlu untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Asas-asas ini adalah perlu adalah untuk membolehkan pelajar ketika di dalam program pengajian peringkat ijazah sarjana muda tidak lagi perlu mencari-cari asas di dalam pembelajaran mereka, sebaliknya mereka boleh terus mengaplikasikannya di dalam pengajian mereka.

Pengajian di tingkatan 6 juga bolehlah diklasifikasikan sebagai program pra-universiti. Selain daripada program pengajian di tingkatan 6 terdapat 4 kategori program pra-universiti yang boleh diikuti mengikut kesesuaian dengan matlamat menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  • Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Asasi IPTA
  • Program Luar Negara (A-Level, AUSMAT dll.)
  • Program Asas(foundation) IPTS

Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah bertujuan untuk menyediakan
Asasi IPTA
Program Asasi IPTA adalah merupakan program yang lebih khusus menyediakan pelajar untuk mengikuti pengajian di IPTA yang sama

Program Luar Negara (A-Level, AUSMAT dll.)
Program-program luar ini lebih merupakan kepada persediaan untuk pelajar melanjutkan pengajian ke negara asal program ini. Contohnya pelajar sebaiknya mengambil program A-Level sekiranya bercadang untuk melanjutkan pengajian di universiti di United Kingdom ataupun untuk melanjutkan pelajaran ke dalam program pengajian dari universiti di United Kingdom yang ditawarkan secara francais di Malaysia. Begitu juga untuk negara-negara lain seperti Australia, Canada dan juga Amerika Syarikat – di mana sebaiknya pelajar mengikuti pengajian pra-universiti negara berkenaan untuk seterusnya melanjutkan pengajian ke negara berkenaan.
International Baccalaureate (IB) http://www.ibo.org
Selain daripada program yang lebih khusus dengan negara tertentu, terdapat satu program pra-universiti – International Baccalaureate (IB) yang diunjurkan untuk diiktiraf di seluruh dunia. Lulusan IB boleh melanjutkan pengajian mereka ke mana-mana negara yang mengiktiraf Diploma IB. (senarai institusi menawarkan IB di Malaysia)

Program Asas(foundation) IPTSProgram Pengajian Asas atau Foundation yang ditawarkan kebanyakkan IPTS adalah lebih kepada memberikan fokus dan persediaan untuk pelajar lepasan SPM mengikutinya dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTS yang sama

No comments:

Post a Comment