Pages

Pages

Pages - Menu

Thursday, August 23, 2012

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


LATAR BELAKANG

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.
Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Disamping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.
UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.
Program akademik yang ditawarkan di fakulti adalah setanding dengan IPTA luar dan dalam negara. Program ini akan dapat menarik minat pelajar kerana ia menyediakan kurikulum yang merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan yang berbentuk hands on. Pengetahuan yang diperolehi boleh diaplikasi kepada aset pertahanan negara seperti kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Di samping itu, ia dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini.

MISI, VISI & FALSAFAH

Menjadi Universiti Pertahanan primier untuk pendidikan, latihan dan penciptaan ilmu.

Sebagai sebuah institusi nasional primier berdedikasi dalam menghasilkan pemimpin berintelektual yang menyerlah serta bersifat terpuji dan komited untuk berbakti sepenuhnya kepada negara dalam menjayakan kelangsungan kepentingan strategik negara.

UPNM komited mencapai kecemerlangan perkhidmatan kepada negara sebagai sebuah universiti pertahanan primier dalam kepimpinan dan pembangunan profesional, penciptaan ilmu, penyebaran ilmu pengetahuan dan aplikasi sains pertahanan dan teknologi, dan juga penyelidikan polisi.

  • Menyediakan asas pengetahuan yang kukuh dan seimbang dalam bidang Kemanusiaan, Pengurusan, Sains dan Teknologi, serta menerap daya usaha intelektual melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan usaha kesarjanaan yang bertaraf antarabangsa.
  • Menanam semangat kesetiaan dan patriotisme yang tinggi untuk berbakti kepada Negara dengan berbekalkan ilmu, kemahiran serta kecekapan asas ketenteraan.
  • Membangunkan warga yang mempunyai tanggungjawab sosial dengan berteraskan kepada unsur-unsur kerohanian, etika budaya dan moral yang terpuji.
  • Membentuk pemimpin masa depan yang memahami, menghayati, dan mempunyai sikap toleransi terhadap kepelbagaian etnik, budaya dan agama.
  • Membekalkan pemimpin masa depan dengan kebolehan berkomunikasi,
  • Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Teknologi Pertahanan, Ekonomi dan Diplomasi, Hal Ehwal Ketenteraan serta Pengajian Keselamatan.

KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI(Duty, Honour, Integrity)


LOGO UPNM

Logo Universiti


Bentuk bulat menggambarkan kebulatan tekad dan kesatuan semangat warga UPNM dalam menyempurnakan tanggungjawab yang dipikul.

Komponen penting logo Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diletakkan di tengah-tengah logo UPNM dengan latar belakang tiga warna perkhidmatan darat, laut dan udara yang membawa makna bahawa kepentingan ATM adalah sangat dominan di UPNM.

Sementara lingkaran bunga padi berwarna kuning sebagai lambang asas budaya Melayu yang subur serta mempunyai raja berdaulat dan baginda ditaati sepanjang masa.

NDUM – Singkatan nama Universiti dalam bahasa Inggeris dipaparkan di bahagian atas di antara pertemuan dua bunga padi. Tahun pembukaan 2006 diletakkan bertentangan perkataan NDUM di bawah logo. Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia dan kerana Malaysialah university ini ditubuhkan.


LAGU UPNM

Capai Gemilang

Perkasa jati diri
Berilmu dan berbudi
Bertekad curah bakti
Dewi pertiwi
Kami menjujung cita
Harapan nusa bangsa
Pelapis beretika
Pejuang Negara
Korus :Atur langkah pimpinan
Berbekal pengetahuan
Di dunia tanpa sempadan
Berazam pertahankan
Maruah, kedaulatan
Setia tanpa batasan
Bukan jasad semata
Kami membina minda
Agar Negara kita
Kekal merdeka
Korus :Atur langkah pimpinan
Berbekal pengetahuan
Di dunia tanpa sempadan
Berazam pertahankan
Maruah, kedaulatan
Setia tanpa batasan
Ikrar dipegang teguh
Kami taat dan patuh
Memacu Malaysia
Ke mercu sejahtera
Tuju wawasan
Kita Cemerlang
Capai Gemilang
Kita Terbilang
Lagu Oleh : Dato' Wah Idris
Lirik Oleh : Raja Yasmin Raja Yusof


IKRAR UPNM

Bahawa Kami,
Warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Menunaikan Tanggungjawab Kami
Kepada Agama, Bangsa Dan Negara
Menjunjung Cita-Cita Rukun Negara
Berpegang Teguh Kepada Teras
Perkhidmatan Cemerlang
Berikrar Akan
Berusaha Dengan Penuh Ketekunan Dan
Dedikasi, Ke Arah
Meningkatkan Kualiti Pendidikan Dan
Pengurusan Yang Berkualiti, Supaya
Keupayaan Dan Kecemerlangan Universiti
Disegani Dan Dihormati; Serta
Berazam Mengekalkan Prestasi
Kecemerlangan Dalam Apa Jua
Bidang Penyelidikan
Sebagai Pemangkin Kepada Industri
Pertahanan Negara
Dalam Mencapai Cita-Cita Dan
Wawasan 2020




No comments:

Post a Comment