Pages

Pages

Pages - Menu

Tuesday, August 7, 2012

Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)



Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) adalah suatu piawai kebangsaan yang diwujudkan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) bagi pengiktirafan kelayakan kejurulatihan. Program ini dapat menyediakan pendidikan bersistematik pada Tahap I, II dan III bagi keperluan jurulatih dengan membekalkan kursus-kursus secara progresif dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para jurulatih sukan. 
Untuk mendapatkan SPKK, seseorang jurulatih perlu mempunyai kelayakan persijilan di dalam; 

1. KURSUS SAINS SUKAN
Pengajaran tentang prinsip-prinsip asas kejurulatihan dan sains sukan yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Tajuk utama di dalam silibus SPPK untuk Sains Sukan;

·          Peranan Sains Sukan·          Perancangan Periodisasi Latihan·          Peranan Jurulatih·          Komunikasi Berkesan·          Perkembangan Kemahiran ·          Analisis Kemahiran·          Keselamatan & Kecederaan Sukan·          Perkembangan & Tumbesaran·          Fisiologi Senam·          Persediaan Fizikal·          Psikologi Kejurulatihan·          Pemakanan dalam Sukan·          Biomekanik dan lain-lain
 
 2. KURSUS KEJURULATIHAN SUKAN SPESIFIK
Ceramah dan pengajaran amali tentang kemahiran sukan spesifik, teknik dan strategi kejurulatihan yang dikendalikan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).  Tajuk utama di dalam silibus SPKK untuk Sukan Spesifik;
·          Sejarah·          Organisasi Sukan·          Peraturan/Undang-undang Permainan·          Peralatan·          Falsafah Kejurulatihan·          Kod Etika Kejurulatihan·          Metodologi Pengajaran·          Perancangan Latihan Mengajar·          Teknik/Kemahiran Sukan·          Taktik dan Strategi·          Kecergasan Sukan Spesifik·          Sains Sukan Gunaan   

Berikut adalah Senarai Jurulatih mengikut Tahap Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK).
Sila klik hiperangkai senarai Negeri di bawah untuk paparan lampiran yang terperinci:
 

No comments:

Post a Comment