Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, August 25, 2012

SKIM ZAMALAH CANSELOR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


 

 
SKIM ZAMALAH CANSELOR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 

2012 




Skim  Zamalah  Canselor  Universiti  Kebangsaan  Malaysia  diwujudkan  bertujuan  untuk  menarik  pelajar yang sangat cemerlang dalam bidang akademik untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah  doktor falsafah (PhD) secara penyelidikan sepenuh masa di UKM. Ia merupakan salah satu usaha  untuk  meningkatkan  bilangan  pelajar  siswazah  dan  juga  aktiviti  penyelidikan universiti. Skim  ini  adalah sangat kompetitif dan hanya diberi kepada pelajar yang memenuhi kriteria.  


Syarat Kelayakan dan Cara Memohon: 


1)  Permohonan adalah dibuka kepada calon tempatan dan luar negara. 

2)  Pemohon program pengajian peringkat  doktor falsafah (PhD) secara sepenuh masa melalui  mod penyelidikan dan penyediaan tesis. 

3)  Pembiayaan  akan  bermula sebaik  sahaja  penerima  zamalah  ini  mendaftar  sebagai  calon  Doktor Falsafah secara sepenuh masa. 

4)  Mempunyai kelulusan akademik cemerlang dengan kelulusan CGPA tidak kurang daripada 

3.67  atau  setara  pada  peringkat  pra  siswazah.  Bagi  pemohon  yang  mempunyai  Ijazah  Sarjana, hendaklah mempunyai pencapaian akademik yang sangat cemerlang di peringkat  Sarjana. 

5)  Tidak  menerima  biasiswa  atau  sebarang  bantuan  kewangan  daripada  pihak  lain  untuk  membiayai pengajian. 

6)  Pelajar  tahun  akhir  peringkat  Sarjana  Muda/Sarjana  yang mempunyai  prestasi  akademik  cemerlang  dan  berhasrat  untuk  melanjutkan  pelajaran  ke  peringkat  PhD  melalui  penyelidikan  juga  boleh  memohon  dengan  mengemukakan  permohonan  melalui  fakulti  masing-masing  dan  memperolehi  perakuan  serta  sokongan  daripada  Dekan  fakulti  berkenaan. 

7)  Penerima Zamalah Canselor UKM dikehendaki menjalankan penyelidikan yang ditetapkan  dalam  program  pengajian  masing-masing  dan  membantu  dalam  pengajaran  yang  ditentukan oleh fakulti, tetapi tidak melebih 6 jam seminggu. 

8)  Penerima zamalah ini juga dikehendaki menandatangani perjanjian yang antara lain tidak 

membenarkan  mereka  menukar  pengajian  pada  bila-bila  masa  tanpa  persetujuan  penyelia/Dekan  Fakulti  serta  mendapat  kelulusan  Pengarah  PPS,  memastikan  prestasi  cemerlang  sepanjang  tempoh  pengajian  dan  mematuhi  syarat-syarat  lain  seperti  yang  ditetapkan oleh Universiti. 




Tempoh Pembiayaan:  


Bermula dari semester pertama pendaftaran untuk tempoh maksimum tiga (3) tahun. 




Kadar Pembiayaan: 


Elaun Bulanan 
 RM 4000.00  
Yuran Pengajian* 
 Dikecualikan 
Yuran Pemeriksaan Tesis*  
 Dikecualikan (sekali sahaja) 
Elaun Penyediaan Tesis 
 RM 500.00 

*Penerima  Zamalah Canselor UKM hanya dikecualikan daripada membayar  Yuran Pengajian dan  Yuran Peperiksaan Tesis sahaja. Manakala bagi yuran-yuran selain yang dinyatakan di atas, adalah  menjadi tanggungjawab pemegang skim ini untuk menjelaskan. 




Tarikh Tutup Permohonan: 


Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun.  

Pemohonan  hendaklah  dibuat  dengan  menggunakan  borang  permohonan  rasmi  dan  disertai  dengan  salinan  kad  pengenalan/passport,  ijazah,  transkrip  yang  disahkan,  biodata  diri  (CV),  cadangan terperinci projek penyelidikan dan lain-lain dokumen berkaitan seperti kertas kerja jurnal  yang telah dihasilkan. 


Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada: 


Pengarah 

Pusat Pengurusan Siswazah 

Universiti Kebangsaan Malaysia 

43600 Bangi, Selangor 

Malaysia 

Mel-e: zamalahperdana@ukm.my 


NOTA:  

1)  Menghantar hanya SATU (1) borang sahaja ke Pusat Pengurusan Siswazah. 

2)  Permohonan tidak LENGKAP tidak akan diproses. 

3)  Keputusan jawatankuasa pemilih adalah MUKTAMAD.  

No comments:

Post a Comment