Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, August 25, 2012

Syarat-syarat Kemasukkan Program Pendidikan di UPM


Syarat Am Kemasukan Program

Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara;
2. Berpengalaman dalam kerja belia, kerja sosial, pengembangan, pembangunan sumber manusia dan    pembangunan komuniti; dan
3. Mampu menguasai Bahasa Inggeris.



BACELOR

A. Calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
1. Lulus SPM/setaraf dengan baik;
2. Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;
3. Lulus dalam peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya;
i) Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am/Kertas Am; dan
ii) Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;
dan
4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)
B. Calon Kelayakan Setaraf
1. Lulus SPM/setaraf dengan baik;
2. Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;
3. Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)
C. Kelayakan Minimun Calon Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM
1. Lulus SPM/setaraf dengan baik;
2. Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;
3. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)



Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)
Kelayakan Minimum Calon STPM
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Sekurang-kurangnya lulus Matematik dan kepujian dalam salah satu (1) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM:
i) Fizik
ii) Kimia
iii) Biologi
iv) Sains (tidak termasuk Sains Kesihatan)
v) Sains Tambahan
vi) Sains Pertanian
Kelayakan Setaraf
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM
atau
Diploma/Sijil Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia dan mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dengan keutamaan kepada opsyen Sains Pertanian
dan
2. Lulus Matematik dan Kepujian Sains pada peringkat SPM/SPVM/SPMV



Bacelor Pendidikan (Sains Rumahtangga)
Kelayakan Minimum Calon STPM
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Sekurang-kurangnya lulus Matematik dan kepujian dalam salah satu (1) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM:
i) Fizik
ii) Kimia
iii) Biologi
iv) Sains (tidak termasuk Sains Kesihatan)
v) Sains Tambahan
vi) Ekonomi Rumahtangga/Sains Rumahtangga
dan
2. Sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Ekonomi atau Biologi pada peringkat STPM
Kelayakan Setaraf
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM
atau
Diploma/Sijil Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia dan mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
dan
2. Lulus Matematik dan Sains (tidak termasuk Sains Kesihatan) atau Sains Rumahtangga pada peringkat SPM/SPVM/SPMV


  
Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani)
Kelayakan Minimum Calon STPM
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Sekurang-kurangnya lulus Matematik dan kepujiaan dalam salah satu (1) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM:
i) Fizik
ii) Kimia
iii) Biologi
iv) Sains
v) Sains Tambahan
vi) Sains Kesihatan
dan
2. Perlu menjalani dan lulus ujian fizikal
Kelayakan Setaraf
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM
atau
Diploma/Sijil Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia dan mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun. Calon yang menggunakan kelayakan Diploma/Sijil Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia akan diberikan keutamaan sekiranya mempunyai kelayakan tambahan dalam bidang Pendidikan Jasmani seperti yang berikut:
Peringkat Sijil Tertinggi/Diploma
atau
Peringkat Kursus Satu Tahun,
dan
Lulus Matematik dan Sains (termasuk Sains Kesihatan) pada peringkat SPM/SPVM/SPMV
dan
2. Perlu menjalani dan lulus ujian fizikal



Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)
Kelayakan Minimum Calon STPM
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat STPM;
dan
2. Perlu menduduki dan lulus temu duga.
Kelayakan Setaraf
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM
atau
Diploma/Sijil Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia dan mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
dan
2. Calon yang menggunakan kelayakan Diploma/Sijil Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat SPTM.



Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
Kelayakan Minimum Calon STPM
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Sekurang-kurangnya kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM;
2. Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat STPM;
atau 
Mendapatkan kepujian Bahasa Inggeris 1119
atau
Memperoleh sekurang-kurangnya band 4 dalam ujian Malaysian University English Test(MUET)
dan 
3. Perlu mengambil dan lulus ujian lisan dan bertulis
Kelayakan Setaraf
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM
2. Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM
atau
Diploma/Sijil Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia dan mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
3. Memperoleh sekurang-kurangnya band 4 dalam ujian Malaysian University English Test(MUET)
4. Keutamaan kepada calon yang mempunyai kursus khas satu (1) tahun dalam bidang TESL atau kursus pendek yang diiktiraf dalam bidang yang sama
dan
5. Perlu mengambil dan lulus ujian lisan dan bertulis.



Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
Kelayakan Minimum Calon STPM
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Sekurang-kurangnya lulus Matematik dan kepujian dalam salah satu (1) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM:
i) Fizik
ii) Kimia
iii) Biologi
iv) Sains
v) Sains Tambahan
vi) Sains Kesihatan
dan
2. Perlu mengambil dan lulus ujian psikologi dan temu duga.
Kelayakan Setaraf
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM
atau
Diploma/Sijil Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia dan mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
dan
2. Lulus Matematik dan Sains (tidak termasuk Sains Kesihatan) pada peringkat SPM/SPVM/SPMV
dan
3. Perlu mengambil dan lulus ujian psikologi dan temu duga.



Bacelor Pendidikan (Teknologi Maklumat)
Kelayakan Minimum Calon STPM
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Sekurang-kurangnya lulus Matematik pada peringkat SPM
atau 
Sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Matematik atau Pengkomputeran pada peringkat STPM.
Kelayakan Setaraf
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM
atau
Diploma/Sijil Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia dan mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
dan
2. Kepujian mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM.



Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral)
Kelayakan Minimum Calon STPM
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf
2. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi UM/Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
dan
3. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)
dan
4. Perlu menduduki dan lulus temuduga.
Kelayakan Setaraf
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Lulus SPM/setaraf dengan baik
2. Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf
3. Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti
dan
4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET)
dan
5. Perlu menduduki dan lulus temuduga.



Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
Kelayakan Minimum Calon STPM
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Lulus Matematik dan satu daripada mata pelajaran berikut pada peringkat SPM:
i) Fizik
ii) Kimia
iii) Biologi
iv) Sains Tambahan
Kelayakan Setaraf
Memenuhi Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program seperti berikut:
1. Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM.

No comments:

Post a Comment