Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, August 4, 2012

Taman herba untuk P&P dan alam sekitar



WORLD Wide Fun For Nature (WWF) telah mengadakan beberapa program dan kerjasama dengan beberapa buah menengah di seluruh negara bagi mendidik generasi pelajar bagi memelihara alam sekitar.

Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang (SMKL) di sini adalah antara sekolah yang dipilih oleh WWF untuk menjayakan program tersebut sejak tahun 2006 dengan menubuhkan taman herba di perkarangan sekolah berkenaan.

Pengetuanya, Mohd. Jamri Md. Lela berkata, matlamat pembinaan taman herba itu untuk mendedahkan pelajar mengenai kepentingan tumbuhan herba sama ada untuk alam sekitar dan keperluan ubat-ubatan.

Katanya, melalui taman herba itu para pelajar dididik dari segi sejarah, cara penanaman, membina taman berasaskan pengetahuan botani dan pendedahan nama-nama saintifik tumbuhan tanaman dan tumbuhan herba.

“Pelajar juga didedahkan mengenai khasiat tumbuhan herba itu yang boleh digunakan dalam kehidupan harian serta sebagai alternatif perubatan yang boleh membantu merawat penyakit selain rawatan moden.

“Terdapat pelbagai spesis herba yang tidak dikenali oleh pelajar ini antaranya ialah Jerangau, Pokok Nilam, Pokok Ajaib, Mahkota Dewa, Kemangi dan Bonglai,'' kata Mohd. Jamri semasa melawat Taman Herba bersama-sama wakil daripada WWF di perkarangan sekolah berkenaan di Temerloh, Pahang baru-baru ini.

Menurut beliau, jika nama dan tumbuhan ini tidak didedahkan pasti para pelajar dan generasi muda hari ini tidak akan tahu bentuk, warna, rasa dan sebagainya.
Mohd Jamri berkata, taman herba di sekolah tersebut mempunyai 20 jenis tanaman antaranya kacip fatimah, ubi kayu, kunyit, serai, mengkudu, tongkat Ali dan sebagainya.
Menurutnya, selain mempunyai taman herba, SMKL bersama WWF juga membina kebun sayur berasaskan konsep kebun organik di mana pertanian cara asli dapat diperluaskan bagi mengurangkan bahan-bahan kimia untuk menyelamatkan alam sekitar.

“Banyak tanaman yang ditanam di sini seperti bendi, kekacang, cili besar, bayam dan sayuran hijau lain.
“SMKL juga menternak 300 ekor ikan patin dan tilapia yang diternak dalam longkang simen yang dibuat khas bagi tujuan penternakan ikan air tawar itu,'' kata beliau.
Mohd. Jamri memberitahu, SMKL merupakan sekolah harian yang menjadi sekolah dalam kebun dengan menerapkan unsur-unsur pertanian, penternakan dan herba kepada pelajarnya. Menurutnya, SMKL dan WWF mewujudkan Taman Lingkungan Hidup dan ia dirasmikan oleh wakil Pengerusi WWF. - Utusan

No comments:

Post a Comment