WORLD Wide Fun For Nature (WWF) telah mengadakan beberapa program
dan kerjasama dengan beberapa buah menengah di seluruh negara bagi mendidik
generasi pelajar bagi memelihara alam sekitar.
Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang (SMKL) di sini adalah antara
sekolah yang dipilih oleh WWF untuk menjayakan program tersebut sejak tahun
2006 dengan menubuhkan taman herba di perkarangan sekolah berkenaan.
Pengetuanya, Mohd. Jamri Md. Lela berkata, matlamat pembinaan taman herba itu
untuk mendedahkan pelajar mengenai kepentingan tumbuhan herba sama ada untuk
alam sekitar dan keperluan ubat-ubatan.
Katanya, melalui taman herba itu para pelajar dididik dari segi
sejarah, cara penanaman, membina taman berasaskan pengetahuan botani dan
pendedahan nama-nama saintifik tumbuhan tanaman dan tumbuhan herba.
“Pelajar juga didedahkan mengenai khasiat tumbuhan herba itu yang
boleh digunakan dalam kehidupan harian serta sebagai alternatif perubatan yang
boleh membantu merawat penyakit selain rawatan moden.
“Terdapat pelbagai spesis herba yang tidak dikenali oleh pelajar
ini antaranya ialah Jerangau, Pokok Nilam, Pokok Ajaib, Mahkota Dewa, Kemangi
dan Bonglai,'' kata Mohd. Jamri semasa melawat Taman Herba bersama-sama wakil
daripada WWF di perkarangan sekolah berkenaan di Temerloh, Pahang baru-baru
ini.
Menurut beliau, jika nama dan tumbuhan ini tidak didedahkan pasti para pelajar
dan generasi muda hari ini tidak akan tahu bentuk, warna, rasa dan sebagainya.
Mohd Jamri berkata, taman herba di sekolah tersebut mempunyai 20 jenis tanaman antaranya kacip fatimah, ubi kayu, kunyit, serai, mengkudu, tongkat Ali dan sebagainya.
Menurutnya, selain mempunyai taman herba, SMKL bersama WWF juga membina kebun sayur berasaskan konsep kebun organik di mana pertanian cara asli dapat diperluaskan bagi mengurangkan bahan-bahan kimia untuk menyelamatkan alam sekitar.

“Banyak tanaman yang ditanam di sini seperti bendi, kekacang, cili
besar, bayam dan sayuran hijau lain.
“SMKL juga menternak 300 ekor ikan patin dan tilapia yang diternak
dalam longkang simen yang dibuat khas bagi tujuan penternakan ikan air tawar
itu,'' kata beliau.
Mohd. Jamri memberitahu, SMKL merupakan sekolah harian yang menjadi sekolah dalam kebun dengan menerapkan unsur-unsur pertanian, penternakan dan herba kepada pelajarnya. Menurutnya, SMKL dan WWF mewujudkan Taman Lingkungan Hidup dan ia dirasmikan oleh wakil Pengerusi WWF. - Utusan

No comments:
Post a Comment