PENGECUALIAN DARIPADA MENGIKUTI
PENDIDIKAN WAJIB
(HOME SCHOOLING)
1. PENYATAAN DASAR
Home Schooling adalah merupakan satu
kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada ibu bapa yang memerlukannya
seperti mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh
pihak penjaga. Namun demikian ianya hanyalah satu keistemewaan dan
bukannya hak. Persekolahan biasa adalah diutamakan kepada
kanak-kanak kerana ianya merupakan satu cara untuk kanak-kanak dapat
berinteraksi di antara satu sama lain.
2. TUJUAN
2.1 Memberi peluang kepada kanak-kanak yang menhadapi masalah
kesihatan yang kronik dan memerlukam penjagaan yang rapi oleh ibu bapa untuk
mendapat pendidikan formal di rumah.
2.2 Memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk
memperolehi pendidikan wajib seperti dalam Akta Pendidikan 1996.
2.3 Mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk
menyekolahkan anak.
3. PELAKSANAAN DASAR
3.1 Akta
Pendidikan (Pindaan) 2002
Subseksyen 29A (2) Akta
Pendidikan (Pindaan) 2002 memperuntukkan Menteri boleh, “Jika difikirkan
wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian”, melalui
perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau
mana-mana golongan murid yang dikehendaki supaya mengikuti pendidikan wajib,
sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya
dan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya
membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah
syarat-syarat itu.
3.2 Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Pelaksanaan Pendidikan Wajib
di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002.
3.3 Garis
Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003.
4. KAEDAH PELAKSANAAN
4.1 Permohonan Home
Schooling boleh dibuat di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri di
seluruh negara menggunakan borang yang telah disediakan. Permohonan ini akan di
hantar ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran oleh Jabatan Pelajaran Negeri
yang berkaitan untuk diproses dan diberikan kelulusan khas. Setakat
ini hanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan
rapi oleh pihak penjaga adalah diutamakan untuk tujuan kelulusan. Semua
syarat-syarat untuk tujuan permohonan ini ada dinyatakan di dalam
borang yang boleh didapati secara percuma di semua Jabatan Pelajaran
Negeri di seluruh Negara.
4.2 Kes
permohonan pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib dan menjalankan
persekolahan di rumah (Home Schooling) dirujuk kepada KPPM untuk
mendapat ulasan dan kemudiannya diangkat kepada YB Menteri Pendidikan untuk
mendapatkan keputusan.
4.3 Secara amnya syarat
tersebut adalah seperti berikut:
4.3.1 Pemohon
hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia
4.3.2 Pemohon
mestilah memiliki kelulusan ikthisas perguruan
4.3.3 Salah
seorang ibu bapa mestilah berkesanggupan untuk menjadi pengajar kepada
kanak-kanak tersebut secara sepenuh masa di rumah
4.3.4 Adalah
diwajibkan untuk menggunakan kurikulum kebangsaan
4.3.5 Berkemampuan
untuk menyediakan prasrana pendidikan yang kondusif dan sempurna untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran
4.3.6 Lawatan
ke rumah pemohon akan dibuat untuk tujuan lawatan tapak kesesuaian prasarana
pendidikan oleh pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Pelajaran
Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
4.3.7 Pemohon
membenarkan Pegawai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran
Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk melawat rumah pada bila-bila masa
hari persekolahan untuk tujuan pemantauan proses Pengajaran & Pembelajaran
tanpa prasangka.
4.3.8 Kanak-kanak
yang menjalankan Home Schooling tidak dibenarkan sama sekali untuk menghadiri
mana-mana persekolahan secara tiusyen harian sama ada swasta atau kerajaan
4.3.9 Sekiranya
didapati pemohon melanggar syarat-syarat yang terkandung dalam kelulusan yang
diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia maka
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berhak untuk membatalkan kelulusan tersebut
dengan serta merta dan kanak-kanak tersebut hendaklah didaftarkan semula ke
sekolah biasa dengan segera.
5. TARIKH KUATKUASA
5.1 Kertas
“Kriteria Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat
Rendah” telah diluluskan oleh YB Menteri Pendidikan pada 28 Jun 2003 dan
tugas memproses permohonan pengecualian telah dilaksanakan mulai daripada
tarikh tersebut.
No comments:
Post a Comment