Pages

Pages

Pages - Menu

Saturday, September 15, 2012

KEMASUKAN MURID TANPA SIJIL LAHIR


1.   PENYATAAN DASAR

Kemasukan kanak-kanak tanpa sijil kelahiran ke sekolah adalah penerimaan serta merta kanak-kanak warganegara yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri masuk ke sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

 2.   TUJUAN
               2.1  Memberi peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak warganegara.

2.2  Dapat mengatasi masalah keciciran kanak-kanak dalam alam persekolahan hanya kerana ketiadaan sijil kelahiran.

2.3   Mencapai objektif  Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menekankan kepada usaha merapatkan jurang pendidikan Negara.

3.   PELAKSANAAN DASAR
               3.1  Mesyuarat Jemaah Menteri Pada 16 Januari 2008

3.2  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2009 bertarikh 11 Mac 2009 : Kemasukan kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen Ke Sekolah.

3.3  Seksyen 7 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 229) bagi semenanjung Malaysia.

3.4  Seksyen 9 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah bagi negeri Sabah.

3.5  Seksyen 10 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sarawak bagi negeri Sarawak.

3.6  Akta Pendidikan 1996


4.   KAEDAH PELAKSANAAN

4.1  Merancang dan menyelaraskan tindakan pelaksanaan penerimaan murid di setiap sekolah.

4.2  Menerima dan meneliti maklumat muris warganegara yang tiada sijil lahir dan mengambil tindakan penyelesaian.

4.3  Menyediakan laporan secara berkala (1 bulan sekali) mengenai isu-isu yang berkaitan dengan murid warganegara tiada sijil kelahiran.
4.4  Mengenal pasti isu-isu dan masalah berkaitan penyelesaian yang berkenaan secara berterusan di semua peringkat pengurusan.

4.5  Menyelaras dan membuat pemantauan secara berterusan di setiap peringkat pengurusan untuk memastikan pelaksanaan yang berkesan.

4.6  Penghulu atau Ketua Kampung dan Pengerusi  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diberi tanggungjawab untuk membuat pengesahan kelahiran bagi kanak-kanak warganegara yang tidak mempunyai sijil lahir didaftarkan di sekolah. Mereka boleh menyemak dengan tokoh-tokoh setempat seperti pemimpin-pemimpin politik yang mewakili kaum kanak-kanak tersebut atau pengurus estet sebelum buat pengesahan.

4.7  Surat Akuan Sumpah tidak boleh diterima atau diiktiraf sebagai sijil lahir asal tetapi ia membantu  dalam proses pengeluaran sijil lahir seseorang yang tidak didaftarkan ketika lahir atau lewat daftar.

4.8  Dokumen lain yang perlu sebagai rujukan pengesahan kelahiran murid ialah;

4.8.1   Surat-surat rawatan dari hospital kerajaan atau swasta.

4.8.2   Sijil lahir ibu bapa

4.8.3   Sijil nikah ibu bapa

4.8.4   Surat saksi jika dilahirkan di rumah.

4.9  Menubuhkan Pasukan Petugas Khas yang terdiri dari Kementerian pelajaran Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Pertubuhan NGO (Yayasan Salam dan Yayasan Strategik Sosial)  di seluruh Negara bagi membantu menyelesaikan masalah ketiadaan sijil kelahiran dalam kalangan penduduk Negara ini.

5.   TARIKH KUAT KUASA
             16 Januari 2008

No comments:

Post a Comment